Wednesday, February 11, 2015

aku ilmu..

Setiap hari kau berjalan untuk mendapatkanku
Jauh bagaimanapun kau sanggup redah,
Kadang-kadang panas, terik.
Kadang2 hujan, lebat sgt.
Tapi aku tahu,
Itu semua bukan penghalang untuk kau yg gagah itu.

Cuma,
sebenarnya, siapa aku bagi dirimu?
Setelah bersusah payah kau dapatkan aku,
Tiba2 bila balik,
Kau simpan sahaja aku ,
terkepit antara buku2.
Lemas aku tak kau fikir.

Kemudian aku terus dilupakan
satu hari aku terdengar suatu berita
Aah rupanya kau pergi mencari bahagianku yang lain !
Gembiranya aku bila mengetahuinya.
Ternyata kau sangat mencintai aku rupanya !

Tapi aku sudah lama tidak berjumpa denganmu.
Mungkin juga aku sudah dilupakan.
Tiba2 satu hari.
Aku diselak kembali.
Kau memahami aku dengan rakusnya. Kau semat aku dalam ingatan.
rupanya kau perlukan aku dan bahagianku yang lain untuk exam esok hari.
Aku gembira dpt memberi manfaat kepadamu.


Tapi, selepas exam,
Sepertinya aku kembali ditinggalkan.
kini lebih sedih,
Terdampar dalam timbunan kertas2 lama.
Kenapa tempatku harus disini?
Kenapa tidak kau simpan dan sematkan sahaja aku dalam hatimu ?

Rupanya kau tidaklah benar2 menghargaiku.
Rupanya aku cuma alat untuk exammu.
Biarlah aku terus terdampar di sini.
Yang penting kau tahu,
Aku sentiasa menunggumu.
Dan semoga kau tahu,
Aku dan bahagian2ku yang lain perlu bersatu dalam hatimu,
Bukan dalam kertas2 usang ini.


aku: ilmu

----
sedih kadang2 bila result jatuh, tapi kita dengan yakin nya cakap, aku belajar kerana Allah. Allah, kita sendiri tak tahu apa perancangan Allah, tapi, berusahalah menjaga ilmu itu sebaiknya, bukan untuk dibuang sana sini, jauh lagi untuk dilupakan, apatah pula hanya untuk lulus exam.

No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!