"jom p ceramah
mlm nie, ada makanan”
“forum selepas
isyak. Makanan disediakan”
“jom usrah kat
luar, akak belanja”
Ayat2 nie dah
cukup sebagai contoh untuk kita fikir kembali.
Join semua majlis2 ilmu nie, sbb nak isi dada dgn ilmu ke nak isi rohani
dgn iman ke nak isi perut dgn makanan ke nak maintain duit ringgit dlm dompet
ke ke ke kekeke and so on lahhh.
Pernah tak
terfikir benda nie? Ke aku sorg je yg kesah sgt pasal benda nie. Kalau ajak p
majlis ilmu dengan sogokan ada makanan itu makanan ini, ‘nikmat’ itu ‘nikmat’
ini, sorry la, tu bukan cara aku.
Penah dulu, aku
terlibat dalam satu ajk untuk satu program nie laa, so program nie pun ada la
sediakan makanan . makanan apa haa tau? Nasi tomato masak merah ayam ikan bakar
ayam panggang air orange kek moist coklat pudding sate kajang. *LOL kaya nya
program nie haha* tak aah saja menambah2, nak bagi kau terliur sikit, baru
semangat nak datang program nie kann ! HAHA. *kalau ada emoji sinis dlm ws tu
dah 100 kali aku letak*.
Nak di jadikan cerita, aku dgn rumet aku sorg lagi je
ajk untuk batch aku waktu tu. So, kami dua dah berpakat la, tak payah bagitau
laa makanan apa yang ada, cukuplah kat banner tu tulis, ‘makanan disediakan’
HAHA, so that boleh lah jugak aku nak tgk sinar, cewah, walaupun aku nie bukanlah
sapa, tapi boleh la aku tau sapa yg betul2 nak dtg program ilmu nie. Kalau org
kg cakap, IKHLAS.
Tapi, dijadikan
cerita lagi, rancangan kami akhirnya..hmm. ada org dalam jugak yg dah sogokkan
makanan sedap2 yg aku cakap tadi tuu. Maka harapan aku nak tgk muka2 yg
bersinar tu mungkin akan bercampur dgn was2. Aahh. Seriously. Aku tak suka .
Penah tak tgk
cerita Jemaah Kolestrol? Haa kalau yg tak penah tgk tu, cari la ehh kat mana,
dunia kan dah dihujung jari sekarang. So itu yg aku risaukan, bayangkan nnti,
bila nak susun sesuatu program, masalah utama kita hanya berputar balik2 soal
makanan, baik niat buat kenduri ja la kalau mcm tu.
so, bila masa pulak nak fikir soal isi2 program tuu? takut nnti, makanan hebat taraf hotel 5 bintang, pengisian entah ke mana.
tapi apapun, aku bukanlah nak kondem mna2 pihak soal nie, cumanya, nak sedarkan balik, niat kita mestilah diluruskan. tak salah nak ajak pergi majlis2 ilmu nie dgn sogokan makanan2 bagai nie, cumanya jgn letakkan soal makanan tu ditempat pertama, kita ada priority yg lebih tinggi lagi dari soal makanan tu.
dan ustaz pun ada cakap, ajak2 lah kawan2 yg tak dtg majlis2 tu, cakap ada makanan free ke, 'mana tau dengan makanan tu dia dapat hidayah' . kan hidayah dan ujian Allah tu dtg dalam pelbagai bentuk.
apa yg penting, jgn sampai niat asal kita lari . bila niat lari, mcm yg kita boleh lihat skrg lah, waktu ustaz2 tgh sampaikan ilmu, yg kat belakang bersembang2, sibuk dgn shukudai (baca:homework) , wassap sana sini, *meludah ke langit* , dan mcm2 lagi, sbb mokuteki (baca: matlamatt) nak menuntut ilmu dan lari kepada matlamat nak makanan free lepas nie. alahaiii nafsu.
apapun, kita bukan tuhan, soal niat, itu semua urusan Allah, manusia hanya boleh berusaha menetapkan niat yg betul, dan berpesan2 utk membetulkan niat . :)
Wallahualam
No comments:
Post a Comment