Sunday, May 31, 2015

ulu yam di liverpool

Bismillah. Alhamdulillah . aku baru ja buat marathon baca buku ulu yam di Liverpool (UYDL) tulisan nazali md noor. Satu ja yang aku nak cakap pasal buku nie, perghhhhhhh superbbbbbb !. nak tau kenapa? Okay meh aku bgitau, ingat lagi kan pasal previous post aku yg terbehenti kat ‘aah, rasa nak mati..’ tu? Ingat takkk??? Actually waktu post tu dibuat, yes, mmg diri tengah down sampai dalam mana entah lah. Tapi mmg waktu tu ntah apa2, rasa future sgt . ohhh ! . lepas tu weekend nie mmg aku xsentuh langsung shukudai report apa kebenda semua tu, ehh ada la sikit petang semalam sentuh subjek denki kairo dgn bussei, then pagi tadi tgk2 soalan test jyoho syori. *okay jap, actually aku buat sthg rupanya* aah, mmg aku rasa aku tak buat apapun hujung mggu nie, lepas list tadi terperasan, *hahah aku bukak buku rupanya* *big claps* . okay, kita abaikan jap rasa bangga bukak jugak buku2 tu dan anggaplah yang aku mmg tak bukak buku tak buat shukudai tak buat report apa2 okay? Sbb aku mmg rasa hujung mggu nie x productive langsung, zenzen! . then tadi pagi lepas habes belek2 kertas jyoho syori *ohh aku study rupanya* *terharu* *tak sangka* , tapi aku rasa mcm aku tak study pun, haa tgk, dah melencong topic lain pulak, okay lepas study jyoho tadi, *hiks I study* , aku mmg dah malas gila nak sentuh apa2 pun. Entah, maybe sebab effect last week punya shock tak habes lagi kot, sbb last week aku penah cakap macam nie “test tak boleh jawab, rasa bodoh sgt macam orang tak study, org tak study pun tak sebodoh aku gamaknya”. *haha* that’s the truth wehhh. Dah melencong lagi ! .

Okay2, lepas study jyoho tadi, aku dengan malasnya baring2 atas katil main2 henset, nak tidor pun dah tak sanggup, so ntah macam mana aku tercapai buku UYDL yang mmg aku letak kat tepi bantal aku. Aisyiah ismail mmg mcam tu, setiap masa akan ada sebijik buku kat atas katil, setiap masa okay !. benda nie dah start dari sekolah menengah lagi . ingat lagi buku la tahzan yang akan selalu menemani masa lapang aku, haha, natsukashiiiii !, okay, sambung balik, aku capai buku tu then sambung baca dekat tempat last aku baca haritu. Satu page ke satu page aku baca, then bila azan zohor tgh ambik wuduk aku tersedar, ehhh buku tu best lahhhh . rasa macam terinspirasi GILAAAA ! rasa nak jumpak penulis dia nak mintak nasihat dan tunjuk ajar macam2. Ya Allah kalau engkau boleh kabulkan permintaan ini, kabulkanlah ya Allah !

Then lepas zohor selalunya kalau cuti sabtu ahad nie aku akan tidur kejap lah .tapi hari nie tak ! aku sambung baca buku tu sampai dah lebih dari separuhhh !. sebab aku rasa terinspirasi sgtttttttt !. betul apa yang tertulis dalam buku tu, ‘Allah x bagi apa yang kita mahu, Allah bagi apa yang kita perlu’ . huh, tetiba aku rasa bersemangat gila, dalam masa yang sama rasa rugi gila awat la aku tak beli baca buku nie awal2 lagi. Haha, sedih nau. Tapi Allah dah aturkan, Dia jadikan buku nie sebagai perantaraan. Awalnya mmg aku rasa tak bersemangat langsung  weekend nie, tapi bila baca buku nie, aku tahu, Allah nak bgitau aku jgn pernah berputus asa, hijrah, yess, penulis banyak membincangkan tentang hijrah !.

Terima kasih ya Allah, terima kasih sbb aturkan perjalanan hidup aku seindah ini, terima kasih sbb selalu mendengar rintihan hamba kerdil ini. Justeru, rasa nak berusaha nie terus membuak2 macam letusan gunung berapi *acewahhh* tapi betul. Aku perlu buktikan yang aku mampu,

Deskara, kimatsu shaken ni mukete, motto motto ganbaritainn desu. Thanks kepada kawan2 yang selalu bagi semangat kat aku. Terima kasih banyak.


Dan sau lagi, mak abah, angah solihin solehah, along rindu sgt2, nak sgt2 berkumpul dengan semua. Dah la sekarang nie depa cuti sekolah, angah pun cuti, aku ja kat sini sedang malas2 study lagi. Doakan along semua, along sedang berusaha. Jaga mak abah elok2, pastikan kita boleh berkumpul tak terpisah jauh lagi di syurga nanti., doa along sentiasa mengiringi setiap pergerakan kalian. Salam rindu yang teramat rindu dari bumi beranang.. L


Friday, May 29, 2015

TT

Mak tanya, “macam mna test tadi okay dak?”

