Friday, February 22, 2013

saat kematian menjemput

assalamualikum..
pertamanya ana mohon jasa baik rakan pembaca semua untuk mendoakan mak long atau lebih dikenali dengan mak long rahmah yang baru sahaja meninggal maghrib tadi..alangkah indahnya kematian pada hari jumaat..itulah impian aku sejak dulu lagi..

al-fatihah...

itulah salah satu lagi peringatan yang diberikan Allah kepada kita yang masih hidup di dunia ini, agar kita sentiasa mengingati kematian disamping menambahkan dan memperbaiki amal kita di dunia ini. betapa kematian itu adalah suatu perkara yang pasti, kemanapun kau berlari, kematian pasti menjemputmu...persoalannya bukan bila dan dimana...tapi bersediakah kita untuk sebuah perpisahan yang amat dahsyat ini?

dari kecil lagi, harapan ana adalah mati awal dan xak menyusahkan orang lain, biarlah ana yang pergi dahulu dari mak abah, ana berharap sangat2, tapi saat penyakit wahan telah sedikit sebanyak meresap dalam diri ini, ana sering alpa dan terleka, tak sedar bahawa kematian makin mendekat, sedangkan ana dengan Allah sendiri semakin jauh.,

ya Allah, kau ampunkanlah dosa2ku, dosa ibu bapaku, dosa adik2ku, dosa orang2 yangdekat denganku, dan kau permudahkanlah jalan kami menemuimu...sesungguhnya diri ini hanya insan biasa yang lemah lagi hina...
ya Allah, kau tempat kanlah arwah bersama orang2 yang beriman, dan kau tempatkanlah orang2 yang telah pergi kepadaMu ditempat yang engkau redhai...

amin ya Rabb...

No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!