Friday, August 21, 2015

maaf..

dari patah2 kata yang tiada irama ini, 
mungkin tak sejauh mana ia mampu pergi.
mungkin terus dibawa angin lalu.
biarlah kemana sahaja ia akan pergi. 
cuma coret yang satu ini biarku kata

seribu maaf sejuta ampun 
aku yang hina ini pohonkan
sehimalaya sesal 
yang menebal dalam diri. 

nak ku ucap dengan suara
takut diiring air mata. 
biar ku ucap pena aksara ini sahaja
semoga kalian dengar .
suara ini dari hati.
hati yang pohonkan maaf semaafnya.
hati yang tak mampu bersuara
mungkin dibisukan dek dendam dan hasad

janganlah jangan 
jangan kau keras wahai hati.
jangan kau keras hingga tak mampu menangis.
cukuplah kau tabah
cukuplah kau kuat.

jangan dipendam walau secebis benci
kelak nanti dirimu sakit
dek benci yang memakan diri.
cukuplah kau tabah
lalui segalanya dengan tabah.

No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!