“okay …” TT dalam hati menangis sebab menipu mak. Along tak okay langsung makk, zenzen . tapi shikata nai lah, sbb tak mau susahkan hati mak. Tak mau mak risau. Padahal sebelum nie kalau tak boleh buat, mengaku ja kat mak, along tak boleh itu ini. Tapi kalau kali nie kalau nak  mengaku, rasanya dah menangis dulu.

Ntah lah. Mggu nie  berlalu dengan lambat sekali. Dan setiap hari ada ja benda2 yang tak diduga tak sangka terjadi. Dari hari ahad air tak da,  lepas tu hari isnin ada test densi kairo, mmg dah sah yang tu aku fail, hari selasa dapat ensyu denjiki yang markah ntah apa2, hari rabu gembira sikit sbb dapat markah math, tapi sedih balik sebab dapat markah jyohou syori lepas tu, hari khamis seronok sikit sebab ada nihonggo hari nie lagi sedih sbb test keisoku tadi mmg zenzennnnnnnnn ! esok pulak ada test TOEIC huh .  


Ohh apa dah jadi dengan aisyiah. Rasa macam dah hilang semangat. Rasa macam nak lari dari semua kesibukan nie. Rasa nak berenti dari sini. Rasa nak akirameru dengan nihon. Rasanya nak akirameru dengan dunia. Ahh, rasa nak mati…

Sunday, May 24, 2015

pilih dai?

salam. esok dah nak kena hantar anketo nak pilih dai mna. okay jap, aku telupa anketo tu sebut apa dlm bhasa melayu. *nanges* nnti aku ingt aku bgitau * . n dai tu maksud dia University. .

so, semua budak2 tak terlepas daripada dilema itu dan ini. ada yang mmg dah tau nak p dai mna. ada yang tak tahu apa2. ada yang sampai marah2 org tu org nie. "hg p la dai tu, pointer hg dah tggi, kesian kat org2 macam aku nie" . "its not about tinggalkan u tu utk aku utk sapa2, kalau nak fight lahh" , "dai tu hima kot" , "dai tu xda senpai" and so on ! 

hahah, mmg aku pun akui sekarang je lah masa yang ada untuk bersaing dengan batchmates. kalau waktu exam, bersaing tu bukan cara aku, aku lebih suka frasa "jom berjaya sama2" . tapi sekarang, nak ajak satu batch p satu dai sama2, mmg muri (mustahil) lah weii, haha . 

tapi apa pun, aku just nak pesan kat diri sendiri ja skrg, kawan2 lain kalau rasa nak pesan2 jugak dipersilakan lah. kalau aku , aku nak p dai yang tak ramai kawan, area tokyo. aku tak nak lah letak ciri2 yang mustahil itu ini . ntahlah, dalam diri aku skrg rasa mcm ada satu keyakinan yang Allah dah tetapkan, dan aturkan sesuatu untuk aku. bila aku dengar pengalama sensei2, senpai tachi semua tu, aku sedar, yang allah dah aturkan pun semua tu untuk kita, kita hanya perlu lakukan yang terbaik dalam setiap apa yang kita hadapi ja kan? 

tak rasa ke apa yang aku rasa nieeee ???!!! hahaha tension kan bila tgk kawan2 luah perasaaan bgitau yang dia tak tau nak buat apa, dia tak da hala tuju and seangkatan dgnnya, ntahlah, aku pun tak tau ni optimis ke pesimis ke apa lah, tapi satu yang aku tahu, tak payah pening2 nak pilih mana sebenarnya, pilih ja yang kita rasa tenang bila kita tentukan sesuatu tu. and mochiron, istikharah lah dulu. nie tak, "nak pilih yang mana wehhhhh!! bla bla bla " haih penat mcm nie tiap2 hari dgr, dh tu, dari awal sem sampai skrg pulak tu, hahah apa susah sgt ke hidup nie haha. 

insyaAllah, the way u handle ur nayami tu mcm hg handle diri hg sendiri lah. bagi aku buat apa pening2 nak fikir kan, sbb Allah dah atur. mmg lah kita merancang, Allah yang tentukan. kita rancangla yang terbaik, nnti Allah top up la mna yang lagi terbaik untuk hg. kalau tak suka? Allah dah cakap, yang hg tak suka mayb yang terbaik utk hg, yang hg suka tu mayb buruk untuk hg. so? 

jom pilih daiiii ! .

maan najah semua. 

