Friday, June 22, 2012

mengharap kesempurnaan #2

okay..
ana sambung,
dalam hal mengharap kesempurnaan nie...
ana teringt apa yg abah ana penah pesan,
kita kena confident dgn diri kita,
tapi jgn sampai over confident...


"mengharap kesempurnaan hanyalah akan menghasilkan kekecewaan"
suka ana ulang sekali lagi,
jgn lah disalahkan org lain paling penting jgn disalahkan takdir Allah..
jika sudah ini kehendakNya,,
mengapa kita saling tuding menuding jari menyalahkan org lain..
sebaliknya apa salahnya kalau kita kembali kepada diri kita dahulu
cuba kita renung dan muhasabah dahulu diri kita?

sudah cukupkah amalanku untuk aq mengejar kesempurnaan itu,,

hmm...act, same goes to me..
ana pun pernah mengharap kesempurnaan, 
tapi akhirnya ana sendiri kecewa bila apa yg ana harapkan xdapat.
misalannya,
paling terdekat,
ana pernah berharap untuk dapat A dlam AQS,
ana usaha sehabis daya ana,
sehari sebelum exam, ana dah peluk buku AQS habes2,
ana tidur pun dgn buku tu..
makan pun dgn buku tu..
semuanya sebab ana nak sgt2 dapat A ,
sbb subjek AQS lah yg paling ana lemah,
selepas bio n kimia,
ana mmg xkuat dalam menghafaz nie,..
last2.
bila ana dapat keputusan..

ana hanya dpt B+,
lagi beberapa angka ana nak dpt A,
walaupun bukan A+,
sekadar A- sudah cukup bagi ana..
tapi apa yg ana dpt??
hanya B+,
saat tu ana xmampu nak ckp apa2,

Menangis adalah satu "body language" apabila mulut anda sudah tak mampu mengungkapkan kesakitan yang dialami ;) #fact
yaa...ana menangis, serius xtipu, ana mengaku,
minta maaf ustazah sbb buat tudung ustzah basah dgn air mata saya..
saya xmampu bg ustzah A even A- dlm AQS,
sy sedih..
(owh hodoh)
tapi setelah tu ana sedar,
ana terlalu mengharap,
ana xukur kemampuan ana,

terima kasih AQS kerana mengajar ana erti kesempurnaan dan redha dgn kehendakNya,
tapi redha bukanlah penamatnya, selagi roh tidak berpisah dri jasad,
kita mampu berusaha,
kita punyai kudrat yg Allah kurniakan kepada kita...
kenapa kita tidak melihat keadaan itu,,
bgi ana,,
ada kejayaan yg Allah tangguhkan,
ayt tu menyedarkan ana dan sahabt2 yg lain
betapa kegagalan bukan penamatnya,
kerana setiap org ada peluang msing2...


so, bg yg terlalu mengharap kesempurnaan,
pleaseee...berdoalah kepada Allah,
jgn salahkan org lain.
jgn salahnya takdir Allah,
terima seadanya,,
kita insan yg berjiwa hamba,
amat kejam jika kita ingkari apa yg telah Allah beri kepada kita,,
jgn pernah berputus asa,
kita mampu sebenarnya,,


Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik, hanya perlu untuk melakukan yg terbaik,

meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya,
lantas nescaya dia akan mengurus kan yg selebihnya, agar yg terbaik itu menjadi milik manusia,,


didalam pecahan2 cermin dosaku,
kusandarkan letihku tuk bertaubat dalam seribu asa ampunanMu,
cahaya putihMu merata dalam tiap tetes air mata...

=)



mengharap kesempurnaan #1

assalamualaikum...
hrini ana nk share sikit apa yg ana rasa bagos dan elok untuk ana sampaikan..
walaupun mungkin pada pandangan antum semua ini bukanlah sesuatu yg baik..
tapi tak salah kita meraikan perbezaan pandapat kan..
mulianya hidup org yg lembut hatinya menerima nasihat..
xkisahlah nasihat itu dtg dari pada siapa...dari org muda kepada org tua...
dari org miskin kpd org kaya...
hatta dari kafir kpd muslim..
NOBODY PERFECT %
kerana kita djadikan Allah dgn pelbagai ragam..
dgn kepelbagaian itulah kita mampu mengutip sedikit sebayk ibrah driNya...

