Thursday, May 7, 2015

esok milik siapa

kematian boleh datang bila2 sahaja. semua orang tahu benda tu. tapi tak ramai pun yang nak ambik langkah2 persediaan. banyak ja kita baca kisah2 kematian yang tak di sangka2 pun , tapi bila ajal nak menjemput, sapa yang boleh halang? 

kita pulak, masih berfikir yang masih ada masa, masih ada ruang dan peluang untuk kita terus hidup. katanya masa masih panjang. tapi tak sedar kematian itu boleh berlaku di mana2. aku yang sedang menaip ini pun mungkin  boleh meninggal sebelum sempat post ini aku publishkan. ya, bila ia datang, siapa lagi yang boleh menidakkannya.

tapi soalnya bukan cepat atau lambat, soalnya amal kita saat ini. apakah masih tercari2 di mana ikhlas dalam hati. ataukah sedang menghimpun khusyuk dalam ibadah. atau sedang dilalai lalikan oleh hiburan nafsu semata? apakah dengan amal kita saat ini , dan ajal kita pula datang di saat ini, mungkinkah pengakhiran kita adalah husnul khotimah? ataupun, suu'l khotimah? mana satu kah yang bakal terjadi itu terletak  dengan amal kita saat ini.. sentiasalah berdoa semoga kita dimatikan dalam keadaan yang baik2 belaka. terhindar dari fitnah akhir zaman yang semakin menghimpit kita dari sehari ke sehari.,

belum sedar lagikah masyarakat kita tentang keadaan akhir zaman yang kucar kacir ini . zaman dimana semua orang terkejar2 segala kemewahan dunia. material dan nama. zaman di mana masyakarat tidak sempat duduk menadah ilmu dari para ilmuwan. yang ada cuma masa untuk bersosial, keluar berseronok. tanpa ada sedikitpun terselit rasa ingin menghargai nikmat pemberian Allah ini. mereka seakan-akan lupa bahawa adanya kuasa yang meminjamkan keseronokan ini sebentar. dan bagaikan terlupa untuk bersyukur dan duduk beribadat sebentar sebagai tanda terima kasih.

adapun masa solat mereka, hanyalah tidak lebih dipanggil duduk tunggang tebalik. hatinya kosong. tiada lazat dalam hati. cuma 5 minit yang terluang, habisnya terus bertebaran mengejar dunia. sungguhlah, lihat betul2 masyarakat kita sekarang. lihat betul2 sekeliling kita sekarang.  lihat betul2 dunia kita sekarang. dimana kedamaian ? dimana pembelaan? yang lemah terus tertindas. manusia2 tak bersalah terus dibunuh tanpa belas ehsan, yang tinggal hanya ketidak adilan. yang entah bila boleh dihapuskan. lihatlah dari mata hatimu sendiri. dimana kamu berdiri saat ini, di situ ada sesuatu yang kamu perlu hayati dimana  baik, di mana buruknya.


sempatkah masyarakat yang aku sebutkan tadi, yang sedang sibuk mengejar dunia ini berfikir tentang adanya hari pembalasan, hari kiamat, negeri akhirat, nikmat syurga, seksa neraka, yang semua itu tak nampak dimata. tak pernah siapapun merasainya. yang sering dilupakan saat kita mengilai tawa bersama teman yang lain. siapa lagi yang akan mengingatkan mereka2 yang sedang hanyut dibawa arus kemodenan bahawa kiamat itu pasti, akhirat itu pasti. ibadah itu perlu. syurga itu mahal. neraka itu seksa yang tidak terperi. siapa lagi?? siapa?!

masih adakah masa untuk mu berlengah2an dalam menyebarkan peringatan ini? bahawa kita kesuntukan masa. suntuk dengan ajal yang makin mendekat, suntuk juga dengan ajal mereka2 yang masih dibuai nafsu duniawi. suntuk dengan fitnah akhir zaman yang semakin menjadi2. ayuhlah, usah berlengah lagi, terangkan satu persatu apa itu islam. apa itu iman. berapa rukun iman. berapa rukun islam. kenapa perlu beriman kepada Allah. kenapa mengucap dua kalimah syahadah. kenapa ada qada' . kenapa ada qadar. siapa lagi yang mahu menerangkan? 

