Thursday, October 15, 2015

rindu

Dalam tangis ini,
Ku bawa rindu,
Pada yg jauh,
Pada yg dekat,
Kepada yg bakal menjauh,
Kepada yg bakal mendekat,
Kepada yg telah pergi,
Kepada yg akan pergi.

Dalam rindu ini,
Aku pohon dari tulus hati,
Semoga kita boleh bersama lagi
Di taman syurga-Nya nan indah.
Kerana dunia
yg sentiasa memisahkan kita
Jauh bertebar mencari erti hidup.


Aku tak akan henti berdoa,
Agar syurga
menjadi rumah kita
Rumah mereka,
Rumahku
Dan rumahmu
Akhirat kelak.

Dalam rindu ini
aku tadahkan doa,
Semoga rahmat Allah
Sentiasa bersama kita,
Mereka, dan mereka.

Tabahlah saudaraku..
Ratapmu rindukan syahid,
Ratapku mahukan taqwa.
Walau aku jauh,
Walau seinci,
Aku mahu,
Aku mahu,
Aku mahu dekati syurga itu.


Teruskan jihadmu disana,
Aku disini dengan jihadku jua,
Begitu juga mereka dan mereka.

Hanya maaf mampu ku ungkap,
Kerna berdiam bisu melihatmu sengsara,
Sedang aku dalam rindu,
Yg entah dimana hujungnya...

No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!