Tuesday, October 20, 2015

aisyiah

tadi baru ja isi borang kemasukan ke ting. 4 untuk solihin. then tetiba, termenung lama kat bahagian ibu bapa dan penjaga. especially kat bahagian pekerjaan daan pendapatan. mmglah sebelum nie tau ja abah dah xreja, tapi bila dia suruh isi pendapatan, nak tulis apa? tak da pulak pilihan --ve . serta merta teringat jerih payah mak abah nak besarkan kami adik beradik. tadi pun petang tadi call mak abah, dgr suara mak sesak2 nafas sebab jerebu mungkin. Allah, hati ni dah menangis dulu, cuma tahan mata ja jgn bagi bertakung banyak2, nnti melimpah susah nak berenti.

bahu ni mmg tetiba rasa berat serta merta. nak cerita kat orang lain pun, setakat cerita je lah, diorang bukan boleh buat apa pun, so baik tulis ja kat sini. moga2 suatu masa nnti seorang aisyiah ini ingat bagaimana masa mudanya harus diguna sepenuhnya utk kebaikan diri sendiri dan orang lain. tapi mmg hati xboleh tipu, aisyah mmg sgt2 risau sekarang nie, mcm mna nak fly jepun tinggai mak abah berapa ribu km . setakat jauh kl-relau berapa ratus km pun dh xsenang duduk bila dgr mcm2 hal jadi. ini pulak nak duduk kat sana negara orang.

semakin nak fly ni semakin pulak perasaan tu bercampur baur, takut xboleh fly, takut kena tinggal family, takut itu dan ini, ya Allah mcm2 yang mmg serabut. appapun aisyiah tak boleh berenti separuh jalan ja. dan sebab jalan ni bukan aisyiah sendiri yang pilih, Allah sendiri yang dah tentukan untuk aisyiah, Aisyiah kena lah yakin bahawa Allah dah rancang yang terbaik buat aisyiah. kata orang tak guna kalau asyik memikirkan masa depan kalau xbuat apa2 masa sekarang. tadipun nak tulis gansho tetiba terstop sbb xdak semangat. entah, mmg mcm tu dah aisyiah dua tiga menjak nie. kalau rasa nak buat, buat, xnak tinggai mcm tu ja. apalah masalah aku. teringat pulak cerita kak sab yang kawan dia mengalami kemurungan akibat stress yang melampau. ohh jgn la jd mcm tu aisyiah pliss.

tapi aisyiah yakin, rezeki Allah tak pernah salah alamat, dakara koso, ima no jyoutai wo majime ni kangaenakutemo ii jyanai? dalam buku la tahzan sendiri cakap, apabila kesusahan telah sgt menghimpit, pasti akan muncul jalan keluar. cuma yang seorang aisyiah takutkan sekarang nie kalau2 aisyiah dah xkuat hadapi semua nie. kalau2 keyakinan ni terhakis satu per satu. satu ja sekarang nie yang aisyiah nak hanyalah aisyiah tetap kuat, jgn menyerah. aisyiah pasti boleh lalui semua nie. aisyiah pasti kuat.

***

maaflah post ni mcm memujuk diri sendiri tapi mmg pun tengah pujuk diri sendiri sekarang nie. dek kerana kerisauan yang tiba2 memuncak tadi. gansho pun dah xdak yaru ki nak tulis padahal dah kena hantar kat sensei esok. shikatanai. aisyah dah jadi mcm nie sejak dua menjak nie. aisyiah kalau ada msalah jgn pendam pliss. masalahnya aisyiah sendiri xtahu kat mna masalah tu. allah2. doakan semoga aisyah terus kuat, aisyah terus tabah, aisyiah terus yakin dengan janji Allah.

1 comment:

fauziahhaya said...

issyoni ganbarou aiysiah !!!

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!