Saturday, June 15, 2013

T.E.A.M.

assalamualaikum,
bersyukur masih dikurniakan hayat untuk terus hidup di bumi Mu ya Allah.

terlalu byk nikmat, sungguh xterkira. ya Allah, terima kasih ya Allah, aku hamba yg lemah lagi hina. memohon pertolongan Mu dalam setiap gerak kerja.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

jujurnya, saat ini ana memang xkuat, memikirkan akan menyambung kembali sem nie. xkuat ya Allah, ana takut, gelisah nya memikirkan hari esok. apa yg ana dah buat dgn kerja2 ana selama nie, mcm mana achievement test ana hritu, mcm mna dgn test math, fizik kimia yg ana buat hritu. yg paling penting, apa lah yg ana sumbangkan untuk islam selama nie. xdaa..

sedangkan Allah masih saja beri aku peluang, terus mengatur langkah di bumi ini. Allah..

And what i want to highlight now, we must cooperate . must. shinakerebanarimasen... so, doakanlah ana punyai teman, rakan, sahabat, kawan, yang mampu bersama-sama dgn ana, suka duka, pahit manis kehidupan nie, sungguh ana rindu sahabat2 dulu. kat smkab. especially tikah nani ummi, bilik mpp, nida nada, aiman, dan semua, yg selalu ada , yg tahan dgn kerenah ana yg mcm2 nie, yes i admit, i really2 naughty girl. haha. tapi semua tu xpernah halang kita bersahabt kan. terima kasih kawan untuk semangt itu, ukhwah fillah ini pastikan mengharup di taman firdausi. amin.

now, kata org, masuk kandang harimau mengaum, and sekarang, ana masuk mjii, menguapp. haha! xda2. lwk je, alaa, serius je memanjang, so, izinkan sy ticer Zuhailah, nk pinjam ayat keramat ticer, Together wE Achieve More, seriusly, ayat nie betol2 hebat. terasa bersemangat dgn slogan nie, tambah2 kalau dilaungkan ramai2. serius ok*

so, untuk hari2 yg bakal mendatang nie, semoga Allah beri kita kekuatan, ketenangan, keyakinan yg segala apa yg kita perlu. kita hamba yg lemah, tapi kita kena kuat, sebab kita ada Allah. Allah maha Hebat.



sungguh ana takut.resah.gelisah. tapi bila difikirkan balik, kenapa ana perlu takut jika ana yakin ana ada Allah, tapi mslhnya xcukup dgn berserah bertawakal ja aisyiah,, you must work., kau kena berusaha, baru lah dikatakan bertawakal dgn betol, bukan nya mudah2 je nk ckp tawakal. serius, ana xmau malas lagi, tapi tetap dtg malas tu, yelah, nafs yg jahat! what i need now it a dozen of hardworking, a dozen? bahkan lebih, sbb ana xsanggop tgk org lain study dn ana bersenang lenang jaa,..

instead, study is not everything, yeah, since now everythings to me had became "not everything" ...ya tuhan....apa dh jadi nie., parah situasi nie. tapi seriusly, ana xtau nk bgitau macam mana, tapi nak highlight bhaawa , memang penting cooperation, so, dear tomodaci, do help me, plis bimbing sy, sy lemah, sy perlukan sokongan, begitu juga, ana tau, kwn2 yg lain pun nak cakap mcm nie jugak, cumanya x terluah kan? hehe, apa2 pun, lets go friend, ana xnak tgk kita berjaya di dunia ja, bahkan, lebih dari itu, aisyiah nak kita berjaya di akhirat jugak, aku nak, aku nak, aku nak.


dan, jom, ishiounie, together we achieve more, ! untuk semua kawan, smkab, skr, mjii.ukhwah ini milik kita, =) bantu aku, ya Allah...

