Saturday, November 30, 2013

the @#$%^& week

satu mggu berlalu dengan sekejap dan aq pun xsedar tetiba dah hbes seminggu. hari2 penuh dgn kuiz test apa bagai. hidup di jad nie, mmg xsesuai lah untuk org yg malas mcm aq nie..ntah kdg2 terasa mcm aq nie tesesat sorg2 pemalas kat sini. ehh jap2, serakah sangat kan nak lepas semua nie smpai lupa bgi salam..:D Assalamualaikum =) apa kabar iman? apa kabar graf mutabaah amal?

jujur cakap, iman diri ini dah rsa makin bkurang, minggu nie berlalu dengan kesihatan yg xberapa baik, nak buat amal pun terasa berat. padahal aq sepatutnya lebih kuat, ini ujian Allah, bila seminggu nie berlalu dengan test yg bersambung-sambung, dan aq hanya study sikit gila dan tnpa rsa besalah tido seawal selepas siap shukudai tnpa fikir perasaan roomate yang study tk ingat dunia. fuhhh. semua itu bagaikan mimmpi jaa, aq buat bnda tuu? elehh rileks ahh, mcm xkenal aq. steady smpai hbes exam . tapi paling gelabah bila nk dpt mrkah balik. mmg xpenah brubah dari tadika*** lagii. hahah! 


tapi itu semua kuasa Allah, Allah yang takdirkan aq lalui mggu ujian nie ujian tidak sihat, Dia tahu aq mampu laluinya..itu semua insyaAllah ada sesuatu yang Dia mahu tunjukkan kepadaku...siapa tahuu? dan esok pulak, ada exam JLPT. well, as a candidate, aq pun xtau apa JLPT tu stand 4, ahh waruii. yang tahu dalam bahsa jepun nya sebut noryoku shiken. cess..apa jenis manusia lah aq nie..semoga segalanya bejalan dengan lancar, even aq tau dokkai aq mmg teruk gilaa. tak tak tak, tak gila, cuma xberapa ngam arr..ada ke patot waktu semak balik dalam kelas yg test jlpt  tu siap cakap warui mondai (baca: soalan yang jahat) . dah la depan tomioka senseiii. ehh. boleh pecah satu kelas gelakkk. haha, pecah rhsia aq salah soalan tu. tapi seriously, jepun nie kalau soalan dia tu direct2 mmg tak arrr, ada saja trick dia kat mana2. bijak. tricky. 

okaylah, cukup dulu luahan kegeramann. *kahkahh, seriusly homesick nie dah tak tertangguh bhaiii. tmbah2 angah dah nk hbes spm, katanya tinggai bahasa arab ja lgi selasa nie...doii. just like, whatt? ohh tidak. aq pun nk balik rumah nak rehat2 mcm hritu . huhu. hakikatnya semua itu bagaikan angan dan mimmpiiiiiiiiiii. hoho. okaylahh.,till thenn, pray for us tomorrow and us for now and hereafter. =)

Thursday, November 21, 2013

wat tazkirah really means??

assalamualaikum wbt,
dikesempatan yang sempit dan xcukup masa ini, terasa nk brcakap soal sesuatu yang dekat dgn kita. yg ada dalam diri kita. apa dia? hati. yes, hati. semua orang punyai hati, hatta binatang pun punyai hati . hati, anugerah Allah buat kita, dgn sekeping hati ini lah kita menjalani hidup kita.

dan sedarkan kalian? hati kita ini sudah byk calar2 dan luka2. sedangkan aq yg umur 18 tahun ni pun merasai betapa payah hati ini dibentuk, kadang2 Allah hadirkan ujian, luka pun merebak, sekali sekala, Allah beri nikmat, Alhamdulllah, luka kembali sembuh, dan hati pun brcahaya. apatah lagi org2 yg sentiasa memdapat kekusyukan dalam solat, subhannallah, betapa hati ini anugerah Allah yg xternilai.

tapi, dalam kehidupan seharian kita, kita seringkali terlupa, akan perlu dan dahaganya hati ini. kita hanya memikirkan makanan jasadi. padahal hati ini kelaparan, kegersangan, dahaga dgn cahaya2 ilmu dan ketenangan. dan bersyukurlah seandainya kita masih punyai hati yang terang, hati yang masih sudi menangis seandainya takutkan Allah. kerana apa? kerana diluar sana masih ramai antara umat manusia yang keras hatinya dalam menerima kebenaran. gelap hatinya meniti kehidupan ini.