ayuhlah sibukkan umat akhir zaman ini dengan ilmu . bukan sahaja ilmu fisik kimia . teori gaus, teori maxwel, ataupun laplacian sahaja. bahkan ilmu fekah, tauhid, sirah, tajwid dan sebagainya. agar yang lekat dalam hati itu bukan hebatnya, manusia mencipta teori dan formula, tapi hebatnya Yang Maha Mencipta mencipta manusia yang mampu mencipta formula dan merumus pelbagai teori. 

masih adakah esok dan lusa untuk kita terangkan? sedang esok mungkinkan lusa ajal pun boleh menjemput... 


Friday, May 1, 2015

二十歳になっちゃった

boleh tak nak wish besday utk diri sendiri?

ahh perlu ke minx izin orang lain, diri sendiri yang nak wish haha.

so yang nak baca, baca . xmau baca wish masuk bakul angkat diri bakul pecah nie, boleh baca blog lain. hahah bapak kejam.

okay aisyiah, sanah helwah yang ke 20 ! ohhhh rasa nak menangis gila2 bila terkenangkan usia yang dah cecah puluhan nie. dah lama hidup, tapi sumbangan untuk keluarga masyarakat islam 全然ないいいいいい (tak da langsung !) (T_T)

tapi apapun, besday tahun nie bagi pengalaman baru, memori baru. start dengan malam tu struggling buat shukudai denjiki dengan pau suha ainur sue kat surau, then depa masuk bawak kek yang sedappppppppp sgt . T_T . mmg lah malam tu semua kenakan aku. oii malunya sampai harini tak habes lagi. dah tu esok pagi kelas hatono sensei sapa entah p bagitau sensei haritu besday aku, dan sensei dengan tak malunya ajak bdk2 nie nyanyikan lagu besday utk akuu. huaaa hazukashisugiiiiiiiii !!

then esok tu pun wada sensei terangkan pasal denkirikisen pastu belah2 mcm kek apa ntah, tiba2 sebut besday aku semalam. oiii hatono sensei gi cerita satu office ke apa T_T

habes semua orang tahu aku dah masuk 20. bapak tuaaaaaa !

ahh apapun, itu memori . yaaa, memori yang aku boleh senyum dan menangis bila memikirkannya.

tinggal kurang lagi setahun ja lagi nak ganbaru kat m'sia nie. lepas tu semua orang akan bawa haluan masing2, tahun depan mungkin aku dah tak da kat dunia nie, mungkin tengah struggle buat report lab mungkin tgh menangis rindukan rumah dan segala kemungkinan, tapi yang pasti, perancangan Allah tak pernah gagal membuatkan aku sentiasa bersyukur dilahirkan ke dunia ini.

biarlah sekarang semua nya menuntut masa dan pengorbanan yang tak berbelah bahagi, report kena hantar setiap minggu, tiap2 malam tido lambat buat kerja, baju2 tak sempat nak basuh last2 kena pakai shawl g kelas, telupa makan malam. dan semua yang serba tak kena dengan sem baru nie . tapi teruslah optimis dengan perancangan dan takdir Allah ini.

kita hanya perlu lakukan yang terbaik dalam setiap yang kita lalui. biar pengakhirannya, ditentukan oleh niat dan usaha kita. Allah takkan menzalimi hambanya yang sentiasa melakukan kebaikan bahkan telah dijanjikan tempat yang istimewa di syurga sana. insyaAllah, biarlah janji dan redha Allah menjadi kekuatan untuk kita terus2an melakukan kebaikan di muka bumi Allah ini. selagi hayat dikandung badan, selagi itu , pasti ada sesuatu yang dapat kita sumbangkan untuk agama ini, islam...

