Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.
7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun :
>Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
>Gosok kedua-dua tapak tangan
>Gosok setiap jari dan celah jari
>Gosok kuku di tapak tangan
>Gosok belakang tangan dan celah jari
>Cuci tangan dengan air bersih
>Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)
>Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
>Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
>Letak bahan pencuci ke tapak tangan
>Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit
>Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:
>Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
>Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
>Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
>Bila-bila masa tangan anda kotor
No comments:
Post a Comment