assalamulaikum..
semalam ana ada tgk forum perdana kt tv1,
tajuknya mmg bestlaah..
pastu hari nie..rasa mcm nk kongsi la plak citer nie..
marilah sama2 kita baca kisah hidup manusia yg hebat ini..
=))
Pahlawan Islam Yg Digeruni:
SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople
dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian
gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu
seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan.
Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad
al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis,
setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera
Muhammad al-Fateh? Siapakah gerangannya dia Muhammad Al-Fateh?
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai tujuh bahasa (bahasa Turki, Greek, Serbia, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis Nabi s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan
penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut.
Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan.
Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman
Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,
“Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.
Begitulah teguhnya iman seorang sahabat
besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun
kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan
Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut?
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan
Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya
telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut
sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali
dengan gelaran Muhammad Al Fateh kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan
memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang
negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25
kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout.
Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
Baginda
menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang
keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari
keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan
pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang
kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula,
Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur
dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi
dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda ,
Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau
Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku
jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani
tipu helah musuh.
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri
. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan
serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan
menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.
Baginda digambarkan
sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara
dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau
sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan
tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman.
Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah
beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan
cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan
kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan
selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Selama 2
tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople
setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga
mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang
dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai
untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang
termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1
batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih
kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah
yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar
di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim
dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat
Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan
Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang
bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri
dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan
dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera
Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir
memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan
kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau
mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan
dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah
dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih
tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera.
Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya
menembusi dinding tengah kubu mereka.
Pope di Rome menghantar
bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan
Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang
kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera
Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan
dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden
Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke
atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden
Horn. Taktik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare
strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.
Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan
meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda
mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada
tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan
bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu
dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan
sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda
memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga
tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari
tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan
menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini
Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,
“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda
menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St
Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya
melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak
peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang
kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan
siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya
termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di
antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya
lagi,
“Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.
Sebahagian daripada
tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi,
“Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.
No comments:
Post a Comment