Friday, August 21, 2015

maaf..

dari patah2 kata yang tiada irama ini, 
mungkin tak sejauh mana ia mampu pergi.
mungkin terus dibawa angin lalu.
biarlah kemana sahaja ia akan pergi. 
cuma coret yang satu ini biarku kata

seribu maaf sejuta ampun 
aku yang hina ini pohonkan
sehimalaya sesal 
yang menebal dalam diri. 

nak ku ucap dengan suara
takut diiring air mata. 
biar ku ucap pena aksara ini sahaja
semoga kalian dengar .
suara ini dari hati.
hati yang pohonkan maaf semaafnya.
hati yang tak mampu bersuara
mungkin dibisukan dek dendam dan hasad

janganlah jangan 
jangan kau keras wahai hati.
jangan kau keras hingga tak mampu menangis.
cukuplah kau tabah
cukuplah kau kuat.

jangan dipendam walau secebis benci
kelak nanti dirimu sakit
dek benci yang memakan diri.
cukuplah kau tabah
lalui segalanya dengan tabah.

Monday, August 17, 2015

raya 2015

Bismillah.

Baru jumpa masa ‘lapang’ sikit nak usha this belog hehe. Okay this post will be panjang berjela2 kalau hg xsuka baca cerita hidup aku hang p cari belog lain. Hahah *reject kecam*


Okay let me start dgn final yang dah habes 2 minggu lepas Alhamdulillah. Paper last tu laplace dan Alhamdulillah semua berjalan lancer hendakNya. Then lepas exam terus gerak p pudu tggu bas pukul 5. Bila naik bas tu rasa mcm seronok plus risau ahh segala benda yang berkecamuk lah dlm hati. Tapi terus banyak2 berdoalah semoga Allah mudahkan perjalanan aku nak balik beraya dgn family.

perjalanan nie panjang mcm mengejar mentari

Then sampai la dekat parit buntar around 11.30 mcm tu . mlm tu mcm biasa mak dgn abah mai ambik. Org mmg ramai gila kat stesen waktu tu. Entah tggu org ke cari barang raya ntahlah. Punyalah cari kat mana keta abah last2 mak mai dari belakang cari aku. Then bila masuk dalam keta, lepas dah gerak dari stesen tu abah cakap la abah xlarat xsehat dah. Tapi abah jugak yang memandu tu. Pelan ja abah bawak. Dalam gelap samar2 cahaya tu aku tengok la abah. Sayu redup wajah tua tu..sedih. abah mengadu sakit beberapa kali. Hati makin sayu. Bila sampai rumah aku yang iftar hanya makan roti ja atas bas tadi makan la nasik lauk ayam yang mak masak. Abah pulak dah xlalu makan ntahlah..

Then siang hari tu mcm biasalah family aku bila nak raya kemas2 rumah masak juadah raya segala bagai. Abah yang tak larat pun gagahkan diri buat apa yang patut. Walaupun pergerakan dia terhad. Pagi2 lagi aku dah pukul telur nak buat kek coklat pastu celop coklat kat kueh mcm2 lah kat dapur tu. Pastu abah pun mai la tgk2 tanya nak makan apa raya nie. Aku kan nak makan tomyam angah pulak nak makan laksa. Bgitau ja abah tapi xsangka pulak bila abah balik dari kedai dia beli bahan untuk masak laksa dgn tomyam. Lepas bincang2 mak nak buat laksa hari ni esok raya baru buat tomyam. Kami pun ikut ja laa. Mmg kat dapur ja la aku haritu sampai ke petang. Then petang tu dah xlarat p la depan sat rehat2. Tgk2 abah tengah dok angkut ayaq nak siram pokok. Jalan dia pelan2, sungguh xsanggop rasanya tgk abah mcm tu..waktu tu jugaklah aku tweet yang kat bawah nie. Org xfaham.


Then iftar haritu family makcik dgn family maktam mai bukak posa sekali. Hritu bukak posa kat rumah long aka maklong belakang rumah aku dekat ja dalam 1 meter hahah dekat kan? Waktu bukak posa abah xmakan banyak pun. Dia xlalu . lepas mkn sikit2 abah balik rumah nak solat maghrib. Solehah dgn solihin pun balik rumah jugak. Yg lain dok besembang2 lagi sambil mkn2. Tiba2 solehah mai bgitau mak dengan muka yang takut2 dia ckp “abah ! abah !” serentak tu semua lari balik rumah. Tgk2 abah dan telentang depan pintu dok tarik mcm org kena strok. Habes keras satu badan. Mmg waktu tu semua orang panic xtau mcm mna. Alhamdulillah Allah dah atur yang terbaik untuk abah. Waktu tu ada makcik yang mmg sister kerja kat hosp penang bgitau mcm mna mcm mna. Dan mmg cukup tangan semua org pun . tak lama lepas tu abah sedar balik siap boleh cakap lagi. Tapi gigi depan abah longgaq keluaq darah sebab abah jatuh tersembam. Lepas tu ambulans pun mai bawak abah p hosp sg bakap.
                                                                                                                       
