Thursday, January 22, 2015

si adik sayang

"kalau bukan aku, siapa lagi"

alhamdulillah aku boleh memahami ayat yang telah disampaikan oleh seseorang kepada aku. sungguh, kalau bukan kita siapa lagi. kalau semua orang asyik mengharapkan orang lain nak melakukan kebaikan, maka siapa yang akan melakukan kebaikan? kalau semua orang mengharapkan orang lain menjaga kebersihan, maka siapa yang membersihkan? dan pelbagai lagi harapan-harapan palsu yang diletakkan. *HAHA*

cumanya, di sini aku ingin berkongsi sesuatu yang membuatkan aku lebih teruja *cey* , teruja dengan ayat tersebut. kisah nie mungkin nampak kecik bagi sebahagian orang, mungkin tak nampak langsung bagi orang lain, haha. tapi biarlah nak cerita jugak. *NakCeritaUntukAnakCucuJaSebenarnya. walaupun nie kisah tahun lepas.

okay kisahnya bermula dengan sikap adik lelaki yang sekarang belajar di sekolah menengah. biasa lah usia remaja, mcm2 nak dibuatnya. sehingga menimbulkan kerisauan kepada mak dgn abah dgn tingkah lakunya. di ajak makan ditolaknya, susahnya nak minta tolong, bahasa kasar2, ada unsur penipuan dalam bicaranya, *hahaha dan lain2. bila mak dengan abah hanya boleh mengadu tapi tak boleh nak buat apa. ye lah, sayang diorang dengan anak2 mcm2 cara. memikirkan hal ini, aku sebagai kakak rasa terpanggil. dah tak sanggup melihat mak dgn abah menahan kerisauan ini, aku mengambil langkah untuk menegur si adik. 

tapi bukan mudah. mcm2 cara rasanya dah difikirkan. akhirnya aku mengambil jalan orang dulu2. buat apa? *sila ketawa dahulu* HAHAHAHAHAHAHAHAHAH. okay stop ! yes, aku hantar surat kat dia. bapak lah, padahal duduk satu rumah ja pun nak hantar2 surat bagai, lagipun sekarang zaman dah moden boleh wassap2 lagi. haha. aku tak kira apa yang hampa fikir. cuma dengan cara ni sahaja aku boleh sampaikan apa yg aku nak sampaikan kepada si adik. maka aku hantarkan surat yang telah diselitkan, ehh bukan, di'stapler' kan pada baju t-shirt si adik. *sila gelak* HAHAHAHAHAHA. okay stop !. alasan sampai stapler2 bagai nie adalah supaya tak jatuh dan dijumpai oleh si mak atau abah atau adik yang kecik yang suka memunggah barang sana sini. hari tu hari terakhir cuti sem break, so, senyap2 je letak dengan harapan kertas tu sampai laa kepada si adik. 

dan bagaiman ia sampai ke tangan si adik tidak pula dibincangkan. *HAHAHAH. hanya yang aku dalam rasai adalah perubahan sikap si adik yang sentiasa bersikap dingin dalam rumah tu sebelum aku hantar surat dengan selepas adalah sangat memberangsangkan. *ceyy. dalam hati bersyukur tak terkira doa kami telah dimakbulkan hendaknya. mak dgn abah pula sudah kembali tenang dan aku dapat lihat riak wajah mereka semakin berseri2 tambah2 pula apabila semua anak beranak dapat makan bersama duduk bergelak ketawa. sungguh, aku mengharapkan kebahagian ini tidak akan ditarik oleh Allah selama-lamanya. biarlah kebahagian ini kekal hingga ke syurgaMu yang abadi. 

dan aku berdoa semoga keluarga ini akan kekal bahagia meskipun nanti ada ujian dariNya. izinkanlah kami untuk saling mengingati antara satu sama lain. dan semoga Allah memelihara kami semua. sungguh, dunia telah menjarakkan kami, tetapi jangan ya Allah, kau biarkan kami berjauhan juga di akhirat sana, jngan ya Allah. satukan lah kami di syurga Mu yang abadi. 

amin.

No comments:

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!