Sunday, October 12, 2014

markah dunia dan akhirat.

assalamualaikum..

baru2 nie ana ada membaca sebuah buku. Pelangi Dakwah. *terima kasih kpd yg bagi pinjam*.apa yg menarik nya dgn buku nie is, ia adalah himpunan 'suara2' tarbiyah dari serata pelusuk dunia dgn pelbagai cerita. senang cita, ia adalah coretan bagaimana mereka boleh 'terjebak' dengan gerabak dakwah dan tarbiah ini.

mengenangkan buku ini, ana sendiri tertanya, diri sendiri mcm mna? sejak bila kenal dakwah dan tarbiyah ni aisyah? well, ana xda specific tarikh dan peristiwa utk dijadikan kayu ukur. jujurnya, ini semua bermula dari rumah ana sendiri. bagaimana mahabbah yang mekar dalam rumah itu sendiri telah menjadi titik tolak siapa ana skrg. dilahirkan dalam keluarga yg sederhana mmg adalah rahmat terbesar dari Allah. tidaklah semua kemahuan selalu dipenuhi, tidak juga selalu dihampai. cukup2 saja. tapi dari situ bermula tarbiah kecil buat diri. masih ingt lagi mak selalu cakap, 'nanti along belajar pandai2, bawak mak abah p mekah' , yaa, ayat tu tak pernah kalah utk menjadi motivasi ana saat malas menerpa diri. abah pula sebagai ajk surau dan masjid sedikit sebanyak memesan kepada diri sendiri, jagalah maruah keluarga. meskipun faham benar kadang2 ada sahaja masalah yg menjelma, itu sama sekali tidak pernah membuatkan abah lupa akan tanggungjawabnya, mak juga begitu. sungguh, senyuman mereka keteguhanku !

kemudian tarbiah kecil ini disambung lagi setelah masuk sekolah agama. di sinilah ana mula belajar hukum hakam dalam islam. belajar adab sopan dan sebagainya. biah solehah yang wujud di sini sungguh mendamaikan bagi yang menghargainya. dengan setiap pagi dan malam dikumandangkan alunan2 zikr dan selawat, dan tazkirah2 yang menyuburkan taman2 syurga, siapa yg tidak bahagia di sini? cukuplah ana katakan, seratus tahun pun ana sanggup belajar di sini.

kini, setelah melangkah keluar dari alam persekolahan, tersadai pula di negeri orang, jauh dari keluarga, ya, disinilah tarbiah memain peranan. bagaimana kadang2 ana tertewas dengan mujahadah sendiri. jika waktu sekolah dulu ana mampu bangun sebelum subuh menikmati kesejukan air, berjalan dalam kesejukan angin fajar yang dingin, tapi kini, jarang sekali ana mampu menghirup udara segar pukul 4-5 pagi di sini, waktu2 ini masih enak mengulit mimpi, tiada siapa yg akan kejutkan, tiada warden yg berkejar kesana sini. kawan2 pula dari perlbagai latar belakang, ada yang baik, ada juga... benarlah, disini realitinya. mujurlah, ada tangan2 yg sudi menghulur saat ana terkapai2 di sini .



teringat lagi waktu awal2 masuk sini, ana dapat markah bahasa jepun paling rendah dalam batch, waktu tu hati sapa yg mampu tersenyum? kena pulak masuk kelas pemulihan, sudahlah mcm tu, senpai2 pulak asyik cerita pasal dismiss resit apa bagai, perasaan? jgn tanya mcm mna remuknya, sampai siap update status ' aku dah musnahkan harapan mak abah n org2 yg aku syg ' . ya, sebegitu . malam2 itu, pagi2 buta mata mesti basah, kepala mesti di sejadah. betapa, menangis kerana markah ! yes, begitu juga menangis sebab tak dapat A subjek PAQ dulu. mau basah2 tudung ustazah dgn air mata ana. betapa aku pentingkan markah.

mujur kini aku mengerti, markah dari Allah itu bagaimana pula. saat diri menyemak kembali mutabaah amal sehari2, sikitnya amalan utk Allah, berapa markah Allah nak bagi nie, lepas ke nak ke syurga? aduhh, saat ini kepala semakin pening, kerana jujurnya, mmg tidak cukup. langsung tidak cukup !. lalu menyedari akan hakikat markah yg tinggi itu perlukan usaha, struggle lah sama2 mengutip markah exam dan lebih besar dari itu, markah dari Allah ! ya, itu semua bermula dari sekarang. rabbi yasssir.

2 comments:

Anonymous said...

aku rasa aku ada bagi pinjam penanda buku sekali. ade tak?

Unknown said...

ada je dalam buku tu, xde ehh? alamak hilang kee

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!