Saturday, February 28, 2015

aku sangka menangis itu ,
bila sedih,

aku sangka ketawa itu,
bila gembira..

tapi kenapa,
kali ini aku sedih,
tapi aku ketawa..

dan kenapa,
kali ini aku gembira,
tapi aku menangis..


Sunday, February 22, 2015

adik-adik along

alhamdulillah akhirnya cuti raya cina + hujung minggu pun melabuhkan tirai. alhamdulillah, Allah berikan lagi kesempatan untuk aku berrjumpa dengan family tercinta. banyak cerita yang ingin dikongsikan. terutama cerita adik2ku yang comel2 tuu. *walaupun dah besar*.

okay, kita mula dengan solehah ehh. solehah, daripada sebulan sebelum aku balik lagi dah pesan jgn lupa bawak balik mainan kat dia. ohh, memang ada niat jugak nak beli mainan tu kat dia, tapi biasalah, dua minggu exam dua minggu jugaklah terperap dalam asrama tu xkluaq2, kluaq pun p makan ja, mmg la sempat nak cari mainan bagai, *alasan*, padahal depan tu pasar malam ada ja jual, tapi pasar malam pun tak pi ! *ahaha, so, dengan rasa bersalahnya aku pulang dengan gembira membawa rindu yang setinggi gunung everest *wahh* dengan harapan dia tak tuntut mainan dia, tgk2, jeng3, dia tuntut jugak!! haha, maka terpaksa cari idea on the spot, aku bgitau dia, aku beli buku pelangi kat dia~~ wahh, dgr mcm menarik tak? padahal tu buku semalam ada pelangi yg aku baru beli siap ada sign ABS lagii *nanges guling2*, dan solehah pulak seperti gembira bukan kepalang lagi dapat buku pelangi siap baca tak tidur2. ohhhh hadek* . tapi apapun, mmg tak expect la dia akan faham apa yg ada dalam buku tu, just nak ceriakan dia dan lepaskan diri daripada kena 'denda' tak boleh makan tak boleh tidur dalam bilik bagai, haha, itu lah solehah. tu selamat yg aku bawak balik buku semalam ada pelangi, kalau buku tarbiah sentap yg aku bawak balik, dapat bayangkan aku bgitau dia, "along beli buku sentap kat adekk~~!" , perghh, sentap tersedak budak tu haa !.
apapun, nnti balik aku kena dapatkan balik buku tuuu *HAHA*

next, hmm, solihin, dia pindah sekolah harian biasa ja skrg, aku pun tak tahu sbb apa dia nak pindah sgt. so skrg dia dah tak duduk asrama, and hanya berulang setiap hari dari rumah ke sekolah yg jarak 10 min dr rumah. apapun, sbb dia nak pindah, aku tetap bersyukur, dia dah mcm solihin yang dulu, ohh sebelum tu, cerita solihin dh ada aku cerita haritu, *haa carilah dekat archive tepi tu* , solihin yg dulu tu maksud aku, yang rajin p surau, majlis agama, rajin azan, selalu jadi imam, baik, makan lalu, org ajak p mana ikut jaa, org ajak tolong pun tolong terus, and so on. setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi dengan perubahan solihin nie, byg kan haritu hari jumaat, ada buat baca yasin dgn tahlil kat surau dekat rumah, tapi aku tak pi duduk rumah je lah, then bila isyak tu, tau apa? suara solihinnn :( jadi imam! dah lama aku tak dgr suara dia dekat mic surau, akhirnya balik kali nie, alhamdulillahhh... semoga perubahan ini menjadikan dia lebih kuat dan bersemangat. semoga terus sukses solhin!

next, angah aka hakimi. well, baru skrg aku faham perasaan bdk IB, susah oiiiii ~! balik haritu dia suruh mak buat kuah rojak katanya nak buat jualan kat sana pastu bawak balik baju2 nak buat jualan pre-love bagai, last2 duit bagi kat kolej , dia dapat markah ja, bapak lahh, susah oii. kalau aku lebih sanggup mengahapai kanji ribu2 dari kena buat semua tuu. hmm. dan balik sini aku bawak dia p skytrex dgn geng akak2 taf nie. haha, walaupun dia sorg2, bawak lah jugak. *belanja ok* . tak pa lah sekali sekala. then tadi baru hantar dia p ktm subang jaya dan dia kena p sorg2 baik kolej, gomen setakat tu ja aku mampu. dengan beg2 yg penuh dengan baju pre-love nya, kuah rojak berapa kilonya, ohh kesiannya , tak sanggup tgkk :''''''( apapun, ganbatte angah ! UK he toberu made ganbarou!

okaylah, sampai sini saja, kau tahu apa?
air mata aku duk bertahan ja tadi, bertakung tu mmg tak nampk screen dah !
apapun, ganbatte adik2ku,

ya Allah, pelihara keluargaku , lindungilah mereka dengan lembayung rahmat dan kasih sayangMu, pelihara mereka di mana pun mereka berada . satukanlah kami di syurgaMu yg abadi.