Tuesday, April 21, 2015

寝不足気

jangan lupa Allah.

sebab kalau kita ingat Allah waktu senang,

Allah mesti ingat kita waktu susah.

pastu tadi, bangun pagi memang tak da semangat gila2 nak p kelas.

last2, mesej abah, mengadu tak larat, penat, mintak semangat.

pesan abah senang ja, selawat subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar 33x.

terus, tiba2 tersentap. rupanya masa aku untuk mengadu segala rasa dengan Allah dah brkurang,

kalau dulu ada ja masa nak belek2 al-quran, baca buku2 ilmiah sikit. la nie, sekali baca quran, tutup,

pastu esok pulak baru nak bukak. ohhh sedih. patutlah kebelakangan nie rasa nak marah tak tenteram semua ada.

terima kasih abah. dengan pesanan seringkas itu saja sudah cukup buatkan airmata mengalir dahulu sebelum ke kelas.

nyata. aku rindu. nak duduk dengan abah. dengan mak. adik2.

Allah, panjangkan umur mereka. aku mahu bersama mereka hingga ke syurga.

kawan2, jom teruskan perjuangan ini. lelah2 lah dahulu, nnti kelak di-syurga istirehatmu.


Wednesday, April 15, 2015

2 tahun dah berlalu

2 tahun dah berlalu sejak tok pergi menghadap ilahi.
Tinggalkan kami di dunia. Untuk membekal lagi pahala yang yang terdaya kami laksanakan.

Sejak dari itu, bila balik rumah, dah xda susuk tua yang akan tanya sihat ka tak, dtg duduk depan kusyen tgk tv sama2, padahal, nak tgk cucu dia ja.

Tok yang selalu menangkan kami.
Tapi yang selalu bising bila kami tidoq pagi2.
Tok yang ketawa nya, membuatkan kami ketawa.
Raut tua yang tenang bagai laut yg luas.
Tok yang selalu menjadi rujukan kami sekeluarga.
Tok yang selalu pesan utk belajar betul2 sebelum balik asrama,
Yg selalu selit 'kertas' dalam salamnya.

nyata, ketiadaannya memang dirasai.
Namun kami , tetap tabah.
Kerana yakinkan Allah.
Satu hari nanti,
Kan bertemu di syurgaNya.

Damailah dikau di sana.
Kami di sini, sedang mengejar syurga kita bersama.

Sunday, April 5, 2015

将来の私へ

今、幸せで生きていくの?

後悔なんか、しないよね?

Monday, March 30, 2015

dalam perjalanan menuju cita-cita *acewahh*

assalam..
sebenarnya tadi bukak lappy nak tgk drama. tapi dah tersesat dahulu kat blog . then teringat, maybe ada something yang aku boleh share malam nie. kenapa tidak?

sebenarnya semalam, aku ada pi seminar penulisan. seriously sebelum p seminar tu, apa yang aku expect adalah kat seminar tu nanti akan ada orang nak ajar teknik2 penulisan, diperkenalkan genre2 apa semua tu, tapi walaupun ada lah jugak sedikit pengenalan tu, ada sthg yang lebih besar yang Allah takdir kan untuk aku semalam. aku faham kenapa aku perlu belajar menulis dengan hati, matlamat yang jelas dan specific. sebab kadang-kadang kita nie nak buat semua kalau boleh ! sampai satu masa , semua yang kita nak buat semua tak boleh buat. haha. pernah tak? ke aku sorang je rasa?

speaker2 pulak banyak kongsi pengalaman diorang macam mna bermula dari setahun dan ada yang bertahun-tahun untuk menyiapkan, berapa? sebuah cerpen ! yes, cerita pendek ! boleh bayang ambik masa 3 tahun nak siapkan sebuah cerpen yang kita boleh baca dalam masa 5-10 minit ja? wow ! aku rasa benda nie GILA ! tak rasa?