=)

sy xokay, sy dah besar

Wednesday, June 12, 2013

cuti cuti cuti

assalamualaikum...
cuti cuti cuti.
dgr cuti ja , bayi umur 2 bulan pun seronok.haha hiperbola**

faktanya, xmerasa pun cuti kali nie. apa yg penting, cuti kali nie xsama dgn cuti sekolah sebelum nie,.
serius, cuti sblum nie cuti rmai2, ada solehah, solihin and hakimi, tapi kali nie ada solehah ja, xbest gadoh 2 org ja, haha, mau angkat geng laa..haha, merapu ar. xpalah, post kali nie mmg merapu pun, aku tension tgk shukudai byk2, act xtension pun, cuma mati akal ja, mana 1 nk buat dulu, mana satu nak tinggai. aku siap buat timetable lagi nak buat apa. tapi hampeh, xmenjadi langsung, awal2 cuti dh azam dh mcm2, itula inila,...ohhhhh, apa dah jadi dgn hang aisyiah ismail oiii, ahh, apa2 ja lah.

jadual nie pelik, tetiba hari rabu hilang dari cuti aku, no wonder r rasa sat ja cuti.
tgk betapa aku bersemangat nya nk cuti, tup2 godaan dari serata arah datang tnpa diduga, mmg xtertahan dah nfsu nie nak makan la, jalan la apa bnda lagi lah...haha. tapi yg penting, bahagia ja rasa. ypm bgi la cuti lama2 lagiiiii. haha. .

dah r, serius mengarut r post kali nie, ntah apa2. nnti lah aku post somethings special , this month jugak insyaAllah =), and, nyte.

salam alaik..

Friday, June 7, 2013

mid sem break.

bismillah..

Assalamualaikum... =)
alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran di panjatkan kpd Allah, tuhan Maha pencipta. hri ini, kita masih boleh bernafas di dunia nie. menghirup udara yg percuma, Maha pemurahnya Allah.

dan bersyukur lagi. hari nie achievement test aku dah hbesssss!! Alhamdulilllah, tggu untuk final sem la nnti, harapan semoga boleh buat yg terbaik nnti, aku xnak kekecewaan. tu yg aku tanam lm diri aku sejak aku nekad masok sini. xkiralah aku yg kecewa ke, mak ke abah ke. semua tu xboleh terjaddi. sebab aku mesti boleh buat. i Believe in Allah. and about achievement test, alhamdulillah nihon lulus la sa far, nihon r, yg lain xtau lagi r, semoga segalanya berjalan dgn lancar, aku perlukan perubahan positif, really need it, really2, aku xboleh move on kalau xda sokongan, seriusly. so pliss, my sensei, my friends, give me a positive feedback, even u know how bad i'm.

dan lagi, hair ni insyaAllah nak balik rumah, rindu yg dah tersangat mencengkam segenap atma jiwa raga dah nie kat rumah, yela, sebulan dh kot xjumpa...nak skype pun kt rumah xdak tenet, haha, dh tu bb nie aku angkut sekali mai sini, mmg x r..and. semoga perjalan cuti nie berjalan lancar, aku tau yasumi punya omiyage mmg takusang arimas la...(shukudai) , tapi xpa, study is not everythings right? byk gila dh aku rncang nk buat cuti nie, pegi sekolah, ambik sijil berenti HAHA* nmpk x betapa teruknya aku, dh sebulan lebih dh belajar sijil berenti xambik2 lagi, mmg malu r nk p mintak kat pejabat nnti, tapi xpa, redah je aisyiah...haha, pastu baliik kg, tgk tokwan, nk cabut gigi, nak p jalan2, nk itu nak ini.....wahhhhhhhhh, byk2, haha, padahal cuti seminggu ja pun....xpalah, gunakan sehabis2nya, instead of tidur dan melemahkan badan, baik buat bnda berfaedah kan.

dan smpai sini ja, kawan2 semua dh sambung belajar, ada la lagi beberapa insan yg belum kan, special kess la tu, hebat ahh, tahniah kepada yg akan fly tahun ni dn tahun2 akan datang....aku akan sentiasa doakan yg terbaik buat hampa semua, rindu hampa syadid. ukhwah ini indah, kita bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah =)

till then, sayonara tanpopo, sayonara JAD
=')

