Saturday, June 20, 2015

sesak

dah sabtu. minggu ni berlalu dengan cepat. dan , mencabar. 3 test minggu lepas sudah cukup meregut nafas aku yang sedia turun naik ini. minggu depan pulak, 4 test. ntahlah ujian apa lagi yg bakal di hantar oleh Allah nanti. nyata. kalau manusia tak pandai mengurus ujian, pasti sudah lama terbabas tersadai di jalan yang salah.

ramadhan hari ketiga minggu nie. dengan sensei2 nihonjin yang selalu merendahkan orang puasa kononnya tak larat apa semua, itu semua mmg menguji kesabaran. betullah puasa tu xmakan xminum xlarat, tapi yang patut disalahkan tu manusia, bukan hukum tuhan.

moga2 hari2 yang bakal mendatang ini pun tetap berbunga bercahaya bersinar berkilau dan seangkatan dengannya. mesti kebelakangan ni byk benar rasa benci yang bertunas dalam hati ni,. moga2 tunas ini rapuh, moga2 tunas benci ini akan mati tak lama lagi. diri sudah penat sebenarnya menganggu benci. tapi hati tetap degil. katanya bukan salah aku. katanya dengan ego, aku yang betul ! .. biarlah , hilanglah segala kekeliruan dalam hati ini. hilangkan. buang sesak2 yang menyekat senyum, yang menahan bahagia. ikhlas kan sendir2 hati itu. kerana berbekal sabarlah, hati memupuk ikhlas.

selamat belajar dari buku, juga dari kehidupan, aisyiah..

No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!