Saturday, December 31, 2011

99 post

assalamualaikum semua..
=)

mungkin inilah post ana yg terakhir wat taon nie...dan mungkin juga post yg terakhir dlm hidup ana..
wallahua'lam..Allah lebih mengetahui...xda siapa yg dpt menjamin ana dan antum semua akan bernafas sejam lagi...btolkan??

dan..sepatutnya skrg ana sudah bertolak ke skolah..
kenapa? haha..sbb ana ada tugas laa..
tapi atas kekangan yg xdpt dielakkan, so 'terpaksa' lah ditunda ke taon depan...
haha...esok laa mknanya..InsyaAllah..
and minx maaf wat rakan2 pengawas yg lain sbb xdpt hadirkan diri eyh..
sekali skala ana mengelat..
skli skala??
slalu kot! haha
n sory bgi sape2 yg ana blom bgtau..heheh~

dan untuk penutup tahon 2011 nie..
marilah kita flashback sikit apa yg berlaku spnjang taon nie..
mungkin ada yg masih melekat dihati kita..
mungkin ada kenangan yg msih utuh dijiwa..
mungkin ada insan yg pergi..
mungkin ada kesalan yg masih membelenggu diri
mungkin ada bahagia yg masih mengelilingi

bg ana...
mengenang masa lalu itu tiada salahnya
tapi ana ada trjumpa org sgt anti dlm soal mengingati sthg yg dh berlalu
tapi apa slahnya kan
bukan kah dgn masa lalu lah kita ada dimasa sekarang??
mcm cg sejarah ana selalu sebut...
'cg selalu jumpa org yg ckp, alah, semua tu dunia, tapi dia xsedar, dunialah jambatan ke akhirat'
hm...ada betulnya juga..




Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
(surah assaaffat : 61)
dan utk tahon 2012 yg bakal dtg beberapa jam sahaja lagi..
mungkin skrg sudah ramai yg berkira-kira ttg azam2 mereka utk tahon hadapan..
mungkin ada azam lama yg blom terlaksana..
hahaha...jgn risau, ambil masa dan laksanakan,...
dan jgnlah lupa setelah melaksanakannya utk kembali berserah kepada Allah...
kerana bukankah Allah adalah sebaik-baik perancang..=)







Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(anNahl, 128)


so, utk 2012 yg bakal datang, ana ucapkan selamat berjaya wat semua, 
''hidup tanpa cita-cita sia-sia, cita-cita tanpa usaha tak kemana''

okay, selamat semua, syg semua, take care all...

assalamualaikum...
:)



Thursday, December 29, 2011

math is easy~

assalamualaikum...
Buat kali pertama aku post benda2 berfaedah (=

eyh....betol ek??huhux

~Assalamualaikum anak-anak murid sume! Saya sebagai seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu Matematik, so, sebagai permulaan sy cuba post kat sini lah....nk wat kelas xda org nk dtg...haha

Tapi hari ini saya nak jugak mengajar subjek Matematik! Saya rasa bab ni penting sangat untuk anak-anak murid sume aplikasikan di masa hadapan. Tapi jangan risau, bab ni senang jer, dan menarik. Cikgu yang tak bertauliah cam saya pun boleh ajar.. :senyum:. Jadi sume pelajar sila baca surah al-Fatihah dan doa belajar dulu, sebelum kita bermula okeh?

Okeh, tajuk bab yang akan cikgu ajar hari ni adalah;  

Aplikasi Darab dalam Kehidupan!

Orait, subtopik yang pertama dalam bab ini adalah Perbezaan Nilai Solat Sendirian dan Berjemaah. Solat kat mana? Aaa, kat mana-mana je pun boleh. Rukun pun sama je, sama ada buat sendiri atau berjemaah. Tempoh dia pun lebih kurang sama. Cuma kalau buat berjemaah, lagi best kan?