Saturday, May 25, 2013

selamat berjuang, jihad lillah =)

bismillah..
assalamualaikum,
dengan rindu yg menggunung dan kasih yg melimpah, kutujukan post ini teristimewa buat insan2 bergelar sahabat, yg mana kita telah sama2 berkongsi suka dan duka bersama, bak kata Black, *ketawa bersama, menangisss pun bersama* ...haha.

so, dah ramai pun yg mula berjinak2 nak sambung belajar ann, ye r, yg dah penat bekerja sambilan tu, or yg dh penat menghabiskan beras kat rumah tu *aku lah tu* aku mengucapkan selamat belajar dan selamat menghadapi kehidupan mtrik, U, kampus dan segala apa lagi yg hampa pi.

aku di sini tumpang gembira atas segala kejayaan hampa. tak kira lah dimanapun Allah letakkan kita, ingat, ada hikmah kenapa Dia buat begitu. have faith in Him.!

lagi, nak pesan jugak, segala mutiara yg kita kutip kat smkab dulu, jgn pernah kita buang dari hati kita, aku tahu, mmg susah nak aplikasikan, aku pun sama, tapi kita berusaha kan, Allah xtanya hasilnya, tapi Allah melihat usaha kita, yakinlah dgn ketentuan Allah, kalau dulu kita ada peraturan yg ketat, tpi kat U lain dh, so, kita sendirilah yg kena buat peraturan tu. dan beruntunglah kepada sapa2 yg dapat masuk u sekali, at least ada jugak kan org yg kenal baik buruk kita ann...dpt lah kita sama2 mengingatkan.

dan lagi pesanan, since kita dah 'bebas' sikit nie, moh la kita join aktiviti2 yg ada manfaat, like usrah ke, sukarelawan ke, apa2 jelah, yg paling penting, jgn sekali2 melangkah ke tmpat2 yg xsepatutnya kaki kita melangkah, ingt! kaki tu yg akan menjawab depan Allah nnti, bukan lidah yg xbertulang tu..
this quotes really make me believe what i'm doing right now, here.

and, aku xtau dh nk ckap apa, ahh, 1 lagi, sebagai pljr yg smbung bljr lebih kurg awl sikit lah kan, aku nk share2 la pengalaman sikit, aku kan kena belajar bhsa jepun, tapi xberapa terer la bhsa jepun, deret tergagap2 and test pun  mrkah teruk ja memanjang, sama la math and lain2  pun, bila dh dpt tawaran upu la mtrik la mara la, hti mmg sng gila berbelah bhgi, istikharah pun xboleh nak bezakan mna satu jwpn dri Allah...tapi bila fikir2 balik, come on lah aisyiah, ramai yg bgi sokongan, ramai yg percayakan aku boleh buat, kenapa aku yg sepatutnya lebih kenal diri aku nie senang sgt mengalah, cepat ja aku mengeluh bila mrkah rendah, yelah,,,xbiasa sama hdapi perkara nie, tapi, ingtlah, kita ada Allah, kita ada Allah, kita ada Allah.

bila kejayaan itu milik kita, bersyukurlah, namun bila kegagalan yg menjengah, ada sebenaarnya kejayaan yg Allah tangguhkan untuk kita, jika bukan di dunia, nescaya di akhirat sana. so, kepada yg dpt mrkah rendah tu, *mcm aku* bersabar lah, teruskan berusaha, man jadda wajadda, dan allah xkan uji melebihi kemampuan kita, aku pun takut kena dismiss dari sini, tapi bila fikir balik, kenapa takut? allah dh rncang yg terbaik untuk kita! just need to believe in Him! thats all 4 today *acewah mcm lect dah**



haha,so, kepada semua sahabat2 yg bakal menyambung pelajaran, selamat berjaya, feel free to share anythings with me, ada mslh, aku setia membantu, ada duit, aku sedia menghabiskan* haha, dan pesanan paling penting is, bila dh berjaya nnti, jgn lupakan aku di sini. yg tercampak sorg2 kat mjii nie, aku rindu hmpa semua sgt2! so ingat, raya nnti kita jumpa ehh, sapa2 yg volunteer nk urus boleh pm aku, aku sedia membantu~, buat kt relau pun ok jugak kan,,,haha. and itulah, selamat belajar, selamat berjaya, selamat untuk semuanya, =)



