Wednesday, March 17, 2010

tahukah anda??

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang
dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang
bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris
dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi.
Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh
Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu
pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark
telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera
paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu
cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis
logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana
namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-
butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang
diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan
ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang
dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan
ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas
alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori
lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia
normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri
menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke
sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu
kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana
setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang
tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan
lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza
dari
segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh
memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang
berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk
meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak
membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak
pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat,
kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh
dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,
perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh
digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita
bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan
kita.


14. Dan tahukah anda bahawa hampir
kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga
menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe
eh....... ....Sentuh la telinga kurang
ngan siku
sampai ia kena.......Tak normla la
korang maknanya

Thursday, March 11, 2010

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!