Friday, February 13, 2015

:(

6 tahun yg lepas,
Malam yg sama,
Tarikh yg sama,
Hari yg sama,
Pak uda pergi menghadap ilahi.
Pulangnya dengan tenang, aman.
Tinggalkan anak2 yg sebaya dengan aku dan adik2ku.

Tahun ini,
Malam sama,
Tarikh yg sama,
Hari yg sama,
Seorang ulama pergi menghadap ilahi.
Perginya ditangisi ribuan jiwa,
Hatta yg tidak pernah berjumpa sekalipun boleh menangis ,
Apatah lagi yg selalu ada dekat,
Bersamanya selalu.

Hampir seribu empat ratus tahun yg lalu,
Seorang manusia agung,
Yang menyayangi kita sebelum kita dilahirkan lg.
Pemergiannya diratap jutaan manusia.
Sahabat2 yg terlalu mencintai dirinya.
Perjuangannya tak pernah terhenti.
Malah akan sentiasa digalas pada bahu2 insan yg merindui pertemuan abadi denganNya.

Tenanglah kalian di taman syurga.
Kami disini sedang berusaha..
Meneruskan perjuangan kalian..

Wednesday, February 11, 2015

aku ilmu..

Setiap hari kau berjalan untuk mendapatkanku
Jauh bagaimanapun kau sanggup redah,
Kadang-kadang panas, terik.
Kadang2 hujan, lebat sgt.
Tapi aku tahu,
Itu semua bukan penghalang untuk kau yg gagah itu.

Cuma,
sebenarnya, siapa aku bagi dirimu?
Setelah bersusah payah kau dapatkan aku,
Tiba2 bila balik,
Kau simpan sahaja aku ,
terkepit antara buku2.
Lemas aku tak kau fikir.

Kemudian aku terus dilupakan
satu hari aku terdengar suatu berita
Aah rupanya kau pergi mencari bahagianku yang lain !
Gembiranya aku bila mengetahuinya.
Ternyata kau sangat mencintai aku rupanya !

Tapi aku sudah lama tidak berjumpa denganmu.
Mungkin juga aku sudah dilupakan.
Tiba2 satu hari.
Aku diselak kembali.
Kau memahami aku dengan rakusnya. Kau semat aku dalam ingatan.
rupanya kau perlukan aku dan bahagianku yang lain untuk exam esok hari.
Aku gembira dpt memberi manfaat kepadamu.


Tapi, selepas exam,
Sepertinya aku kembali ditinggalkan.
kini lebih sedih,
Terdampar dalam timbunan kertas2 lama.
Kenapa tempatku harus disini?
Kenapa tidak kau simpan dan sematkan sahaja aku dalam hatimu ?

Rupanya kau tidaklah benar2 menghargaiku.
Rupanya aku cuma alat untuk exammu.
Biarlah aku terus terdampar di sini.
Yang penting kau tahu,
Aku sentiasa menunggumu.
Dan semoga kau tahu,
Aku dan bahagian2ku yang lain perlu bersatu dalam hatimu,
Bukan dalam kertas2 usang ini.


aku: ilmu

----
sedih kadang2 bila result jatuh, tapi kita dengan yakin nya cakap, aku belajar kerana Allah. Allah, kita sendiri tak tahu apa perancangan Allah, tapi, berusahalah menjaga ilmu itu sebaiknya, bukan untuk dibuang sana sini, jauh lagi untuk dilupakan, apatah pula hanya untuk lulus exam.

Monday, February 2, 2015

itu aku. kau?

Aku tak suka menyusahkan orang,
Dan aku juga tak suka orang susahkan aku.

Aku tak suka meminta dengan orang,
Dan aku juga tak suka orang meminta dengan aku.

Aku tak suka ambil barang orang,
Dan aku juga tak suka orang ambil barang aku.

Ketawa aku kuat, tapi aku bahagia.
Marah aku kuat, tapi ada sebab.
Rajuk aku kuat, tapi bertempat.
Tangis aku kuat, tapi tulus.

Itu aku. Kau?

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!