Wednesday, April 15, 2015

2 tahun dah berlalu

2 tahun dah berlalu sejak tok pergi menghadap ilahi.
Tinggalkan kami di dunia. Untuk membekal lagi pahala yang yang terdaya kami laksanakan.

Sejak dari itu, bila balik rumah, dah xda susuk tua yang akan tanya sihat ka tak, dtg duduk depan kusyen tgk tv sama2, padahal, nak tgk cucu dia ja.

Tok yang selalu menangkan kami.
Tapi yang selalu bising bila kami tidoq pagi2.
Tok yang ketawa nya, membuatkan kami ketawa.
Raut tua yang tenang bagai laut yg luas.
Tok yang selalu menjadi rujukan kami sekeluarga.
Tok yang selalu pesan utk belajar betul2 sebelum balik asrama,
Yg selalu selit 'kertas' dalam salamnya.

nyata, ketiadaannya memang dirasai.
Namun kami , tetap tabah.
Kerana yakinkan Allah.
Satu hari nanti,
Kan bertemu di syurgaNya.

Damailah dikau di sana.
Kami di sini, sedang mengejar syurga kita bersama.

No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!