Untuk subtopik ini, hanya formula di bawah ni jer yang akan kita gunakan;

Formula;
Solat sendirian = RM1,
Solat berjemaah = RM27

Haa, nampak tak beza 'gaji' dia? Tak banyak pun kan? RM26 jer pun.. Tapi itu baru satu waktu! Jadi, jom kita darabkan dengan 5 kali setiap hari;

Sehari;
5 kali X RM1 = RM5,
5 kali X RM27 = RM135 (beza 130)

Waaa, banyakkan beza?? Yang solat sendirian dapat RM5 jer sehari  

(kalau tak ponteng:)
Tapi kalau yang berjemaah, boleh dapat sehingga RM135 seorang! Boleh beli kasut futsal Adidas F50 kot. :senyum:. Okeh, sekarang kita darabkan dengan sebulan lak;

Sebulan;
30 hari X RM5 = RM150
30 hari X RM135 = RM4,050 (beza 3,900)

Whoooaaa!! Boleh dapat sampai RM4,050 tuu, kalah gaji bulanan Arkitek! Selamba je boleh angkat DSLR Canon 60D. Kalau tambah lagi seribu, dah boleh pergi umrah, kan? Mesti kita dah tak tengok yang RM150 tu je kan? Takat duit minyak kereta balik Kota Bharu - Johor Bahru boleh la. :senyum:. Siapa la yang nak gaji kecik?

Haaa, sekarang kita tengok berapa lak kita boleh kumpul dalam setahun;

Setahun;
12 bulan X RM150 = RM1,800
12 bulan X RM4,050 = RM48,600 (beza 46,800)

Perghhhhh!! Dekat RM50 ribu beb! Itupun belum termasuk solat-solat sunat lagi. Dah boleh angkat kereta Persona cash kot. Ke nak RM1800 je setahun? :senyum:..

Ok la, let's be realistic; mungkin tak semua waktu kita dapat berjemaah. Sebab tak sempat dsb. Mungkin average 3-4 kali je sehari. So, mungkin boleh dapat dekat RM30-40 ribu lebih je ke.. Tapi kita masih ada bonus dan overtime! Bonus tu adalah seperti solat-solat sunat Rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu). Dan overtime lak seperti solat malam. Jadi, kita masih mampu dapatkan sehingga RM50 ribu setahun!!

Dan bayangkan berapa juta ringgit kita boleh kumpul sepanjang hayat kita... Fuh, lumayan kan?

Eh, ganjaran solat ni dalam bentuk wang ringgit ke? Buat ape duit banyak-banyak kat akhirat nanti?

Dengan 'duit' bekal yang kita ada ini la akan menjadi sumber kekayaan dan kenikmatan hidup di akhirat nanti. Berapa banyak 'duit' yang kita kumpul akan menentukan tangga syurga yang akan kita diami. Dan harus kita ingat; jika 'duit' kita lebih banyak dari 'hutang' yang kita ada, barulah layak kita diterima ke syurga Allah! MasyaAllah..

Istilah 'duit' ini hanyalah manafestasi akan ganjaran yang Allah janji di akhirat kelak. Malah ia jauuuh lebih berharga dari duit - langsung tak terjangkau dek akal, akan bentuk ganjaran yang Allah nantikan buat kita.

Jadi, jom start kumpul 'duit' banyak-banyak!!


#tapi ikhlaslah beribadat kerana Allah..

sumber::halaqah

Wednesday, December 28, 2011

2011>>2012

assalamualaikum..
jwb eh..
ermm..hari nie dah hari rabu
n
faham2 jelah apabila hari sabtu makin mendekat..
yes~!
school!!
ouh...tasanggop..
school taon depan..
kelas 5 alkindy,
guru kelas cg. mahani..
wahaa...awesome!
cg. bio kot..
n
awal2 taon ada orientasi wif student form 1...
euuww..
apalah nk jadi...
 
camna nk hadapi bdk2 eh??haha...setakat solehah yg satu nie pun aq dah naik gila
eyh3..tapi nie bdk umo 13 taon daa..
bukannya 4 taon cam solehah
tapi cam sama ja...
hahaha
*gelak jahat
sory2..
wat kak2 n abg2 fc taon depan...
all da best ma..
kalau aq ngelat tu sory r nooh..
heheh
*dah ada bau nk ngelat nih
okay tak2..
selagi patner okay aq okay ja..
kuang3..
hiee...tamau. 