*post ni tak ditujukan kepada sesiapa*

*kalau terasa i minx maaf* 

*tapi aku tahu takda org yang baca pun post aku yang*

*untuk anak cucu ja lahh hahahaha* 

Monday, May 18, 2015

Untuk semua kesalahan yg telah aku tidakkan dan hiraukan, juga yg aku tangiskan, aku pohon seribu kemaafan. Jika seribu belum cukup, aku pohonkan sejuta. Jika belum juga, seinfiniti maaf yg boleh aku pohonkan agar dimaafkan, aku pohonkan maaf ini. Maaf...

Saturday, May 9, 2015

☆彡

Nak ku humban pun ntah ke mana.

Tiba2 tgn merayap mencari blog.

Biar aku tekan papan ini sekali dua.

Moga mengalir rasa hati.

Dapat kiranya ku lepas tak pulang kembali.


Ada di maya

Indah budinya.

Selalu nasihat agama.

Laksana malaikat tak pernah buat salah.

Org pun pandang mungkinkan tinggi.

Hakikat fana bukanlah maya.

Yg sebenar jauhnya beza.

Terlindung di balik skrin yg indah.

Hikikat manusia tiadanya sempurna.

Sedarlah ia satu perkara.

Hentilah jadi malaikat.

Sebarkan saja yg baik2.

Biar pandang manusia serong dan keji.

Ada niat ikhlas di hati,

Pastikan di pandang kuasa di atas .

Jadilah sahaja manusia yg baik.

Soleh sempurna acuan alquran.

Kerana ada ganjaran di hujung sana.

Syurga nan kekal abadi.

Bukan utk malaikat.

Tapi utk manusia,

Yang pernah bersalah

Tapi bertaubat..

Thursday, May 7, 2015

esok milik siapa

kematian boleh datang bila2 sahaja. semua orang tahu benda tu. tapi tak ramai pun yang nak ambik langkah2 persediaan. banyak ja kita baca kisah2 kematian yang tak di sangka2 pun , tapi bila ajal nak menjemput, sapa yang boleh halang? 

kita pulak, masih berfikir yang masih ada masa, masih ada ruang dan peluang untuk kita terus hidup. katanya masa masih panjang. tapi tak sedar kematian itu boleh berlaku di mana2. aku yang sedang menaip ini pun mungkin  boleh meninggal sebelum sempat post ini aku publishkan. ya, bila ia datang, siapa lagi yang boleh menidakkannya.

tapi soalnya bukan cepat atau lambat, soalnya amal kita saat ini. apakah masih tercari2 di mana ikhlas dalam hati. ataukah sedang menghimpun khusyuk dalam ibadah. atau sedang dilalai lalikan oleh hiburan nafsu semata? apakah dengan amal kita saat ini , dan ajal kita pula datang di saat ini, mungkinkah pengakhiran kita adalah husnul khotimah? ataupun, suu'l khotimah? mana satu kah yang bakal terjadi itu terletak  dengan amal kita saat ini.. sentiasalah berdoa semoga kita dimatikan dalam keadaan yang baik2 belaka. terhindar dari fitnah akhir zaman yang semakin menghimpit kita dari sehari ke sehari.,

belum sedar lagikah masyarakat kita tentang keadaan akhir zaman yang kucar kacir ini . zaman dimana semua orang terkejar2 segala kemewahan dunia. material dan nama. zaman di mana masyakarat tidak sempat duduk menadah ilmu dari para ilmuwan. yang ada cuma masa untuk bersosial, keluar berseronok. tanpa ada sedikitpun terselit rasa ingin menghargai nikmat pemberian Allah ini. mereka seakan-akan lupa bahawa adanya kuasa yang meminjamkan keseronokan ini sebentar. dan bagaikan terlupa untuk bersyukur dan duduk beribadat sebentar sebagai tanda terima kasih.

adapun masa solat mereka, hanyalah tidak lebih dipanggil duduk tunggang tebalik. hatinya kosong. tiada lazat dalam hati. cuma 5 minit yang terluang, habisnya terus bertebaran mengejar dunia. sungguhlah, lihat betul2 masyarakat kita sekarang. lihat betul2 sekeliling kita sekarang.  lihat betul2 dunia kita sekarang. dimana kedamaian ? dimana pembelaan? yang lemah terus tertindas. manusia2 tak bersalah terus dibunuh tanpa belas ehsan, yang tinggal hanya ketidak adilan. yang entah bila boleh dihapuskan. lihatlah dari mata hatimu sendiri. dimana kamu berdiri saat ini, di situ ada sesuatu yang kamu perlu hayati dimana  baik, di mana buruknya.