dan bukan dalam seminar tu ja yang aku dapat belajar, banyak lagi keadaan2 yang Allah takdirkan untuk kami, dah naik lrt, turun lrt, hujan pulak, naik balik lrt. padahal sebelum tu dah merancang dari a-z . tapi betullah, kita merancang, Allah juga merancang. Alhamdulillah, aku terima semua perancangan ini dengan hati terbuka, kesannya, aku dapat melihat telatah manusia, ada yang sopan memberi duduk, ada yang menangis dalam diam, ada anak yang menjaga setiap derap langkah seorang ibu, ada cina yang membantu melayu.

dan terasa jugak nak berkongsi dgn sebulan 'lama'nya duduk kat rumah. jujur, duduk kat rumah mmg duduk kat rumah. keluar pun sebab sidai baju, p masjid kalau ada ustaz, paklong meningggal, and sbb ada fogging ja ! hahahaha, menarik bukan cuti saya? perghh tak rasa jeles ke? tapi bila dah lalui semua tu, rasa lega puas semua ada !. kenapa? entah bagaimana nak di terangkan, tapi rasa itu ada dalam hati.

dan juga, rasa nak berkongsi tentang satu petua? ehh petua ke? lebih kepada tazkirah kot. ehh entah. tapi ada sesuatu lah yang nak dikongsi malam nie. yaitu,

-sentiasalah berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat kita. -

kenapa aku cakap macam tu, sebab kita hanya hamba dia yang tak tahu hal-hal ghaib soal rezeki jodoh ajal semua tu. tapi kita tahu, Dia Maha mengetahui semuanya ! bagaimana dikatakan meminta yang terbaik adalah, kita bukan meminta semua A+ dalam spm, tapi kita meminta result yang terbaik buat diri kita sendiri. mungkin semua B adalah yang terbaik yang Allah aturkan untuk kita. siapa tahu dengan selungguk A+ tu nanti akan membuatkan kita riak dn takbur dan bermegah diri . apakah itu yang terbaik di mata Alllah? masyaAllah..ada orang dapat semua F dalam spm, tapi hidup dia aman bahagia. tiada hutang sana sini, bebas bersolat di masjid 5 waktu sehari semalam. bahkan boleh bangun tahajjud setiap malam.

kita yang dapat straight A+ bagai nie? bahagia ke dengan jalan sana sini dedah aurat . waktu solat tunggang langgang . tahajjud entah bila kali terakhir kita buat. Allahu, inilah sebenarnya yang berlaku apabila kita memandang yang terbaik dimata manusia adalah yang terbaik di mata Allah. sedangkan yang terbaik dimata manusia, mungkin sahaja yang paling buruk paling jelek di mata Allah. siapa tahu?

oleh itu kawan2, marilah kita pohon yang terbaik untuk diri kita dan orang lain dari sisi tuhan, bukan yang manusia anugerahkan 'terbaik' pada pandangan mereka.


juga, sem baru , baru sahaja bermula hari nie. yes! hari nie oiiii ! seronok? ahh seronok, tapi dalam masa yang sama cuak tetap ada. jgn risau, kau ada kawan, kau ada sahabat, kau ada sensei2, kau ada mak abah, dan yang paling penting, kita ada Allah !


皆、一緒に頑張ろうねー !!!

Friday, March 13, 2015

ayu



Langkah aku perlahan
Dua tapakku, mungkin cuma setapak bagimu,
Orang cakap aku control ayu,
Aku lihat kau jalan, kau juga ayu,
Apa bezanya menjadi ayu dengan mengukur langkah?
Cuma aku yang begini,
Kerana langkahku memang perlahan,
Jika satu saat,
Kau sudah tak mampu menungguku,
Jalanlah dahulu,
Teruskan langkahmu,
Tinggal sahaja aku di sini,
Tinggal.

Cuma nanti,
Tak perlu kau berpatah balik mencari aku,
Kerana jalan kita,
Sudah berbeza.

Yang tinggal cuma jejakmu dahulu,
Yang kau tinggalkan sebelum aku,
Selamatlah engkau menghayun langkahmu,
Teruskanlah melangkah, ayu...

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!