Tuesday, April 21, 2015

寝不足気

jangan lupa Allah.

sebab kalau kita ingat Allah waktu senang,

Allah mesti ingat kita waktu susah.

pastu tadi, bangun pagi memang tak da semangat gila2 nak p kelas.

last2, mesej abah, mengadu tak larat, penat, mintak semangat.

pesan abah senang ja, selawat subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar 33x.

terus, tiba2 tersentap. rupanya masa aku untuk mengadu segala rasa dengan Allah dah brkurang,

kalau dulu ada ja masa nak belek2 al-quran, baca buku2 ilmiah sikit. la nie, sekali baca quran, tutup,

pastu esok pulak baru nak bukak. ohhh sedih. patutlah kebelakangan nie rasa nak marah tak tenteram semua ada.

terima kasih abah. dengan pesanan seringkas itu saja sudah cukup buatkan airmata mengalir dahulu sebelum ke kelas.

nyata. aku rindu. nak duduk dengan abah. dengan mak. adik2.

Allah, panjangkan umur mereka. aku mahu bersama mereka hingga ke syurga.

kawan2, jom teruskan perjuangan ini. lelah2 lah dahulu, nnti kelak di-syurga istirehatmu.


Wednesday, April 15, 2015

2 tahun dah berlalu

2 tahun dah berlalu sejak tok pergi menghadap ilahi.
Tinggalkan kami di dunia. Untuk membekal lagi pahala yang yang terdaya kami laksanakan.

Sejak dari itu, bila balik rumah, dah xda susuk tua yang akan tanya sihat ka tak, dtg duduk depan kusyen tgk tv sama2, padahal, nak tgk cucu dia ja.

Tok yang selalu menangkan kami.
Tapi yang selalu bising bila kami tidoq pagi2.
Tok yang ketawa nya, membuatkan kami ketawa.
Raut tua yang tenang bagai laut yg luas.
Tok yang selalu menjadi rujukan kami sekeluarga.
Tok yang selalu pesan utk belajar betul2 sebelum balik asrama,
Yg selalu selit 'kertas' dalam salamnya.

nyata, ketiadaannya memang dirasai.
Namun kami , tetap tabah.
Kerana yakinkan Allah.
Satu hari nanti,
Kan bertemu di syurgaNya.

Damailah dikau di sana.
Kami di sini, sedang mengejar syurga kita bersama.

Sunday, April 5, 2015

将来の私へ

今、幸せで生きていくの?

後悔なんか、しないよね?

Monday, March 30, 2015

dalam perjalanan menuju cita-cita *acewahh*

assalam..
sebenarnya tadi bukak lappy nak tgk drama. tapi dah tersesat dahulu kat blog . then teringat, maybe ada something yang aku boleh share malam nie. kenapa tidak?

sebenarnya semalam, aku ada pi seminar penulisan. seriously sebelum p seminar tu, apa yang aku expect adalah kat seminar tu nanti akan ada orang nak ajar teknik2 penulisan, diperkenalkan genre2 apa semua tu, tapi walaupun ada lah jugak sedikit pengenalan tu, ada sthg yang lebih besar yang Allah takdir kan untuk aku semalam. aku faham kenapa aku perlu belajar menulis dengan hati, matlamat yang jelas dan specific. sebab kadang-kadang kita nie nak buat semua kalau boleh ! sampai satu masa , semua yang kita nak buat semua tak boleh buat. haha. pernah tak? ke aku sorang je rasa?

speaker2 pulak banyak kongsi pengalaman diorang macam mna bermula dari setahun dan ada yang bertahun-tahun untuk menyiapkan, berapa? sebuah cerpen ! yes, cerita pendek ! boleh bayang ambik masa 3 tahun nak siapkan sebuah cerpen yang kita boleh baca dalam masa 5-10 minit ja? wow ! aku rasa benda nie GILA ! tak rasa?

dan bukan dalam seminar tu ja yang aku dapat belajar, banyak lagi keadaan2 yang Allah takdirkan untuk kami, dah naik lrt, turun lrt, hujan pulak, naik balik lrt. padahal sebelum tu dah merancang dari a-z . tapi betullah, kita merancang, Allah juga merancang. Alhamdulillah, aku terima semua perancangan ini dengan hati terbuka, kesannya, aku dapat melihat telatah manusia, ada yang sopan memberi duduk, ada yang menangis dalam diam, ada anak yang menjaga setiap derap langkah seorang ibu, ada cina yang membantu melayu.

