Monday, February 25, 2013

syukur dia dah meninggal

assalamualaikum..
pasti ada yang terkejut melihat tajuk kat atas tu,
 tapi iulah kenyataan bagi seorang perindu yang sarat membawa lara di hati.
saat kerinduan pada dia yang sudah tidak dapat dibendung lagi, terima pula berita kematiannya, apa lagi yang  mampu di ungkapkan. hanya lafaz innalillah dan alhamdulillah yang mampu di ungkap, sedang dalam hati betapa bersyukurnya atas pemergian ini, kerna diriku yakin pasti ada hikmahnya disebalik semua lkisan kehidupan ini.

pemergiannya sedikit sebanyak melapangkan dada ini, lantas membuatkan aku terus berani melangkah untuk hari2 esok yang tiada siapa tahu bakal menjelma atau tidak.
bagi aku, syukurlah dia sudah pergi, tak ada lagi yang akan menjaddi penghalang buat aku meneruskan kerja2 dakwah ini, walaupun pada lahirnya ucapan ku ini tersangat kejam, ya tersangat kejam, tapi hakikatnya itulah sumber kekuatan buat aku masa ini.

terima kasih Allah kerana telah mengaturkan perjalanan hidupku seindah ini, tiada seorang pun yang akan melaluinya melainkan aku sendiri. entah pemikiran apalah yang aku alami saat ini, namun jujurnya aku teramat sangat bersyukyr dengan pemergiannya. sepertimana seorang ibu di palestin dan gaza yang melaung takbir saaat mendapat berita kematian anaknya yang syahid di medan perang.

dan apabila dia pergi, hati yang dahulunya hidup dengan kenangan2 yang seolah-olah hanya ada diri aku dan dia didunia ini telah membuat keputusan, iaitu kenangan itu berkubur bersamannya di sana. alhamdulillah.

buat yang tidak mengerti post kali ini, harap bersabar dengan bahasa aku yang tidak jelas ini, yang penting, aku sangat bersyukur dengan kematian itu, sepertimana aku mangharapkan aku juga akan bersyukur satu masa nanti dengan kematian aku sendiri. saat itu hanya aku sendiri yang akan merasakan sakaratul maut yang  telah dilalui orang2 terdahulu dari aku.

apa yang penting, kematian yang aku maksudkan disini bukanlah kematian yang melibatkan pemisahan roh dan jasad, tapi perpisahan antara.........................................
apa?

tak da apa laaa...


harap2 budak yang bagi nie xtgk laa
cantik tak??
bagi aku sgt cantik,
maknanya juga...

AMARAN : JANGAN KIDNAPP GAMBAR NIE!!!

Saturday, February 23, 2013

kaedah jibril


assalamualikum semua...
hri nie ana nak kongsi sebuah buku yang rasanya sangat menarik untuk dibaca dan telusuri..ana sendiri pun  belum ada buku tu, just baru tengok kat rancangan assalamualaikum tv alhijrah pagi tadi...

rasanya memang sesuai bagi sesapa yang sibuk dan ingin menghafal al-quran...


nie ha buku dia, tajuknya kaedah jibril, teknik mudah dan praktikal menghafaz al-quran..

so for now, ana nak sangat3 buku tu
tapi entah bila la ana nak dapat..
nak pegi kedai buku dah la jauh..
kalau saja2 nak p tu jgn harap la..
keja bersepah kat rumah nie...
semoga ada ja orang nk hntar turun dari langit esok.

haha! memang tak laa..
kepada sesapa yang nak p kedai buku tu tell me laaa..
nak sgt2 buku niehhhhhh!!
sangat2.
kenapa??
rahsia.

till here, semoga semua orang leh dapatkan buku nie..

salam alaika...


Friday, February 22, 2013

saat kematian menjemput

assalamualikum..
pertamanya ana mohon jasa baik rakan pembaca semua untuk mendoakan mak long atau lebih dikenali dengan mak long rahmah yang baru sahaja meninggal maghrib tadi..alangkah indahnya kematian pada hari jumaat..itulah impian aku sejak dulu lagi..

al-fatihah...

itulah salah satu lagi peringatan yang diberikan Allah kepada kita yang masih hidup di dunia ini, agar kita sentiasa mengingati kematian disamping menambahkan dan memperbaiki amal kita di dunia ini. betapa kematian itu adalah suatu perkara yang pasti, kemanapun kau berlari, kematian pasti menjemputmu...persoalannya bukan bila dan dimana...tapi bersediakah kita untuk sebuah perpisahan yang amat dahsyat ini?

dari kecil lagi, harapan ana adalah mati awal dan xak menyusahkan orang lain, biarlah ana yang pergi dahulu dari mak abah, ana berharap sangat2, tapi saat penyakit wahan telah sedikit sebanyak meresap dalam diri ini, ana sering alpa dan terleka, tak sedar bahawa kematian makin mendekat, sedangkan ana dengan Allah sendiri semakin jauh.,

ya Allah, kau ampunkanlah dosa2ku, dosa ibu bapaku, dosa adik2ku, dosa orang2 yangdekat denganku, dan kau permudahkanlah jalan kami menemuimu...sesungguhnya diri ini hanya insan biasa yang lemah lagi hina...
ya Allah, kau tempat kanlah arwah bersama orang2 yang beriman, dan kau tempatkanlah orang2 yang telah pergi kepadaMu ditempat yang engkau redhai...

amin ya Rabb...

Tuesday, February 19, 2013

salam dari kejauhan

assalamualaikum..salam dari kejauhan, lamanya ana xbukak blog nie, kenapa? ana sedang mencari kekuatan. ana telah jauh mengembara mencari secebis kekuatan. lama , bukan sehari, bukan seminggu, tapi berbulan-bulan. tapi entahlah ia berhasil atau tidak. ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. justeru daripada berlama-lama mencari kekuatan, cubalah hadapi realitinya. kan? kalau asyik terperangkap dalam azam dan keyakinan, padahal tak berbuat apa-apa. takda gunanya...

 skrg? ana xbuat apa-apa skrg, just duduk rumah menghabiskan beras. eyh jgn silap, bukan makan ja, tapi berguna la jugak tulang temulang anugerah Allah nie...Alhamdulillah...dan sedang menunggu result spm, hmm..entah bila nak kuar la kan..lagi sebulan lagi rasanya, harini 20 feb, sebulan lagi 20 mac, haa..sesuai sgt lah tu...xpa, kita dah usaha sebaik mungkin, okay ke tak, kita tawakal je kat Allah, byk2 doa semoga semuanya dipermudahkan...xperlu kecewa jika gagal, tak perlu bangga bila cemerlang...semua itu rahmat dn ujian dariNya..

dan ana rasa sampai setakat ini saja buat kali ini, sekadar melepas rindu pada blog yang tercinta nih..salam alaik...


MENYAMBUT REALITI KEHIDUPAN, TAK SEMUDAH MENCORAKKANNYA..!

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!