Wednesday, December 7, 2011

acik sayang ibu dan ayah

assalamualaikum.. =)

***

kehadapan ibu dan ayahku yg sedang sibuk berpolitik,
acik minta maaf dari ibu dan ayah andai surat ini mengganggu kesibukan ibu dan ayah, sesungguhnya acik ingin menyatakan akan kekecewaan acik terhadap sikap berpolitik ibu dan ayah. acik tak marah kalau ibu dan ayah nak berpolitik siang malam, takpa, acik faham, tapi acik tak suka bila ibu dan ayah berpoitik dengan benda-benda yang salah, maaf kan acik ibu dan ayah, acik tak berniat nak berkurang ajar dengan ibu dan ayah. tapi acik hanya nak menyatakan sesuatu yang sudah lama acik perhati.

wahai ibu dan ayahku tersayang,

acik ingin bertanya kepada ibu dan ayah, atas niat apakah ibu dan ayah berpolitik?
adakah kerana mengejar dunia dan nama ibu dan ayah??..
atau mengejar pangkat dunia ibu dan ayah??..
atau, ingin mencari keredhaan Allah??..

wahai ibu dan ayahku tersayang,
acik sedar acik masih mentah dengan perkara-perkara politik ini,
acik sedar betapa ibu dan ayah lebih banyak makan garam dari acik,
tapi acik tidak suka kalau ibu dan ayah berpolitik secara tidak sihat,
acik anak muda ibu dan ayah,
acik hanya mengikut apa yang dilakukan oleh orang2 terdahulu dari acik..
begitulah pepatah ada menyebut, bapa borek anak rintik.

wahai ibu dan ayahku tersayang,
acik amat tidak gemar apabila melihat berita-berita dari dada-dada akhbar mahupun dari kaca tv,
setiap hari acik melihat, pasti ada sahaja fitnah disana sini,
kenapa ibu dan ayah buat begitu?
acik takut ibu dan ayah, acik taknak melihat ibu dan ayah disiksa di akhirat nanti, kerana ustaz acik ada menyebut, memfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh, acik taknak ibu dan ayah dihukum dengan siksaan yang dahsyat itu wahai ibu dan ayah tersayang...

ibu dan ayah, izinkan acik meminta sesuatu dari ibu dan ayah, sebenarnya, acik nak melihat ibu dan ayah saling bekerjasama dalam berpolitik, acik nak melihat ibu dan ayah berbuat baik kepada semua orang tak kira dia parti apapun, bukankah semua orang Islam itu bersaudara? dalam negara kita pula sekarang, ada pelbagai bangsa dan agama, bukankah lebih harmoni jika kita saling bersama membina negara yang berjaya??..

wahai ibu dan ayahku tersayang,
suatu saat nanti, kita akan pergi meninggalkan dunia ini,
saat itu kita tinggalkan negara untuk anak-anak muda kita pula.
boleh tak ibu dan ayah bayangkan bagaimana negara ini akan ditabdir nanti oleh anak-anak muda sekarang? bagi mereka, mereka akan mengikut contoh yang telah ditinggalkan oleh ibu ayah dan juga kawan-kawan ibu ayah, apa contoh itu? ya, memfitnah sana sini. tuduh menuduh, saman menyaman, ugut mengugut, bunuh membunuh, ya Allah, acik harap sangat kawan-kawan acik tidak jadi seprti itu nanti, acik tak sanggup ibu dan ayah..

justeru, boleh tak ibu dan ayah berubah? demi kami anak muda, kami tidak suka melihat orang-orang tua bergaduh, kami rasa tertekan ibu dan ayah,
ibu..ayah..acik minta maaf kalau surat ini menyinggung perasaan ibu dan ayah, tapi acik betul-betul harap selepas ibu ayah baca surat ni, ibu ayah tak bergaduh dengan kawan-kawan ibu ayah lagi, acik nak sangat melihat prdamaian dalam politik ibu dan ayah, acik nak sangat..sangat-sangat...

acik nak tengok ibu dan ayah..janji ya..acik tak sokong mana-mana parti politik pun ibu dana ayah,
kerana bagi acik dan kawan-kawan acik, semua orang politik sama saja, acik harap, ibu dan ayah dan marah acik dan kawan-kawan acik yaa..acik sayang ibu dana ayah, tolonglah pelihara masa depan acik, kakak, abang, adik, dan kawan-kawan acik yang lain,

acik sebagai anak yang masih mentah nak minta maaf dari ibu dan ayah, harap ibu dan ayah maafkan salah dan silap acik..

acik sayang ibu dan ayah...
=)

ikhlas dari,
acik
****

copy paste je..

assalamualaikum...
:)

No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!