Thursday, May 7, 2015

esok milik siapa

kematian boleh datang bila2 sahaja. semua orang tahu benda tu. tapi tak ramai pun yang nak ambik langkah2 persediaan. banyak ja kita baca kisah2 kematian yang tak di sangka2 pun , tapi bila ajal nak menjemput, sapa yang boleh halang? 

kita pulak, masih berfikir yang masih ada masa, masih ada ruang dan peluang untuk kita terus hidup. katanya masa masih panjang. tapi tak sedar kematian itu boleh berlaku di mana2. aku yang sedang menaip ini pun mungkin  boleh meninggal sebelum sempat post ini aku publishkan. ya, bila ia datang, siapa lagi yang boleh menidakkannya.

tapi soalnya bukan cepat atau lambat, soalnya amal kita saat ini. apakah masih tercari2 di mana ikhlas dalam hati. ataukah sedang menghimpun khusyuk dalam ibadah. atau sedang dilalai lalikan oleh hiburan nafsu semata? apakah dengan amal kita saat ini , dan ajal kita pula datang di saat ini, mungkinkah pengakhiran kita adalah husnul khotimah? ataupun, suu'l khotimah? mana satu kah yang bakal terjadi itu terletak  dengan amal kita saat ini.. sentiasalah berdoa semoga kita dimatikan dalam keadaan yang baik2 belaka. terhindar dari fitnah akhir zaman yang semakin menghimpit kita dari sehari ke sehari.,

belum sedar lagikah masyarakat kita tentang keadaan akhir zaman yang kucar kacir ini . zaman dimana semua orang terkejar2 segala kemewahan dunia. material dan nama. zaman di mana masyakarat tidak sempat duduk menadah ilmu dari para ilmuwan. yang ada cuma masa untuk bersosial, keluar berseronok. tanpa ada sedikitpun terselit rasa ingin menghargai nikmat pemberian Allah ini. mereka seakan-akan lupa bahawa adanya kuasa yang meminjamkan keseronokan ini sebentar. dan bagaikan terlupa untuk bersyukur dan duduk beribadat sebentar sebagai tanda terima kasih.

adapun masa solat mereka, hanyalah tidak lebih dipanggil duduk tunggang tebalik. hatinya kosong. tiada lazat dalam hati. cuma 5 minit yang terluang, habisnya terus bertebaran mengejar dunia. sungguhlah, lihat betul2 masyarakat kita sekarang. lihat betul2 sekeliling kita sekarang.  lihat betul2 dunia kita sekarang. dimana kedamaian ? dimana pembelaan? yang lemah terus tertindas. manusia2 tak bersalah terus dibunuh tanpa belas ehsan, yang tinggal hanya ketidak adilan. yang entah bila boleh dihapuskan. lihatlah dari mata hatimu sendiri. dimana kamu berdiri saat ini, di situ ada sesuatu yang kamu perlu hayati dimana  baik, di mana buruknya.


sempatkah masyarakat yang aku sebutkan tadi, yang sedang sibuk mengejar dunia ini berfikir tentang adanya hari pembalasan, hari kiamat, negeri akhirat, nikmat syurga, seksa neraka, yang semua itu tak nampak dimata. tak pernah siapapun merasainya. yang sering dilupakan saat kita mengilai tawa bersama teman yang lain. siapa lagi yang akan mengingatkan mereka2 yang sedang hanyut dibawa arus kemodenan bahawa kiamat itu pasti, akhirat itu pasti. ibadah itu perlu. syurga itu mahal. neraka itu seksa yang tidak terperi. siapa lagi?? siapa?!

masih adakah masa untuk mu berlengah2an dalam menyebarkan peringatan ini? bahawa kita kesuntukan masa. suntuk dengan ajal yang makin mendekat, suntuk juga dengan ajal mereka2 yang masih dibuai nafsu duniawi. suntuk dengan fitnah akhir zaman yang semakin menjadi2. ayuhlah, usah berlengah lagi, terangkan satu persatu apa itu islam. apa itu iman. berapa rukun iman. berapa rukun islam. kenapa perlu beriman kepada Allah. kenapa mengucap dua kalimah syahadah. kenapa ada qada' . kenapa ada qadar. siapa lagi yang mahu menerangkan? 

ayuhlah sibukkan umat akhir zaman ini dengan ilmu . bukan sahaja ilmu fisik kimia . teori gaus, teori maxwel, ataupun laplacian sahaja. bahkan ilmu fekah, tauhid, sirah, tajwid dan sebagainya. agar yang lekat dalam hati itu bukan hebatnya, manusia mencipta teori dan formula, tapi hebatnya Yang Maha Mencipta mencipta manusia yang mampu mencipta formula dan merumus pelbagai teori. 

masih adakah esok dan lusa untuk kita terangkan? sedang esok mungkinkan lusa ajal pun boleh menjemput... 


No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!