Thursday, January 14, 2016

bangun, lagi dan lagi

Setiap malam mencari alasan untuk menangis
Terkadang merintih rindu
Terkadang takutkan hisab
Ada kala mengenang dosa yg menggunung
Sampai dia terlena sendiri
dgn airmata mengalir tanpa henti


Tapi esok pagi dia bangun kembali
Melupakan cerita semalam
Bagai tiada apa yg berlaku
Lantas menerus sisa2 kehidupan
Menongkah segala halangan
Tiada gentar yg menghentikan
Dia terus melangkah

Walaupun nnti bila malam menjelma lagi
Dia akan mengulang kembali tayangan semalam
Lantas akan merintih lagi
Lagi dan lagi
Tanpa penat tanpa sesal
Kerana dia tahu,
Kalau esok belum ajalnya,
Dia akan bangun sekali lagi...

No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!