Mmg lah malam tu ayaq mata setimba apa . org ws tanya abah pun dah malas nak jawab. Sampai nak dekat pukul 2 macam tu nada ws. Baru lah terasa nak balas balik. Mengadu habes2 kat nada. And tahu takkk??!!! Nada, dia lap air mata aku dari jauh, bayangkan dari lepas balik hosp tu sampai tgh ws dgn nada aku menangis je keja. Last2 nada ubah topic dia keluaq lawak sana sini. Huuu nada dah nak fly USA bulan nie. Alahai sedih dia tuu. Nak sangat jumpak dia. Takut nnti dia xsempat layan ws aku dah. takut nnti dia dh jemu layan cerita akuuu.... ohhh 

then, hari raya tu, mmg dari awalnya aku xdak baju raya tahun nie. haha *gelak sikit* . pastu tarik jelah jubah mana yg ada p semayang raya. waktu lepas habes semayang raya tu yang drama sikit . ya Allah si bdk2 kecil tu punya pasallaaa. boleh dia tegur aku teriak. apa lagi aku mana boleh orang tanya kenapa menangis . lagi laa aku teriakk :(((( . dalam masjid tu kot weyyy :(((( . then drama tu berakhir dengan kami x ziarah pun kubur tok tokwan semua terus balik rumah. then tengah hari tu makcik bwak kami hosp jumpak abah. alhamdulillahh...syahdu raya raya tahun nie. beraya dekat hospital lagi. menangis lagi. issyou wasurenai wa~


ni waktu lepas hbes solat raya, org lain smua hantar selfie raya. so aku pun nak try la jugak. tgk2 xjadi TT
then hari isnin abah dah boleh discharge . pastu bermulalah tugas aku menolong makteh nak buat kenduri kak ain hari sabtu tu. mula hari selasa dakke? ke hari rabu ntah dah ulang-alik p rumah makteh tolong apa2 yg patut. then hari jumaat tu jamuan sikit2 sbb hari tu kak ain dah akad nikah. abah pulak makcik x bagi drive. so kak shida kot p ambik.  yg jadi hal nya hari sabtu tu lah. abah nak p awal rumah makteh tapi semua org macam dah sibuk xsempat nak ambik abah. nak harap angah yg ada lesen tu drive, alamat tunggu bulan jatuh riba la hoii. *ehh betul tak?*. then abah laa yg drive sendiri p rumah makteh. selamat la dekat ja lebih kurg 20 perjalanan dah sampai.


alhamdulillah kenduri berjalan dengan jayanya *tgn ke bahu mata ke atas* Ffffttttt


 


then aku pun balik lah kolej~ haih. cuti 2 minggu yg dijadualkan jadi semigggu ja :`( sedih x? mesti lah kan. nak la jugak duduk lama2 kat rumah. buat apa yang patut.

apapun, raya tahun nie pasti akan dikenang2 sepanjang zaman. hahah, nak cerita kat anak cucu ja sebenarnya :P .


dan sekarang nie tgh intra lepas dah hbes mendan dengan sensei pasal dai. insyaAllah, dah letak nama utk kyusyu kougyou daigaku sekali dengan pau utk 1st kibou n 2nd kibou letak shibaura. nampaknya berputih mata je lah dengan meiji. sayounara :( . dan yg lebih seronok lagi, hahahaha *gelak dulu* dapat intra dekat mjii . amacam? seronokkan? hg xpayah bersiap awal2, tak payah tunggu lama2 atas jalan, just pukul 7.50 hg keluar bilik pastu p punch kad then taiso then buat lah apa yg patut hahah ha ha hahhahaaaa.

okay tu ja cerita yg aku kata panjang gilaa tu,, haha. sapa suruh baca sampai hbes? *senyum sinis*

apapun semoga Allah sentiasa merahmati kita dimana sahaja kita berada. semoga aku akan terus setia berdoa utk mereka semua. kerana aku juga perlukan doa mereka. tak dapat aku bayangkan hidup ini kalau tidak dapat bergantung lagi pada doa mereka. ya Allah, berilah aku kekuatan kesempatan dan ketabahan utk aku membalas jasa2 mereka. amin ya Rabb..

