Saturday, April 6, 2013

lidah

dear readers,
assalamualaikum, peace be upon you,

today, i could like to talk about tongue a.k.a. lidah.
tolong jangan cakap u alls xda lidah, sebab dah sah2, kalau xda lidah, kau xkan bercakap.
see, how lidah sgt bermakna dan kehidupan seharian kita,
even yg bisu pun still ada lidah untuk makan, hebat anugerah ilahi, bersyukurlah *ALHAMDULILLAH*



okay tgk betol2 gmbar di atas, seingat ana, ana belajar soal deria rasa lidah nie waktu sekolah rendah lagi kot, darjah 4! haha, then waktu f1 pun belajar lagi, *MASYAALLAH, hebat sunggoh ciptaan Allah, tgklah peta lidah tu, mula, the first part on our tongue is for sweet, see, betapa Allah ciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian, justeru mulalah kehidupan kita dengan keindahan, kelak akhirnya bertemu manis jua. dan semua deria rasa tu, sweet, salty, sour, bitter, adalah adunan rasa2 yg bakal kita lalui dalam kehidupan ini, terkadang ada suka, terkadang ada duka, jgn bgitau aku yg kau xpernah berduka, ! potog lidah baru tau*

but, di satu sudut lain, i wanna talk about how our tongue display the main role in our life,
xfaham? jap r, macam nie, pepatah arab ada mengatakan, lidah itu tajam , sebagaimana fitnah itu lebih besar daripada mengumpat, . justeru yang aku risaukan di sini, masyarakat seringkali alpa akan apa yang mereka perkatakan. aku sendiri mengaku, betapa sukar mengawal kata. aku sendiri terkenal dengan someone yang selalu byk cakap, menyampuk itu ini, and NOISY, haha, memang pun!

lidah ibarat mata pedang yang mempu memutuskan silaturrahim. 
Lidah juga umpama pelita yang menerangi malam sehingga mampu mengilhamkan kesedaran mengenai kebesaran Tuhan. 
Lidah juga umpama cuka yang boleh melunturkan kasih sayang 
Lidah juga gula yang boleh menawarkan racun berbisa

then, dengan lidah nie lah kita baca Al-quran, dengan lidah nie lah kita berkata, bersembang, gosip and kadang2 dengan lidah nie juag kita mengumpat...hmm, *nauzubillah, ana xmau mengumpat! seriusly xmau! tapi bagi seorang wanita yg normal, hal becerita nie, usah lah disorok-sorok, semua perempuan mesti ada terasa nak amik tau hal orang lain, hal itu hal ini, memang susah nak jaga hati, tapi selagi kita punyai iman, ana yakin lidah, hati, nafsu semua akan terkawal dengan keimanan. setuju? sepp!
Jagalah lidahmu kerana lidah lebih tajam daripada mata pedang yang paling tajam. Luka terkena pedang kita boleh nampak dan mudah nak sembuhkan, tapi kalau luka dalam hati kerana lidah, lambat lah kelukaan hati tu nak sembuh, susah nak sembuhkan sebab kita tak nampak luka dalam hati seseorang itu.
faham kan ayat kat atas tuh? yes, i admit it, kita hormati, betapa kata2 yang tajam itu umpama racun, kadang2 kita rasa kita cakap biasa ja, xda salah kat mana2 pun, tapi hakikatnya ada org *makan dalam*, *sentap* semua tuh, baru kita tersentak, ouwh rupanya ayat aku pedas* owh rupanya ada org terasa* hmm, aku pun pernah macam tuuh, dua2 pernah, cakap bgi org terasa and terasa dengan cakap orang, biasalah orang perempuan, sensitif dia mengalahkan pokok semalu...kalau pokok semalu, angin mai xtertutup lagi, tapi perempuan, angin baru mula nk bertiup ja dah tarik muka, makan dalam* bom jantung* apa bagai.

MaSiH aDa hArApAn SeMbUh KaLaU pEdAnG mEnUsUk TuBuH.... KeMaNa UbAt HeNdAk dIcArI, KaLaU lIdAh MeNuSuK hAtI...

so, please, beware dengan apa yang akan kita cakap.

I listen more than I talk,
I talk more than I listen.

pilihlah mana 1 pilihan u alls, yg pasti,

org yang memilih untuk banyak bercakap dari mendengar sangatlah rugi, seriusly, sebab , ada hadis yg mengatakan org yg kuat iman maka kuranglah percakapannya, (please search untuk lebih kepastian)

dan ini ada sedikit research aku tentang lidah, *wallahua'lam*



Daripada Mu'az bin Jabal r.a., telah berkata : saya berkata:
Duhai Rasulullah ! Tunjukkanlah aku suatu amalan yang bisa memasukkan aku kedalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka.