dan terasa jugak nak berkongsi dgn sebulan 'lama'nya duduk kat rumah. jujur, duduk kat rumah mmg duduk kat rumah. keluar pun sebab sidai baju, p masjid kalau ada ustaz, paklong meningggal, and sbb ada fogging ja ! hahahaha, menarik bukan cuti saya? perghh tak rasa jeles ke? tapi bila dah lalui semua tu, rasa lega puas semua ada !. kenapa? entah bagaimana nak di terangkan, tapi rasa itu ada dalam hati.

dan juga, rasa nak berkongsi tentang satu petua? ehh petua ke? lebih kepada tazkirah kot. ehh entah. tapi ada sesuatu lah yang nak dikongsi malam nie. yaitu,

-sentiasalah berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat kita. -

kenapa aku cakap macam tu, sebab kita hanya hamba dia yang tak tahu hal-hal ghaib soal rezeki jodoh ajal semua tu. tapi kita tahu, Dia Maha mengetahui semuanya ! bagaimana dikatakan meminta yang terbaik adalah, kita bukan meminta semua A+ dalam spm, tapi kita meminta result yang terbaik buat diri kita sendiri. mungkin semua B adalah yang terbaik yang Allah aturkan untuk kita. siapa tahu dengan selungguk A+ tu nanti akan membuatkan kita riak dn takbur dan bermegah diri . apakah itu yang terbaik di mata Alllah? masyaAllah..ada orang dapat semua F dalam spm, tapi hidup dia aman bahagia. tiada hutang sana sini, bebas bersolat di masjid 5 waktu sehari semalam. bahkan boleh bangun tahajjud setiap malam.

kita yang dapat straight A+ bagai nie? bahagia ke dengan jalan sana sini dedah aurat . waktu solat tunggang langgang . tahajjud entah bila kali terakhir kita buat. Allahu, inilah sebenarnya yang berlaku apabila kita memandang yang terbaik dimata manusia adalah yang terbaik di mata Allah. sedangkan yang terbaik dimata manusia, mungkin sahaja yang paling buruk paling jelek di mata Allah. siapa tahu?

oleh itu kawan2, marilah kita pohon yang terbaik untuk diri kita dan orang lain dari sisi tuhan, bukan yang manusia anugerahkan 'terbaik' pada pandangan mereka.


juga, sem baru , baru sahaja bermula hari nie. yes! hari nie oiiii ! seronok? ahh seronok, tapi dalam masa yang sama cuak tetap ada. jgn risau, kau ada kawan, kau ada sahabat, kau ada sensei2, kau ada mak abah, dan yang paling penting, kita ada Allah !


皆、一緒に頑張ろうねー !!!

Friday, March 13, 2015

ayu



Langkah aku perlahan
Dua tapakku, mungkin cuma setapak bagimu,
Orang cakap aku control ayu,
Aku lihat kau jalan, kau juga ayu,
Apa bezanya menjadi ayu dengan mengukur langkah?
Cuma aku yang begini,
Kerana langkahku memang perlahan,
Jika satu saat,
Kau sudah tak mampu menungguku,
Jalanlah dahulu,
Teruskan langkahmu,
Tinggal sahaja aku di sini,
Tinggal.

Cuma nanti,
Tak perlu kau berpatah balik mencari aku,
Kerana jalan kita,
Sudah berbeza.

Yang tinggal cuma jejakmu dahulu,
Yang kau tinggalkan sebelum aku,
Selamatlah engkau menghayun langkahmu,
Teruskanlah melangkah, ayu...

Saturday, February 28, 2015

aku sangka menangis itu ,
bila sedih,

aku sangka ketawa itu,
bila gembira..

tapi kenapa,
kali ini aku sedih,
tapi aku ketawa..

dan kenapa,
kali ini aku gembira,
tapi aku menangis..