Sunday, May 12, 2013

rindu !

assalamualaikum..ehh jawab salam dulu ehh =)

haa, dia post baru dah....hahaha, mesti ada punya org ckp mcm tu..padahal xda sapa pun nk baca kan, ahh lantaklahh, did i care??

aku punya self therapy  mmg dh mcm nie,,,nak wat cenna,


so, hari ni, i mean 12/5/13, hari ibu, biarlah org kata xelok sambut hari ibu, tapi apa salahnya kita menghargai, apa salahnya ada 1 hri untuk kita menambahkan kasih syg , so post kali nie, hanya nak wish SELAMAT HARI IBU AISYIAH ISMAIL..............opppssss, hahaha, boleh tara tu,

bukan aku lah, tapi,

MAK, SELAMAT HARI IBU, TERIMA KASIH UNTUK SEGALA APA YANG MAK KORBANKAN UNTUK ALONG, MEMANG XKAN TERBALAS, HIDUP DAN MATI, ALONG MINTA MAAF UNTUK SEGALA KESALAHAN DN KEKURANGAN, XMAMPU MENJADI ANAK YG SEMPURNA UNTUK MAK, *rindu mak gila2....

xlupa juga, untuk abah yg tersayang,  *rindu abah sgt2

TERIMA KASIH ABAH UNTUK SEGALA PENGORBANAN YANG XKAN TERBALAS OLEH ALONG, TERIMA KASIH ABAH UNTUK MENJADI SEORANG ABAH YG TERSANGAT BAIK UNTUK ALONG, ALONG MINTA MAAF ABAH, XDAPAT JADI ANAK YG SEMPURNA UNTUK ABAH...


serius xbohong, airmata ini mengalir deras saat terkenang pahit manis kehidupan bersama mak dan abah, mmg xkan ada mak dan abah lain xlebih hebat daripada mereka, segala pengorbanan yg selalu diorang berikan, tambah2 sekarang, saat aku di sini, berjauhan dari keluarga, mmg kerinduan itu menjengah di setiap detik, sampai saat ini, hati ini pasti menangis saat mendengar suara mereka di dalam henset, ya Allah, sampaikan salam rindu ini kepada mereka ya Allah, aku ingin sekali menjadi anak yg mampu membahagiakan mereka, aku ingin sekali, 

xkan pernah ada erti kasih syg tanpa kalian, RINDU SYADID!!!


MAK, ABAH,
doakanlah anakmu ini berjaya di dunia lebih2 lagi di akhirat, along dan adik2 ucapakan terima kasih untuk segala kasih sayang yg memang kami xkan pernah jumpa lagi selain dari mak abah, terima kasih mak, terima kasih abah.

.::SALAM RINDU DARI KEJAUHAN::.

anakmu, 
along

Saturday, May 11, 2013

alphanya...

aku masih bertahan di sini,
cuba menapak dalam derap kaki yg lemah.
teerkadang tersadung dek kerikil yg keras.
adakala tersalah ayunan,
terjatuh..
dan aku mencuba untuk bangkit lagi,
meski jalannya likuan yg xberpenghujung,

hanya bersendirian,
tiada teman meniti denai2 ini,
hanya penunjuk arah,
sedangkan aku sendirilah yg mesti melangkah pergi.

namum aku terlupa,
bongkak nya aku waktu itu,
terlupa dgn Maha pencipta,
terlupa dengan Maha pengasih, Maha Penyayang,
Allahuakbar, hamba jenis apalah aku ini.
menghirup nikmatnya tanpa rasa kesyukuran.
bahkan serakah mengguna segala pemberian.
lupanya aku pada kematian.
lekanya aku pada dunia.
alpanya pada akhirat.