Nabi menjawab:
Sebenarnya engkau telah bertanya sesuatu yang besar (berat). Akan tetapi ia adalah mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan Allah Ta'ala iaitu:
HENDAKLAH ENGKAU MENYEMBAH ALLAH DAN TIDAK MENYEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU YANG LAIN.
ENGKAU MENDIRIKAN SEMBAHYANG, MENGELUARKAN ZAKAT, BERPUASA SEBULAN RAMADHAN DAN MENGERJAKAN HAJI KE BAITULLAH.

Sesudah itu baginda berujar lagi:
HENDAKKAH ENGKAU, AKU TUNJUKKAN PINTU-PINTU KEBAIKAN ? PUASA ITU ADALAH BENTENG DAN SEDEKAH MEMADAMKAN KESALAHAN (DOSA) LAKSANA AIR YANG MEMADAMKAN API. DEMIKIAN PULA SEMBAHYANG SESEORANG ITU PADA TENGAHMALAM. KEMUDIAN BAGINDA MEMBACA (AYAT) tatajaafaa junuubuhum 'anil-madhaaji'i HINGGA ya' maluun.

Kemudian baginda berujar pula:
MAHUKAH ENGKAU, AKU BERITAHUKAN TENTANG POKOK AMALAN, TIANGNYA DAN KEMUNCAKNYA ?

Aku menjawab: Mahu, duhai Rasulullah.

Baginda berkata:
POKOK AMALAN IALAH ISLAM, TIANGNYA IALAH SEMBAHYANG, DAN KEMUNCAKNYA IALAH JIHAD.

Kemudian baginda berujar lagi:
MAHUKAH ENGKAU, AKU BERITAHUKAN TENTANG KUNCI SEMUA PERKARA INI ?

Aku menjawab: Mahu, duhai Rasulullah.

Baginda lalu memegang lidahnya seraya berkata:
AWAS, JAGALAH INI BAIK-BAIK !
Aku pun berkata pula:
Duhai Nabiullah, apakah kami akan dituntut atas tutur-bicara kami ?

Baginda lalu menjawab:
MOGA-MOGA ALLAH PELIHARAKAN ENGKAU. TIADA LAIN YANG AKAN MENJERUMUSKAN MANUSIA MENERUSI MUKA ATAU BATANG HIDUNGNYA KEDALAM NERAKA, MELAINKAN TUTUR-BICARANYA SENDIRI. ( Di-riwayat oleh Imam Termizi )

HURAIANNYA:
* 5 perkara - Menyembah Allah, sembahyang, berzakat, berpuasa dan naik haji (bila cukup syaratnya) adalah wajib (mesti) pada setiap Muslim.
* Bersedekah dan amalan sunat - menambahkan pahala semoga dirahmati dan dikasihi Allah.
* Memelihara lisan (lidah) dari berkata-kata perkara yang tidak perlu atau tidak baik. Berhati-hatilah ketika bercakap, biarlah semuanya yang baik-baik yang boleh mendatangkan faedah kepada orang ramai.

see, betapa rasullullah sendiri menyuruh dan menegaskan pentingnya menjaga lidah, bukan sahaja menjaga lidah dari sakit ulser tergigit seumpamanya, tetapi menjaga lidah dari menuturkan hal2 yang tidak baik dan tidak elok, semoga Allah menbantu kita dalam menjaga pertuturan ini, ditambah lagi sekarang hangat dengan isu politik sini sana, parti2 sibuk berkempen itu ini, moga terhindarlah kita dari dosa menfitnah itu ini, jauhilah sifat itu, betapa fitnah itu kelak akan membawa bencana dan keruntuhan akhlak kita kelak.

"Wahai manusia, lidahmu adalah harimau. Jika engkau melepaskan ikatannya maka ia akan membunuhmu. Oleh itu, kebinasaan dirimu sebenarnya terletak pada lidah dan kata-katamu."
>>>Hadis Qudsi Imam Al-Ghazali<<<

dan zaman milenium yang serba canggih + moden nieh, tangan kita juga sudah seumpama lidah, mana taknya, tangan inilah yang membuka al-quran, masak, makan, tangan ini jugalah yang menaip menghentam keyboard, justeru jgn sesuka hati menaip bnda2 yg x elok dan membawa keburukan, *kalau laptop off okaylah*

last but not least, jagalah lidah tu, jagalah tangan tu, yang penting jagalah hati tu, jgn biarkan nafsu menguasai diri, bahkan diri lah yg menguasai nafsu, dan tingkatkanlah iman. sebelum berkata-kata, fikirlah dulu baik buruknya, sebelum menaip, fikirlah dulu baik buruknya, kadang2 berdiam diri lebih baik dari berkata-kata, terkadang juga berkata-kata lebih baik dari kamu berdiam diri dan membiarkan kekhilafan berleluasa.


"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan." Yaasin-ayat 65.


wallahua'lam =)

1 comment:

Unknown said...

insaf ~~ . i talk more than i listen

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!