Sunday, February 22, 2015

adik-adik along

alhamdulillah akhirnya cuti raya cina + hujung minggu pun melabuhkan tirai. alhamdulillah, Allah berikan lagi kesempatan untuk aku berrjumpa dengan family tercinta. banyak cerita yang ingin dikongsikan. terutama cerita adik2ku yang comel2 tuu. *walaupun dah besar*.

okay, kita mula dengan solehah ehh. solehah, daripada sebulan sebelum aku balik lagi dah pesan jgn lupa bawak balik mainan kat dia. ohh, memang ada niat jugak nak beli mainan tu kat dia, tapi biasalah, dua minggu exam dua minggu jugaklah terperap dalam asrama tu xkluaq2, kluaq pun p makan ja, mmg la sempat nak cari mainan bagai, *alasan*, padahal depan tu pasar malam ada ja jual, tapi pasar malam pun tak pi ! *ahaha, so, dengan rasa bersalahnya aku pulang dengan gembira membawa rindu yang setinggi gunung everest *wahh* dengan harapan dia tak tuntut mainan dia, tgk2, jeng3, dia tuntut jugak!! haha, maka terpaksa cari idea on the spot, aku bgitau dia, aku beli buku pelangi kat dia~~ wahh, dgr mcm menarik tak? padahal tu buku semalam ada pelangi yg aku baru beli siap ada sign ABS lagii *nanges guling2*, dan solehah pulak seperti gembira bukan kepalang lagi dapat buku pelangi siap baca tak tidur2. ohhhh hadek* . tapi apapun, mmg tak expect la dia akan faham apa yg ada dalam buku tu, just nak ceriakan dia dan lepaskan diri daripada kena 'denda' tak boleh makan tak boleh tidur dalam bilik bagai, haha, itu lah solehah. tu selamat yg aku bawak balik buku semalam ada pelangi, kalau buku tarbiah sentap yg aku bawak balik, dapat bayangkan aku bgitau dia, "along beli buku sentap kat adekk~~!" , perghh, sentap tersedak budak tu haa !.
apapun, nnti balik aku kena dapatkan balik buku tuuu *HAHA*

next, hmm, solihin, dia pindah sekolah harian biasa ja skrg, aku pun tak tahu sbb apa dia nak pindah sgt. so skrg dia dah tak duduk asrama, and hanya berulang setiap hari dari rumah ke sekolah yg jarak 10 min dr rumah. apapun, sbb dia nak pindah, aku tetap bersyukur, dia dah mcm solihin yang dulu, ohh sebelum tu, cerita solihin dh ada aku cerita haritu, *haa carilah dekat archive tepi tu* , solihin yg dulu tu maksud aku, yang rajin p surau, majlis agama, rajin azan, selalu jadi imam, baik, makan lalu, org ajak p mana ikut jaa, org ajak tolong pun tolong terus, and so on. setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi dengan perubahan solihin nie, byg kan haritu hari jumaat, ada buat baca yasin dgn tahlil kat surau dekat rumah, tapi aku tak pi duduk rumah je lah, then bila isyak tu, tau apa? suara solihinnn :( jadi imam! dah lama aku tak dgr suara dia dekat mic surau, akhirnya balik kali nie, alhamdulillahhh... semoga perubahan ini menjadikan dia lebih kuat dan bersemangat. semoga terus sukses solhin!

next, angah aka hakimi. well, baru skrg aku faham perasaan bdk IB, susah oiiiii ~! balik haritu dia suruh mak buat kuah rojak katanya nak buat jualan kat sana pastu bawak balik baju2 nak buat jualan pre-love bagai, last2 duit bagi kat kolej , dia dapat markah ja, bapak lahh, susah oii. kalau aku lebih sanggup mengahapai kanji ribu2 dari kena buat semua tuu. hmm. dan balik sini aku bawak dia p skytrex dgn geng akak2 taf nie. haha, walaupun dia sorg2, bawak lah jugak. *belanja ok* . tak pa lah sekali sekala. then tadi baru hantar dia p ktm subang jaya dan dia kena p sorg2 baik kolej, gomen setakat tu ja aku mampu. dengan beg2 yg penuh dengan baju pre-love nya, kuah rojak berapa kilonya, ohh kesiannya , tak sanggup tgkk :''''''( apapun, ganbatte angah ! UK he toberu made ganbarou!

okaylah, sampai sini saja, kau tahu apa?
air mata aku duk bertahan ja tadi, bertakung tu mmg tak nampk screen dah !
apapun, ganbatte adik2ku,

ya Allah, pelihara keluargaku , lindungilah mereka dengan lembayung rahmat dan kasih sayangMu, pelihara mereka di mana pun mereka berada . satukanlah kami di syurgaMu yg abadi.

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!