sempatkah masyarakat yang aku sebutkan tadi, yang sedang sibuk mengejar dunia ini berfikir tentang adanya hari pembalasan, hari kiamat, negeri akhirat, nikmat syurga, seksa neraka, yang semua itu tak nampak dimata. tak pernah siapapun merasainya. yang sering dilupakan saat kita mengilai tawa bersama teman yang lain. siapa lagi yang akan mengingatkan mereka2 yang sedang hanyut dibawa arus kemodenan bahawa kiamat itu pasti, akhirat itu pasti. ibadah itu perlu. syurga itu mahal. neraka itu seksa yang tidak terperi. siapa lagi?? siapa?!

masih adakah masa untuk mu berlengah2an dalam menyebarkan peringatan ini? bahawa kita kesuntukan masa. suntuk dengan ajal yang makin mendekat, suntuk juga dengan ajal mereka2 yang masih dibuai nafsu duniawi. suntuk dengan fitnah akhir zaman yang semakin menjadi2. ayuhlah, usah berlengah lagi, terangkan satu persatu apa itu islam. apa itu iman. berapa rukun iman. berapa rukun islam. kenapa perlu beriman kepada Allah. kenapa mengucap dua kalimah syahadah. kenapa ada qada' . kenapa ada qadar. siapa lagi yang mahu menerangkan? 

ayuhlah sibukkan umat akhir zaman ini dengan ilmu . bukan sahaja ilmu fisik kimia . teori gaus, teori maxwel, ataupun laplacian sahaja. bahkan ilmu fekah, tauhid, sirah, tajwid dan sebagainya. agar yang lekat dalam hati itu bukan hebatnya, manusia mencipta teori dan formula, tapi hebatnya Yang Maha Mencipta mencipta manusia yang mampu mencipta formula dan merumus pelbagai teori. 

masih adakah esok dan lusa untuk kita terangkan? sedang esok mungkinkan lusa ajal pun boleh menjemput... 


Friday, May 1, 2015

二十歳になっちゃった

boleh tak nak wish besday utk diri sendiri?

ahh perlu ke minx izin orang lain, diri sendiri yang nak wish haha.

so yang nak baca, baca . xmau baca wish masuk bakul angkat diri bakul pecah nie, boleh baca blog lain. hahah bapak kejam.

okay aisyiah, sanah helwah yang ke 20 ! ohhhh rasa nak menangis gila2 bila terkenangkan usia yang dah cecah puluhan nie. dah lama hidup, tapi sumbangan untuk keluarga masyarakat islam 全然ないいいいいい (tak da langsung !) (T_T)

tapi apapun, besday tahun nie bagi pengalaman baru, memori baru. start dengan malam tu struggling buat shukudai denjiki dengan pau suha ainur sue kat surau, then depa masuk bawak kek yang sedappppppppp sgt . T_T . mmg lah malam tu semua kenakan aku. oii malunya sampai harini tak habes lagi. dah tu esok pagi kelas hatono sensei sapa entah p bagitau sensei haritu besday aku, dan sensei dengan tak malunya ajak bdk2 nie nyanyikan lagu besday utk akuu. huaaa hazukashisugiiiiiiiii !!

then esok tu pun wada sensei terangkan pasal denkirikisen pastu belah2 mcm kek apa ntah, tiba2 sebut besday aku semalam. oiii hatono sensei gi cerita satu office ke apa T_T

habes semua orang tahu aku dah masuk 20. bapak tuaaaaaa !

ahh apapun, itu memori . yaaa, memori yang aku boleh senyum dan menangis bila memikirkannya.

tinggal kurang lagi setahun ja lagi nak ganbaru kat m'sia nie. lepas tu semua orang akan bawa haluan masing2, tahun depan mungkin aku dah tak da kat dunia nie, mungkin tengah struggle buat report lab mungkin tgh menangis rindukan rumah dan segala kemungkinan, tapi yang pasti, perancangan Allah tak pernah gagal membuatkan aku sentiasa bersyukur dilahirkan ke dunia ini.

biarlah sekarang semua nya menuntut masa dan pengorbanan yang tak berbelah bahagi, report kena hantar setiap minggu, tiap2 malam tido lambat buat kerja, baju2 tak sempat nak basuh last2 kena pakai shawl g kelas, telupa makan malam. dan semua yang serba tak kena dengan sem baru nie . tapi teruslah optimis dengan perancangan dan takdir Allah ini.

kita hanya perlu lakukan yang terbaik dalam setiap yang kita lalui. biar pengakhirannya, ditentukan oleh niat dan usaha kita. Allah takkan menzalimi hambanya yang sentiasa melakukan kebaikan bahkan telah dijanjikan tempat yang istimewa di syurga sana. insyaAllah, biarlah janji dan redha Allah menjadi kekuatan untuk kita terus2an melakukan kebaikan di muka bumi Allah ini. selagi hayat dikandung badan, selagi itu , pasti ada sesuatu yang dapat kita sumbangkan untuk agama ini, islam...

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!