okaylah.. for this year..,
byk bnda yg berlaku..
datang dan pergi an..
heheh..
tapi alhamdulillah i'm still ckup kuat (kot) to face it all
haha
xpa2...insyaAllah kalau umur panjang taon depan
kita cuba lagi..
kan3?
 

 
tgk bdk nie..
huhu..aq kagum dgn kesungguhan dya nk dptkan bintang 5 bucu tuu
sampai panjat tangga segala
tapi nk dpt ke??
sapa tao an??
tapi itulah..aq pun boleh jugak laaa!!
heheh
perasan ja?
okay tapa..
tgk la nnti..
lagipun spm tu sng ja kan??
spe ckp senang??
haha
xkesah ah sapa..
tapi kalau sng nape tak ramai yg skor an??
tapi kalau susah kenapa jugak ada yg leh skor 11A++ an??
hehe..
mana satu pun tatau
ambil jln mudah je..
haha..
soal hati soal perasaan ap lak nie??
ntah2.
ana pun tatau apa yg dya tulis
just abaikan

owh..
for the next year..
aq dah ada azam nk blajar terbang
fly~
op op op
jgn pandang org sebelah mata okay!
Allah dah bagi 2 biji mata
so gunakan sebaik nya
haha
kalaulah ana leh fly~
huhu bestnyaaaaaaa
tapa2.
habes spm nnti leh fly
mana2 ja


okay ahh...utk semua slmt taon bru
insyaAllah
 kalau umor panjang
;( 
huhu ana balik skolah taon nie jgak!!
tasampai taon baru!
pengorbanan

n doakan ana yaa..
tadaa..

=)


Tuesday, December 27, 2011

by the end of year

~Dengan ini saya Shahikhwan Shahrizal bersetuju untuk mengambil Kak Aisyiah Ismail sebagai Kakak angkat saya!~



ahah dpt adik baru..
dya nie adik fc aq la...jgn fikir mcm2 sudah la weh...
dya nk pindah taon depan...pi sg layar..hmm..all the best la adk..
 >tuang3<
nie kot gmba dya,haha 
whatever~

Tuesday, December 20, 2011

beribu sesalan

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

assalamualaikum..
wahaaa..bestlah lagu nie.
selalu dgr kat suria fm..hmm
fevret.
 nak dgr cri kt utube lah.
wsalam

Thursday, December 15, 2011

zon perang

assalamualaikum..
apa khabar iman kita hari ini??
moga2 Allah masih izinkan kita untuk mengecap nikmat iman dan islam yg sagt berharga ini..
syukurlah kita masih diberi kesempatan utk terus berjalan dibumi milikNya ini

=)


gmba2 yg dbwah nie ana upload sbb......................................................................................
........................................................................................................................................hmm
sbb boring...lagi 2 minggu skolah da nk buka, result pmr lak ntah bila nak kluar, haha, wish u luck la hakimi oii,..kalau aq bley wat, napa ag ley an??haha

nah..sape ntah yg suruh ana upload sgt gmba2 nie, kat fb xbyk, lembab, oklah.. nk bca buku. salam~
 
 kt heli bomba-solehah2



angin kuat ooo
haha


my family-abah xpi..huhux


qis-solehah-fizah
hayoo..xlarat nak kawal



budak2 tunggu result pmr..
haha, tidur yg lena yaa








dah r. malas nk tulis apa.