maka berkait rapat dgn hati ini juga, kita pastinya, pasti memerlukan nasihat bimbingan dari org sekeliling kita. dalam soal itu, jika masih ada antara kita yang merasakan itu semua tiada kaitan dgn diri kita. fikirkan semula soal hati kita, adakah ia cukup sihat utk menempuh prjalanan menuju syurga Allah?? jika saat hati kita merasakan tersentap sebagainya dgn teguran dan nasihat, maka sedarlah, itu sebenarnya tujuan nasihat dan tazkirah diberikan. jika hanya memperkatakan sesuatu yang biasa dan tidak terkesan dgn hati dan rohani kita, apa gunanya membazir tenaga? betol x?

justeru, mulai sekarang, tanamkan dalam diri kita, peringatan yg kita terima bukanlah dari manusia kepada manusia semata-mata, hakikatnya ia datang dari Allah melalui perantaraan manusia, buku, majalah dan sebagainya. marilah kita sama2 menguatkan hati ini, agar mapan dengan segala ujian dan kuat utk terus meraih keredhaan Allah.

sebelum tu, ni ada blog nak promote sikit, wow, blog bdk2 JAD. ,http://jepunakudatang.blogspot.com/ sila2lah berkunjung, mana tahu ada yg boleh melekat di hati kita, well, siapalah yang lebih mengetahui melainkan Allah.

akhirul kalam, semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah. ^^


Friday, November 15, 2013

i got eyebagggg!!!

assalamualaikum..^^
okay kali nie mmg jujur . haha. xpenah2 aq tulis tajuk dulu bila nk post sthg. tapi kali nie aq mmg tulis tajuk dulu! haahh excited sgt nk bgitau aq ada eyebag. well, selama nie seriusly rasa rendah diri gila bila semua bdk2 jad ada eyebag sedangkan mata aq 'bercahaya' bagaii. ceeyyy. haha. so skrg boleh kot umumkan diri bhawa sudah sah menjadi bdk jad. ffffeuhhhh!

sebagaimana yang semua org tahu, eyebag terbentuk apabila kita tidak mendapat tidur yang secukupnya . eyebag dapat dikenalpasti di bahagian mata, *ye r nma pun EYEbag , kebiasaannya dibhagian bawah mata yg kelihatan seperti lebam2 berwrna kelabu tidak hitam. hoho. eyebag juga kebiasaannya 'menumpang' pd muka org yang stress dan banyak mengalirkan airmata.

tahukah anda eyebag boleh menunjukkan tahap kestressan seseorang??
jika eyebagnya 'penuh' semakin tinggilah tahap streess yg mungkin dialaminya.
dan syukur Alhamdulillah, eyebag yg sy ada ini masih boleh menunjukkkan bahawa saya bahagia dgn kehidupan sy skrg ^^


dan, berdasarkan research yg telah sy search kat goooogle, *haha, eyebag juga mungkin terbentuk disebabkan faktor2 berikut:-

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.

okayy karton niee sumpah over stress.!


dan itu saja nk post. eyebag after all, anugerah Allah.

yg penting, jaga kesihatan . la libasa ajmalu mina assihahh. *betul x ehh? . tapi yg penting, mksodnya ialah 'tiada pakaian yang lebih cantik melainkan kesihatan'

maassalamah.

Tuesday, November 12, 2013

penjara hati.

brdiri. resah.
entah dimana hilangnya rasa.
seringkali terdiam sendiri
ada rasa yang trpendam.
tapi tak mampu diungkap.
hanya berlegar dalam fikiran.
hakikat hati yg semakin jauh dariNya,
hanya punyai secebis harap.
moga hati ini terus hidup .
agar dapat lagi mencari.
mengutip. ilmu dan cahaya.
yang semakin sukar haluannya.

halangan dan cabaran,
silih berganti.
kadang letih. penat. seringkali mengeluh.
ada kala airmata juga menemani.
tarbiah duniawi.
sedang tarbiah ukhrawi sikit cuma.
yang ku lihat sana sini, hanya dunia matlmat utama.
seolah akhirat itu rekaan semata.
sedang ia suatu yang pasti,
seringkali diri bebas berkata.
bergerak.
hakikat yang seringkali aku kesali.
mahu letakkan dunia ini di tangan.
penjara diri.
kerana akhirat negeri yang abadi.


