Sunday, August 17, 2014

tidur dalam kelas?

bismillah, tercari2 sendiri tajuk apa yang sesuai utk post kali nie. last2 nak sentuh soal tidur dalam kelas.

yes. aku benci perkara tidur dalam kelas. dari f4 lah xsilap aku, sbb waktu f3 punya memori dah hilang entah ke mna, dari f4 lagi, aku bukanlah orang yg akan tidur waktu cikgu mengajar. justeru itu juga, aku boleh dengan lantangnya menyatakan bahawa perkara yang aku benci ialah tidur dalam kelas. 'dalam kelas' bagi aku sekarang bukanlah di dalam kelas, tetapi bilamana seorang guru sedang mengajar. dan, tidaklah aku sengaja2 membenci perbuatan itu jika bukan disebabkan alasan2 yang kukuh.

pertama, apakah faedah tidur dalam kelas? puas? MENGANTUK??? sebenarnya, itu hanyalah alasan yang di reka2 oleh minda bawah sedar kita. bak kata orang kampung, 'mind set'. ini sememangnya terbukti bila aku sendiri dah lakukan beberapa eksperimen terhadap rakan2 sekelas yang suka tidur dalam kelas. mereka hanya perlu mengulang ayat 'saya mahu berjaya justeru saya tidak akan tidur sewaktu cikgu mengajar' sambil tersenyum. naah, kalau tak percaya sila lakukan sendiri atau buat kepada kawan2 anda yang suka tidur dalam kelas. ternyata tidur dalam kelas hanya pilihan nafsu sendiri atau mungkin juga bisikan dan godaan syaitan. meskipun kita tahu 70 ribu malaikat akan menaungi majlis2 ilmu, tetapi apakah puncanya sehingga syaitan bisa menusup ke kapilari2 darah kita? tidak lain tidak bukan mestilah ianya berpunca dari dalam, dari hati. hanya insan2 yang hilang semangat juang yang akan tewas di medan menuntut ilmu. jika sekadar melawan godaan nafsu dan syaitan di dalam kelas pun kita tak mampu, inikan pula mahu berlawan di medan perang mendaulat agama Allah? SUDAH-SUDAHLAH BERANGAN!!!


lagi, tidur dalam kelas menunjukkan kita pelajar yang kurang beradap. apa perasaan kita jika kita bercakap dengan orang yang sedang nyenyak tidur? terasa mcm org gila kan? begitu juga rasanya bagi seorang guru. aku sendiri akui, apabila melihat rakan2 yang lain tumbang satu per satu di dalam kelas, tertanya2 aku sendiri, apa rasanya kalaulah mereka yang tidur itu nanti seorang guru juga? Allah. tahanlah rasa mengantuk itu! aku tahu, mereka ni study hard stay up burn midnight oil tapii..apa gunanya jika pokok pembelajaran iaitu di dalam kelas mereka tidak fokus?!! bukankah sia2?

lagi, aku, sekarang, belajar dengan orang jepun, bukan lagi guru2 melayu yang faham 'nafsu melayu' tetapi orang jepun yang sangat disiplin dalam gerak kerjanya, dan apabila guru2 ini bertemu dengan pelajar yang mengantuk tidur dalam kelasnya, bukankah itu menjatuhkan sendiri airmuka kita sebagai orang melayu malah lebih besar dari itu, ISLAM! itu belum lagi masuk kira waktu bulan ramadhan dengan datang lambatnya , dah datang lambat tido pulak tu dalam kelas, wahai islam ku!!!!! sadis* aku pernah terfikir bagaimana sensei2 jepun tu akan fikir nanti, mungkin "orang2 islam nie memang kuat tido" , mungkin "memanglah dah puasa, mestila tak larat" , mungkin "teruk betul agama islam nie" dan segala kemungkinan lagi. jelas disitu, bagaimana mahu berdakwah kononnya, festival islami supper rohani forum perdana di adakan katanya untuk menyampaikan agenda dakwah, jika kita jugalah yang menjatuhkan imej itu sendiri?? bukanlah aku persoalkan keberkesanan program2 seumpama itu tetapi, jgnlah disebabkan keletihan dan kepenatan berprogram itu menjadi alasan utk kita 'berehat' sewaktu guru sedang mengajar.


terus, jika ditanyakan kepada aku, bagaimana tips2 utk berjaya, hanya satu sahaja jawapan yang mampu aku berikan, 'fokus salam kelas' , ya! ingatlah, menjadi pelajar beradab lebih dituntut daripada menjadi pelajar berilmu. adabmu, akhlakmu, ilmumu, belum tentu peribadimu.

wa'allahu'alam.

No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!