Wednesday, December 7, 2011

acik sayang ibu dan ayah

assalamualaikum.. =)

***

kehadapan ibu dan ayahku yg sedang sibuk berpolitik,
acik minta maaf dari ibu dan ayah andai surat ini mengganggu kesibukan ibu dan ayah, sesungguhnya acik ingin menyatakan akan kekecewaan acik terhadap sikap berpolitik ibu dan ayah. acik tak marah kalau ibu dan ayah nak berpolitik siang malam, takpa, acik faham, tapi acik tak suka bila ibu dan ayah berpoitik dengan benda-benda yang salah, maaf kan acik ibu dan ayah, acik tak berniat nak berkurang ajar dengan ibu dan ayah. tapi acik hanya nak menyatakan sesuatu yang sudah lama acik perhati.

wahai ibu dan ayahku tersayang,

acik ingin bertanya kepada ibu dan ayah, atas niat apakah ibu dan ayah berpolitik?
adakah kerana mengejar dunia dan nama ibu dan ayah??..
atau mengejar pangkat dunia ibu dan ayah??..
atau, ingin mencari keredhaan Allah??..

wahai ibu dan ayahku tersayang,
acik sedar acik masih mentah dengan perkara-perkara politik ini,
acik sedar betapa ibu dan ayah lebih banyak makan garam dari acik,
tapi acik tidak suka kalau ibu dan ayah berpolitik secara tidak sihat,
acik anak muda ibu dan ayah,
acik hanya mengikut apa yang dilakukan oleh orang2 terdahulu dari acik..
begitulah pepatah ada menyebut, bapa borek anak rintik.

wahai ibu dan ayahku tersayang,
acik amat tidak gemar apabila melihat berita-berita dari dada-dada akhbar mahupun dari kaca tv,
setiap hari acik melihat, pasti ada sahaja fitnah disana sini,
kenapa ibu dan ayah buat begitu?
acik takut ibu dan ayah, acik taknak melihat ibu dan ayah disiksa di akhirat nanti, kerana ustaz acik ada menyebut, memfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh, acik taknak ibu dan ayah dihukum dengan siksaan yang dahsyat itu wahai ibu dan ayah tersayang...

ibu dan ayah, izinkan acik meminta sesuatu dari ibu dan ayah, sebenarnya, acik nak melihat ibu dan ayah saling bekerjasama dalam berpolitik, acik nak melihat ibu dan ayah berbuat baik kepada semua orang tak kira dia parti apapun, bukankah semua orang Islam itu bersaudara? dalam negara kita pula sekarang, ada pelbagai bangsa dan agama, bukankah lebih harmoni jika kita saling bersama membina negara yang berjaya??..

wahai ibu dan ayahku tersayang,
suatu saat nanti, kita akan pergi meninggalkan dunia ini,
saat itu kita tinggalkan negara untuk anak-anak muda kita pula.
boleh tak ibu dan ayah bayangkan bagaimana negara ini akan ditabdir nanti oleh anak-anak muda sekarang? bagi mereka, mereka akan mengikut contoh yang telah ditinggalkan oleh ibu ayah dan juga kawan-kawan ibu ayah, apa contoh itu? ya, memfitnah sana sini. tuduh menuduh, saman menyaman, ugut mengugut, bunuh membunuh, ya Allah, acik harap sangat kawan-kawan acik tidak jadi seprti itu nanti, acik tak sanggup ibu dan ayah..

justeru, boleh tak ibu dan ayah berubah? demi kami anak muda, kami tidak suka melihat orang-orang tua bergaduh, kami rasa tertekan ibu dan ayah,
ibu..ayah..acik minta maaf kalau surat ini menyinggung perasaan ibu dan ayah, tapi acik betul-betul harap selepas ibu ayah baca surat ni, ibu ayah tak bergaduh dengan kawan-kawan ibu ayah lagi, acik nak sangat melihat prdamaian dalam politik ibu dan ayah, acik nak sangat..sangat-sangat...

acik nak tengok ibu dan ayah..janji ya..acik tak sokong mana-mana parti politik pun ibu dana ayah,
kerana bagi acik dan kawan-kawan acik, semua orang politik sama saja, acik harap, ibu dan ayah dan marah acik dan kawan-kawan acik yaa..acik sayang ibu dana ayah, tolonglah pelihara masa depan acik, kakak, abang, adik, dan kawan-kawan acik yang lain,

acik sebagai anak yang masih mentah nak minta maaf dari ibu dan ayah, harap ibu dan ayah maafkan salah dan silap acik..

acik sayang ibu dan ayah...
=)

ikhlas dari,
acik
****

copy paste je..

assalamualaikum...
:)

Saturday, December 3, 2011

PETANG

assalamualaikum =)

ptg ni nk ckp psal apa ek??ahh..jap3..nk cari something yg aq tulis kt skolah hritu..jap nk cri...