Tuesday, July 14, 2015

menjelang hari raya, berakhirnya kimatsu

menjelang hari raya~
berakhirnya kimatsu~
menyambut result exam~
resah sungguh dalam hati ~

huuuuuuhhhhhh. finally esok last final exam paper laplace . yeayyy sorak sikit. hopelfully esok berjalan dengan lancar sbb aku dah xsabar2 nak balik dah nieee. walaupun tahun nie beraya ala kadar je . baju raya pun xde tau tahun nie ! well itu semua dh tak penting utk bdk yang dh berumur 20 tahun nie~ acehh . yang penting dapat beraya dengan family , tu pun dah cukup kan?

dan lepas exam , lepas berseronok2 semua tu, jgn lupa , ada panggilan resit or D**** apa bagai tu nauzubillah . aku xnak. sensei plissss saya tak nakkk. luluskan jelah markah sy, c pun dh xpe . plisss senseiiiiii. huhhh. mmg ironi lah setiap kali exam org akan ckp susah. tapi mslhnya si aisyiah nie lain, dia kalau agak2 boleh jawab separuh dari soalan exam tu, dia cakap senang. sedangkan yang separuh boleh jawab tu pun belum tentu betul hahahh. apapun banyak2 lah berdoa kepada Allah ya kawan2. doakan kita semua daapat sama2 di bumi sakura sana. mohon sgt2 ya Allah, perkenankanlah.

then , raya ! sungguh sampai sekarang tak berhenti berdoa semoga segala perjalanan aku nak berjumpa dengan family dipermudahkan. kita bukan tahu apa yang ada kat depan sana. just berdoa lah semoga Allah aturkan yang terbaik buat kita semua. tolonglah ya Allah aku nak bersama lagi dengan family beraya tahun niiee.. tahun depan pulak belum tentu lagi ya Allah...

seriau bila fikir2 balik nak fly p duduk tempat org nie. pernah tak terfikir nnti sapa nak jaga mak abah kat m'sia, si angah pulak nak fly bulan 9 tahun depan. sapa nak jaga mak abah adik2. aku punya kerisauan nie sampaikan pernah terfikir nak bagi abah menantu yang duduk kat m'sia. boleh la hujung2 minggu pi jenguk2 abah mak jaga kebajikan sikit. huhh. ada tak orang yang sanggup hahahhhh! k sudah.

apapun, semoga ramadhan yang bakal pergi ini meninggalkan sesuatu yang bermanfaat kepada diri kita. dan membawa bersamanya segala karat2 jahiliyyah yang masih ada dalam diri kita. treasure lah ramadan ini sebaik2nya, sebab ramadhan tahun depan belum tentu milik kita. semoga ibadah kita diterima olehNya. amin ya rabb...

Friday, July 3, 2015





みんなの笑顔は私の一生の宝物なんです ヽ(*´∀`)ノ

元気で幸せな生活を過ごしください

来週の期末試験頑張りましょうねぇー

Wednesday, June 24, 2015

RoadToFinal RoadToJannah RoadToJapan

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya. "

this is my fevret ayah dan aku akan selalu ulang bilamana rasa tak larat, rasa nak akirameru kat tgh2 jalan dan bila2 masa ja yg aku suka haha. ayat di jugak ada dalam mathurat. so kalau hg jenis yang rajin baca mathurat pagi petang, mesti dah boleh hafal sambungan ayat nie kan?

yes, di sebabkan kemampuan kita lain2 lah, Allah aturkan perjalanan hidup kita lain, minna ha, sore zore cigau yo~ . cigatte iru kara koso, jibun ga jibun de ikite iku. dakara koso, tocyuu de akiramenai de , saigo made yari nuite ikeba ii. moshi, komatta koto ga attara, enryo naku, kamisama ni negatte kudasai. Allah ha, minna ko cocoro no kotoba ga wakatte ru kara. moshi mo, sasaete kureru hito ga hoshi toshita, tomodachi ni negatte mo kamawanai desyou. datte, tomodachi ha, sou iu mona darou?

syourai ha ima no koudou ni kimete iru kara, ikite iru aida ni , nani ga syorai ni ii coto ga yakuni tatteru noka wo kangaete, mi ni tsukete, tukuru to sureba iin jyanai?

pergghhh apa yang aku merepek. sbnrnya nak cakap, kita diberi ujian oleh Allah nie, mmg sesuai cantik bertepatan dengan diri kita. kalau kita bersedih dengan ujian pun, ujian tu tetap kita kena hadapi. buat apa lari? bukankah ujian yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah. dakara, sebanyak mna pun ujian dalam hidup, jalan lari. hadapi lah hari2 yang mendatang dengan tabah. berikhtiarlah dengan sebaik2nya. sebab org yang bahagia, dia bukanlah yang memiliki semua yang terbaik dalam hidup dia. tapi dia yang menjadikan semua yang ada dalam hidup dia adalah yang terbaik.

