Sunday, July 31, 2011

menyingkap tirai hikmah...=)

bila kita lihat, tenung, dan fikir semula akan apa yg kita lalui dan hadapi..kita akan melihat betapa agungNya perancangan ALLAH s.w.t...mcm dengn satu kata 2 yg kita selalu jumpa la...Allah turunkan hujan..kadang2 ia turun bersama ribut dan petir...puas kita menangis dan meraung memanggil semula sang mentari yg pergi tatkala hujan itu turun...tapi..bila hujan tu dan berhenti..burung2 kembali terbang berkicau riang..bunga2 berkembang mekar...ditambah pula ada pelangi yg menghias dada langit...bygkn tiada hujan..aknkah kita dpt meliht indahnya pelangi??hmm...begitu juga kesusahan yg disusuli pula dgn kelapangan...jgn wahai kwn2ku kita mengeluh..walaupun kdg2 ana juga tidak terlepas dri mengeluh itu dan ini... dari sini kita dpt lihat...mbetapa Allah itu sgt mengasihi hamba2NYA...tidak Dia tinggalkan kita dgn kesusahn begitu shaja..tetapi dia susuli kita dgn manisnya penyelesaian..andailah kita mampu melukis seribu senyuman utk bekalan hari esok..pasti seribu itu belum cukup utk kita optimis terhadap kehidupan ini kan?..seinfiniti syukur ana tadahkn agar dpenghujung syaaban dan diawal ramadhan ini..kita sama2 dpt manfaat dri anugerahNYA...sungguh..andai tak diizinkanNYA utk ana memasuki ramdhan kali ini...pastilah ana insan yg rugi..tapi lihatlah juga pada hikmahnya...xmungkin sesuatu itu berlaku hanya utk keburukan..

-sesuatu yg kamu suka itu belum tentu baik bagi kamu...mungkin ia adalh keburukan utk sesuatu...
-sesuatu yg kamu tidak suka itu belum tentu buruk bagi kamu...mungkin ia adalah kebahagian buat kita suatu masa nnti...
hmm..oklah..rasanya ana mahu berhenti disini dahulu..assalamualaikum...n...selamat menyambut kedatangan ramadhan al-mubarak..semoga kita sama2 dpt memperoleh keberkatan dri anugerahNYA....=)

Saturday, July 30, 2011

aq dh sehaaddd =))...

yaa...walaupun ptg tadi rasa mcm dah trbenam dengn batok yg xsudah2...huhuhukk..walaupun skrg maseh batukk..tapi tu semua perkara kecil je..kan3??hehex..xpe2...nie ana nk kongsi ape yg ana dpt tatkala sedang membuat research mengenai force and pressure utk fizik~~haha...ini bukti yg ana sudah sehhaaadddd....ding2~~~


Aku tertekan...
Ish..aku ditekan...
Ada yang menekan..
Hampir semua ruang ditekan..
Tapi..siapa yang tekan??...

Ish..aku terpaksa...
Banyak yang memaksa..
Ada 'FORCE' sana sini
Aku dlm tekanan..
Mungkin 'PRESSURE' yang tekan...

Otak aku kecik...
Otak aku tak luas...
'AREA' makin susut
Beban aku makin banyak...
Ah!! 'over LOADED'..


Aku terTEKAN....
Aku kena TEKAN...
Aku dalam TEKANAN
Ah tidakk!!...PRESSSURE buat aku terTEKAN !

Tiba-tiba..Datang suara berpesan
Sabarlah wahai teman..
Tenanglah lah wahai kawan...
Jangan kau tambah beban..
Luaskanlah fikiran..
Tambah RUANG bersama TUHAN
Yang bersifat Ar-Rahman....
Zikir jadikan Teman
Beban jadi ringan..
Tiada lagi rasa TERTEKAN.....

haaa....ok x research ana..??

Friday, July 29, 2011

NO TITLE!!

biar saat ini menjadi saksi
kalam tanpa bicara
dari secebis hati yg kontang
tandus dgn kegersangan cintaMu...
kala ini aq merinduiMu...
rindu yg terus menghukum
yg terus mencengkam segenap atma
luka berdarah sana dan sini
rahsia yg kekal tersimpan didlam ini
tiada siapa tahu..
melainkan DIA..
pemilik jiwaku nan satu..
terus aku mengharap kasihNYA..
dalam kerendahan hati..
aq..
terus mengharap..

ramadhan datang lagi...!! alhamdulillah...=)






assalamulaikum..khaifahalukum...alhamdullillah andai antum antara yg sehat hrini...dn alhamdullillah juga jika antum antara insan yg terpilih utk mendapat nikmat sakit pda harinie..=)..harini dah 27 syaaban...waahh...dah xlama lgi ramadhan bakal membuka tirai...subhanallah...adakah dalam tempoh 2-3 harini ana msih berkesempatan utk merasai nikmatnya hidup..??...hm...wallahua'lam..tapi masih tercuit rasa ingin yg membuak-buak utk ana memasuki bulan ramadhan yg penuh barakah ini...hmm...dlm kondisi ana yg msih kurang stabil nie..nk jugak ana kongsi bersma antum semua sedikit doa yg ana terjumpa sewaktu mengelilingi dunia maya ini...semoga ianya memberi manfaat utk kita semua dlam menuju keredhaanNYA...:)

doa-doa dlm bulan ramadhan...






Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam
:"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.




jgnlah ramadan kali ini menjadi ramadan terakhir ku..tapi skrg...jgnlah ramadan tahun lalu menjadi ramadhan terakhirku...=(

Saturday, July 16, 2011

nikmat syaaban

skrg kita dah dipertengahan bulan syaaban dh pun kan3??...hmm...nie adela sdikit ilmu yg dipetik drp laman mna ntah...nk ambil yg pnjang2..ana tau..bukan nya ada org nk bca pun...so, pendek2 pun ckup la kan3???...
Sabda Nabi s.a.w. :-
‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’
Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam
kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis
daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.
Berkata Siti Aisyah r.a. :-
‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.’
Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).’
Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari
daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratuspintu rahmat.’
Sabda Nabi S.A.W :-
‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’
Sabda Nabi S.A.W :-
‘Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.’
Bulan Syaaban – keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya :-
‘Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.’
Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.
Sabdanya lagi :-
‘Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.
Tersebut dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.
Tersebut di dalam kitab Iqna’, bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W.
kali keduanya, katanya :-
‘Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.’
Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :-
‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :- Orang yang kekal minum arak.
Orang yang derhaka dua ibubapanya.
Orang yang kekal dalam zina.
Orang yang banyak berkelahi.
Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, ‘Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.’

moga kita terus berada dalam rahmat dan kasih sayang-Nya..


:)

Friday, July 15, 2011

ok....ana tau mmg xjelas langsung!!kan3??xpa2..ana xkesah...lagipun ana lbih suka dlm keadaan kabur mcm tu..haha...xda la nmpk sgt mrkah ana yg terok uuh...apa yg ana nk ckp skrang adalah...ana punya result kali ni adala sedikit peningkatan....tapi syg.!!...bru sja ana nk brgembira untk dpt no.5 dlm tingktn..ada pulak si amalina alwani ni pi lintas ana!! argh!! tension mak!!...xpa amalina...kmu tgk la nnti...tapi...acap z nk pndah klas dh minggu dpn...baru ja ana brniat xmau dh pegang no.1 dlm kelas tu..bru ja ana brniat nk lepaskn kt dia...tgk2..dia dh pindah...hurmm..tu la...adacrita sbnaqnya..ok2..let me tell the true..hritu ana ada la tulis result dia..5A 5B and 1C kot..[betoi xtau] xpalah kalo slah pun...tapi ana just pi letk dkt depan klas jaa...yg dia plak pi letak kt klas khawa nuuh...jauh melangit tu...xpa r..ana xkesah sbnarnya..tapi skrng...mcm yg slalu trjadi...al-kindy akn trus jatuh..bru ja tadi dia pesan kt ana suruh majukan al-kindy..hahax..dlm hati ana..nk sja ana trjun bangunan 21 tingkat!! ceewaahhh!!(frust la kononnya)..tapi lepasni hanya akn ada 6 *ketul* bdk laki tu jalaa..[jgn marh ea]...and...nmpknya mereka akn trus trsingkir la nnti..hahaha...mula nk gelak byk2 nie..tapi ana tau...disebalik semua ketentuan Allah nie...ada hikmah yg terselindung...ada sesuatu yg ingin Allah mahu kita cari...wahh...positive thinking gilla..(; kih3..


ok..naah...good luck ya asyraf z..all of it start with ourself..hihix...









Thursday, July 14, 2011

is't because of me??!!

hari ni hari khamis- 14 julai...hmm....dah seminggu...hehex..fhm2 jelah naah...ok..tgk tajuk tu skali lagi!...ha!..adakah sebb aq semua nie trjadi???hmmm....wahai al-kindians....aq minx maaf sgt2...aq tau nie semua sbb aq...bila aq dgr brita tu, aq hanya mmpu trdiam je.. mmg xterkata apa2 lah aq...nk halang xleyh, nk support pun xleh...so...hmpa jgn mrh aq naah!!!!and...

asyraf z!! xdak apa yg perlu dimaafkan lagi...benda tu dh lma berlaku!!! aq dah lama lupakan benda tu!!!serius xbohong!!

and..i can't stop u if it is ur way...but u may stop it if it is my way....hahax...ntah apa2 laaa.....

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!