*****

sekali sekala kita hipokrit, melakukan something yg kita sendiri tahu ia salah ataupun sememangnya kita membenci hal itu. hipokrit dasarnya terbahagi kepada dua, ada yg baik dan ada juga yg buruk..dari kenyataan itu, walaupun sememangnya kita tahu bahawa hipokrit itu something yg negatif.

cuba kita lihat seorang ibu yg berbohong terhadap anaknya, dia mengajar si anak agar jgn berbohong, padahal dia sering berbohong bila sering menyembunyikan kelaparan dan kekecewaan, begitulah hipokritnya seorang ibu...hahaha..lawakk

byk lagi sebenarnya hipokrit yg kita dapat lihat di alam ini, bagaimana hipokritnya sang pelangi, eyh, salahkan pelangi?? y not? pelangi..kononnya hadir mengubat lara sang perindu mentari, tapi sebenarnya ia cuma bayangan, xsiapa dpt menyentuhnya, sudahlah itu, hadirnya sekejap sahaja..jarang2 pula uhh..jelaskan? betapa hipokritnya sang pelangi...mengwar-war indahnya keseantero dunia , hakikatnya, sekejap cuma bayangan itu hadir!

*hipokrit*(aq bagaikan menyanyi-nyanyi lagunya)

huh! salahkan juga pabila kita hipokrit sebagaimana hipokrot si ibu terhadap anaknya? atau hipokrit sang pelangi yg hadir selepas hujan?

mana ada manusia yg tidak melakukan dosa..xsalah rasana hipokrit untuk satu dua benda, namun seringkali hipokrit itu berkait dgn ego, ego! itu milik lelaki, (bukan salahkan lelaki ok) tapi kdg2, perempuan juga ada, malah lebih hebat rasanya, kdg2 dgn adanya ego itulah juga, hipokrit dalam diri makin menebal. hebat rupanya bila hipokrit dan ego bersatu! yelah! mcm cerita novel kan?

dimana silap kita sebenarnya?

 owh..faham2..kita sombongkan? ego? sebenarnya, tidaklah ia dipanggil hipokrit jika kita menganggap itu something yg perlu...begitulah di awal tulisanku tadi, ibu itu tidaklah hipokrit sebenarnya..begitu juga pelangi itu..hahahaaha

*apa yg aq wat nii??*

apa harus kita wat??

senang sahaja sebenarnya, hanya perlu muhasabah diri dahulu, dimana baik dan buruknya perkara itu...

jadi?? jadinya, yg merasa terseksa atas apa yg pernah terlafaz dahulu, runtuhkanlah egomu wahai anak muda, (aq pun xmampu)* tiada rugi apapun bagimu...hanya perlu insaf atas dosa lalu, lalu ka bertaubat dgn sesungguhnya dan ayuhlah bina semula azammu..ingt..sesungguhnya sepuluh kesulitan itu tidak akan dapat mengalahkan sebuah kemudahan =) *tersenyumlah kembali

fikirlah, kenapa disalahkan pelangi itu? sanggup dia dtg, walau sekejap, tapi indahnya cukup untuk menenangkan sesiapa sahaja yg memandangnya..

tidak perlulah terlalu hipokrit wahai anak muda..ingatlah sekeras-keras batu, pecah dek titisan air.. lembutkan hatimu dgn zikrullah..=)

usahalah agar hipokritmu kerana Allah (boleh?) dan optimislah terhadap hidupmu =)



bila aq sedih, aq cari kerja yg buat aq lupakan sedih itu =)

p/s : maaf kalau ad salah silap.

Waaallahualam..



aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!