moga pertolongan, Rahmat, Rahim Nya sentiasa mengiringi.
moga diberi ketabahan, kekuatan, kesempatan,
untuk aq beri secebis keringat, buat Islam,
agama Allah ini.
19.02
12/11/2013
Mara Japan Industrial Institut

Friday, November 8, 2013

オヒサシブリデス。。。

assalamualaikum. apa kabar iman kalian di sana? apa kabar iman saundara2mu? ? kabar aq di sini pula xsesegar bunga di taman. pelbagai mehnah dan ujian, tpi nmpknya m
asih belum cukup utk mencapai mardhtillah itu..ntah lah di bhgian mana gelapnya hti ini, aq sendiri pun tersuluh2 mencari punca. fuhh ayat muqaddimmah dia..apa2 pun marhaban bikum, almost a month lah kan xsentuh blog nie..wahh rindu nk bcerita act..tpi masa ja xmenginzinkan..


mulai sem nie, disamping belajar bhsa jepun, kami juga akan belajar subjek2 sains. *ehh sem 1 pun mmg mcm tu jugakkan??* lek luu..kami akan belajar subjek2 sains, dalam bahasa jepun. nmpk tk permainannya di situ?? so tak hairanlah kalau tulisan rumi mcm homework pengajian islam tu tulisan aku menjadi semakin hodoh dari sebelumnya yg sememangnya cakar kucing.*takyah nk ngutuk sgt tulisan aq. so, what we all need now it just act the motivation, whereas motivation tulah sebenarnya tunjang utama mengapa kita melakukan sesuatu perkara. kita solat beribadat sebb apa kalau bukan kita ada tujuan? ada harapan, ada motivasi sendiri, mengapa kita perlu lakukannya. right?


then, aq pun berbaliklah mencari quotes2 yg sememmangnya makanan kegemaran aq dgn laptop nie..yes, i love quotes very much, after al-quran n sunnah,. do you think so? dan kekadang, motivation itu sendiri bermula dri dlam diri kita sendiri, saat kita duduk sejenak merenung kerja buat kita sehari2, apakah kita melakukan kerja yg sama setiap hari? apakah kita melakukan kesalahan yg sama setiap hari? dan ada tak sesuatu pertambahan dan kerja buat kita sehari2, benarlah sesiapa yg hri ini lebih teruk dari semalam maka rugilah dia..Allahu^^



dan sekarang, musim SPM, well xsangka dah setahun berlalu zaman  kesibukan aku dulu. *heh skrg nie xsibukkeeeee?* ok skrg lagilagilagilagi sibuk dari spm, so SPM adalah kesibukan, tapi JAD adalah ketersibukan yg melampau. got it? do, tahun nie giliran Hakimi bertarung utk itu, buat baik2 ya adik**. marilah kita mendoakan kejayaan utk mereka dan kita semua juga. tak kisah pun kalau dia dapat result lebih baik dari aq, at least aq tumpang bangga ada adik mcm tu. rajin, pndai, malas, kurus** erk! hahah. aci ke dia gelak kat aq bila aq bgitau aq jogging kat sini ptg2, aq pon boleh laa jdi kuruss. haishh. apa2pun, all d best adik2. doaku akan sentiasa mengiringi kalian, jgn lupa pada janji Allah.

soshite, hmm..dan habes dah kot sesi merapu malam nie, well, esok hari jumaat, so shukudai (baca: homework) xde laa byk sgt...tak tak tak, bukan xbyk, tpi xbuat lagi pun xpa, sebab lusa cuti. -___-' betapa penangguhan itu takkan habes selagi Allah masih menangguhkan kiamat..tpi, sedarlah, jgn kita tangguhkan utk meminta maaf dr manusia dan pengampunan dari Allah. kerana bila sampainya ajal kita, tiada lagi penangguhan waktu itu. Allahu^^

kokomade, mata itsuka..insyaAllah, moga Allah mengampunkan kita semua dan sentiasa berada dalam lembahyung rhmat dan kasih sygNya insyaAllah, maasalaamah..

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!