. then, mendekati final, selamat berusaha kepada Aisyiah ! selamat menjalani ibadah puasa. semoga terus tabah untuk hari2 yang mendatang ini, ingat, senang kita hari ni, belum tentu esok lusa kita senang juga. hidup kita hari ni, belum tentu esok lusa kita hidup lagi. tarbiah no 1, tapi belajar bukan no 2. ganbatte aisyiah !

*sorry, aku wish kat aku sorg ja, kalau nak wish jugak, buatlah blog sendiri :p *

babai.

Saturday, June 20, 2015

sesak

dah sabtu. minggu ni berlalu dengan cepat. dan , mencabar. 3 test minggu lepas sudah cukup meregut nafas aku yang sedia turun naik ini. minggu depan pulak, 4 test. ntahlah ujian apa lagi yg bakal di hantar oleh Allah nanti. nyata. kalau manusia tak pandai mengurus ujian, pasti sudah lama terbabas tersadai di jalan yang salah.

ramadhan hari ketiga minggu nie. dengan sensei2 nihonjin yang selalu merendahkan orang puasa kononnya tak larat apa semua, itu semua mmg menguji kesabaran. betullah puasa tu xmakan xminum xlarat, tapi yang patut disalahkan tu manusia, bukan hukum tuhan.

moga2 hari2 yang bakal mendatang ini pun tetap berbunga bercahaya bersinar berkilau dan seangkatan dengannya. mesti kebelakangan ni byk benar rasa benci yang bertunas dalam hati ni,. moga2 tunas ini rapuh, moga2 tunas benci ini akan mati tak lama lagi. diri sudah penat sebenarnya menganggu benci. tapi hati tetap degil. katanya bukan salah aku. katanya dengan ego, aku yang betul ! .. biarlah , hilanglah segala kekeliruan dalam hati ini. hilangkan. buang sesak2 yang menyekat senyum, yang menahan bahagia. ikhlas kan sendir2 hati itu. kerana berbekal sabarlah, hati memupuk ikhlas.

selamat belajar dari buku, juga dari kehidupan, aisyiah..

Tuesday, June 2, 2015

kerja, berkumpulan?

Bila dah masuk u2 nie biasa ahh kerja bkumpulan mmg belambak sana sini. Apa yang bestnya kerja berkumpulan nie, kita boleh bertukar2 idea dan pendapat disamping dapat membantu di mna2 kekurangan yang kita tak boleh buat bila bersendirian . Oh sem kan kerja bkumpulan nie? Okay, yg aku cakap tadi semua hanyalah 理想的 ja ! 実際にはそんなに甘くないわよ !

Ramai je aku dgr aduan sana sini bila ahli2 kump buat kerja lepas tgn. Aku tak faham lah dgn org yg suka mengharap kan org nie bila nak berjaya . Sbb tu lah kot bdk2 sekarang dah tak hebat mcm org dulu2. Last2 kalau dia tggu punya tggu kerja orang lain, tgk2 dia xpuas hati, teross yang buat tu di salahkan. Sedang diri sendiri duduk saja goyang kaki study test esok punya ! Ohhh untung nnti test dapat manten ! Yg bsengkang mata buat kerja kumpulan jugak yg last2 menangis sorg2 dapat markah rendah. Kamonn macam nie ke org pandai2 skrg nie?

Sedih bila dgr ada kes2 mcm nie . Lagi sedih sbb aku sendiri pun dah faham perasaan tu. Pastu nnti bila diungkit cakap buat kerja tak ikhlas . Tahu pun tidak beban yg dia dah rasa pastu senang2 ja cakap .

Nie pesanan untuk adik2, kalau ada kerja berkumpulan tu, please lah take part ! Jgn nak tggu org lain ja boleh tak. And lagi satu kalau dah take part tu jgnlah sampai membelakangkan pandangan dan pendapat org lain . Kalau hg boleh hidup buat kerja tu sorg2, cikgu2 tak buat kerja kumpulan nie. Paham dakk ?!!!!

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!