Allahuakbar,
aku hmba hina, tiada upaya melainkan dengan bantuan Mu ya Allah.
bantu aku, bantu aku bantu aku,

---
aku keseorangankah menjalani hidup ini? anda? tidak, kita ada Allah, kita ada Allah, Allah yg tak pernah lalai, yg maha mengetahui, maha mengasihani, maha penyayang. segala apa yg ada di langit dan di bumi, subhanaAllah. aku hina ya Allah, aku hina tanpa agama Mu, aku hina tanpa ujian darimu, aku hina ya Allah.
bantu aku mencari keredhaan mu, bntu aku ya Allah.


.MJII, 11/05/13, 0:26

Monday, May 6, 2013

tahniah BN

assalamualaikum, =)

even satu masa dahulu ana ada cakap, blog nie bebas daripada sebarang unsur politik, tapi yg pasti, ana xckp kan blog nie xleh sembang sesuatu demi negara.

okay2, firstly, tahniah dato najib and the geng! u've done a goooood job! ehh jap, nie print screen status aku yg masih fresh di awal pagi,


huhu, aku masih terharu dengan kemenangan najib, moga2 itu bukan istidraj dari Allah, tapi adalah 1 amanah dan kepercayaan Allah kepadanya, dan juga pahala bginya dan pihak pembangkang kerana atas kesabaran mereka.insyaAllah, Allah tau apa yg terbaik untuk hambanya, segala yg terjadi adalah dengan izinnya, even aku tau banyak sangat kacau bilau dimana-mana. Allah masih memilihmu najib untuk menjadi perdana menteri. ingat najib, bukan sahaja rakyat, bahkan Allah! sbb Allah telah mengizinkan kau menang kali nie walaupun dengan segala tipu daya...

dan kepada anak2 kedah, aku tau, kawan2 aku yg 1 sekolah dulu, semua sedih dgn kekalahan ini, tambah2 anak2 baling, aku tau itu! tapi bersabarlah, Allah sedang merancang, mungkin masa nya akan tiba 5 tahun lagi, siapa tahu,bersabarlah, even BN menang pun, dakwah islam xkan pernah terhenti. ingatlah, dimana pun kau berada, langit Allah itu juga yg kau junjung. teruskan berusaha demi kedaulatan islam, teruskan membuka mata pihak2 yg masih menjadikan material sebagai tuhan, duit sebagai agama, bgitahu mereka bahawa islam agama kita, Allah tuhan kita. 'bagitahu mereka, islam xkan pernah hilang didunia ini!

teruskan anak muda, kita bangkit demi Islam, even BN pun, kalau perjuangka islam, pasti aku org pertama yg akan sokong BN, tapi malangnya, BN hanya menaburkan kesenangan dunia, tiada langsung usaha memberi pendidikan agama, kerohanian kepada rakyat, bahkan menganjurkan hiburan yg melampau, PSY, harlem shake, yg sah2 bukan budaya kita, bukan itu aku, sebagai orang islam mahukan, aku nak biah hasanah! aku nak malaysia macam madinah! macam mekah! even xsetanding, tapi kenapa xmencuba, sebab dimana2 pun, kita islam, kita pegang kepada al-quran dan sunnah!, wahai PM, sedarilah hakikat hidup yg sementara ini,..aku xsanggop lagi melihat kemungkaran di m'sia, aku xsanggop lagi, aku xsanggop lagi...

Allah, bantu aku, bantu kami, hamba2Mu yang lemah, jangan Kau biarkan jiwa2 kami dikuasai anasir2 jahat, kau tetapkan kami dijalanMu, dalam ketaatan dan keredhoanMu...aku bermohon ya Allah, aku merayu ya Allah...

aku merayu...

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!