Monday, March 30, 2015

dalam perjalanan menuju cita-cita *acewahh*

assalam..
sebenarnya tadi bukak lappy nak tgk drama. tapi dah tersesat dahulu kat blog . then teringat, maybe ada something yang aku boleh share malam nie. kenapa tidak?

sebenarnya semalam, aku ada pi seminar penulisan. seriously sebelum p seminar tu, apa yang aku expect adalah kat seminar tu nanti akan ada orang nak ajar teknik2 penulisan, diperkenalkan genre2 apa semua tu, tapi walaupun ada lah jugak sedikit pengenalan tu, ada sthg yang lebih besar yang Allah takdir kan untuk aku semalam. aku faham kenapa aku perlu belajar menulis dengan hati, matlamat yang jelas dan specific. sebab kadang-kadang kita nie nak buat semua kalau boleh ! sampai satu masa , semua yang kita nak buat semua tak boleh buat. haha. pernah tak? ke aku sorang je rasa?

speaker2 pulak banyak kongsi pengalaman diorang macam mna bermula dari setahun dan ada yang bertahun-tahun untuk menyiapkan, berapa? sebuah cerpen ! yes, cerita pendek ! boleh bayang ambik masa 3 tahun nak siapkan sebuah cerpen yang kita boleh baca dalam masa 5-10 minit ja? wow ! aku rasa benda nie GILA ! tak rasa?

dan bukan dalam seminar tu ja yang aku dapat belajar, banyak lagi keadaan2 yang Allah takdirkan untuk kami, dah naik lrt, turun lrt, hujan pulak, naik balik lrt. padahal sebelum tu dah merancang dari a-z . tapi betullah, kita merancang, Allah juga merancang. Alhamdulillah, aku terima semua perancangan ini dengan hati terbuka, kesannya, aku dapat melihat telatah manusia, ada yang sopan memberi duduk, ada yang menangis dalam diam, ada anak yang menjaga setiap derap langkah seorang ibu, ada cina yang membantu melayu.

dan terasa jugak nak berkongsi dgn sebulan 'lama'nya duduk kat rumah. jujur, duduk kat rumah mmg duduk kat rumah. keluar pun sebab sidai baju, p masjid kalau ada ustaz, paklong meningggal, and sbb ada fogging ja ! hahahaha, menarik bukan cuti saya? perghh tak rasa jeles ke? tapi bila dah lalui semua tu, rasa lega puas semua ada !. kenapa? entah bagaimana nak di terangkan, tapi rasa itu ada dalam hati.

dan juga, rasa nak berkongsi tentang satu petua? ehh petua ke? lebih kepada tazkirah kot. ehh entah. tapi ada sesuatu lah yang nak dikongsi malam nie. yaitu,

-sentiasalah berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat kita. -

kenapa aku cakap macam tu, sebab kita hanya hamba dia yang tak tahu hal-hal ghaib soal rezeki jodoh ajal semua tu. tapi kita tahu, Dia Maha mengetahui semuanya ! bagaimana dikatakan meminta yang terbaik adalah, kita bukan meminta semua A+ dalam spm, tapi kita meminta result yang terbaik buat diri kita sendiri. mungkin semua B adalah yang terbaik yang Allah aturkan untuk kita. siapa tahu dengan selungguk A+ tu nanti akan membuatkan kita riak dn takbur dan bermegah diri . apakah itu yang terbaik di mata Alllah? masyaAllah..ada orang dapat semua F dalam spm, tapi hidup dia aman bahagia. tiada hutang sana sini, bebas bersolat di masjid 5 waktu sehari semalam. bahkan boleh bangun tahajjud setiap malam.

kita yang dapat straight A+ bagai nie? bahagia ke dengan jalan sana sini dedah aurat . waktu solat tunggang langgang . tahajjud entah bila kali terakhir kita buat. Allahu, inilah sebenarnya yang berlaku apabila kita memandang yang terbaik dimata manusia adalah yang terbaik di mata Allah. sedangkan yang terbaik dimata manusia, mungkin sahaja yang paling buruk paling jelek di mata Allah. siapa tahu?

oleh itu kawan2, marilah kita pohon yang terbaik untuk diri kita dan orang lain dari sisi tuhan, bukan yang manusia anugerahkan 'terbaik' pada pandangan mereka.


juga, sem baru , baru sahaja bermula hari nie. yes! hari nie oiiii ! seronok? ahh seronok, tapi dalam masa yang sama cuak tetap ada. jgn risau, kau ada kawan, kau ada sahabat, kau ada sensei2, kau ada mak abah, dan yang paling penting, kita ada Allah !


皆、一緒に頑張ろうねー !!!

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!