****
tgk balik tajuk yg ana tulis uhh..
"mengharap kesempurnaan hanyalah akan menghasilkan kekecewaan"

yaa...ramai yg boleh baca ayat diatas, ramai jugak yg boleh faham ayat diatas,
tapi sayang,
tak ramai yang boleh memahami ayat tersebut,
ada yg mnyangkal ayt ini..
ana faham..
katanya ayat nie seolah-olah melumpuhkan keja kita..
tapi pleaseeeeeeeeee3
open your mind!!

nobody perfect dlm dunia nie..
mmglah xsalah kita mengharap kesempurnaan tu..
tapi jgnlah terlalu mengharap..
mcm 1 cerita tu..
"biar mimpi sampai ke bintang.."
yee..xsalah bermimpi xsalah berharap xsalah berangan
tapi salah bila kita menyalahkan takdir Allah..
dalam hal ni..semua org harus faham konsep
''usaha, doa, tawakal''
ingatlah,
sejauh mana kita bertawakal,
tapi tnpa usaha dari binnafsi,
apalah yg akan kita dapat,
sejauh mana kita berdoa, tapi tanpa usaha,
apalah yg akan kita dapat?
dan sejauh mana juga kita berusaha,
terjun gunung everest sekalipun,
tanpa doa dan tawakal kepada Allah..
apalah ertinya??

bagi yang mengharap kesempurnaan,
mengapa kecewa apabila harapan tu tak tercapai??
jgn kufur shbtku,
kufur bukan utk yg berharta,
tapi kufur juga boleh pada yg fakir,
tapi salurkanlah kekecewaanmu itu kesaluran yg benar..
mengadu padaNya,,
minta pertolonganNya,,
jgn salahkanNya,,

bersambung...

Sunday, June 3, 2012

makan daging

assalamualaikum...
petang yang indah buat yg sedang mensyukuri nikmat kurnianNya...
diciptakan petang untuk hambanya merenung dan berfikir akan kekuasaanNya..
bygkan jika tiada petang..pasti tiada aktiviti riadah untuk kita mensyukuri nikmat kesihatan yg diberikanNya...
=)
ok.
aq xnak melalut petang nie..
back to tajuk kt atas uhh..
did i need to repeat it??
okay i repeat.

Makan daging
ye..makan daging??
daging apa eh yg sedap??
daging lembu?
daging ayam?
daging kambing??
heheh
byk la kan daging yg boleh n halal dimakan oleh kita sbgai umat islam
tapi dalam islam juga..
ada istilah 'makan daging'
tau maksuh dya apa??

ok2. 
 
nak saya ulang ke terjemahannya??
ok2.
Firman Allah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " - surah al-Hujurat: ayat 12

hmm...so rasanya semua dah faham apa itu makan daging yg ana sbut sebelum nie..
so..xpayah lah mengumpat lagi sebelum nie..
dan sebagai cara menghindari amalan mengumpat nie..

1. Kesedaran

Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah rujuk surah Al HUMAZAH ayat 1. Jangan kita dedahkan diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat. Mengumpat diumpamakan seolah-olah kita memakan daging saudara kita yang telah mati-rujuk Al HUJURAT ayat 11.Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini.

2. Jangan Marah

Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat. Jika kita dapati tiada kesalahan yang ketara adalah lebih baik kita doakan Allah mengampuni mereka dan menjauhkan kita dari jadi pengumpat.Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.


3. Pahala

Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu dan kalau mampu boleh memberi hadiah kepadanya. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan.Dihari kiamat pengumpat termasuk golongan yang bankrapsi keran pahala habis diberikan kepada orang lain dan sekiranya tidak cukup dia akan menanggung dosa orang yang diumpatnya.

4. Rasai apa yang orang lain rasa

Orang yang mengumpat tu, sendiri mau ingat la..bagaimana kalau dia berada ditempat orang yang kena umpat itu. Kalau dia rasa menderita,orang lain pun rasa cam tu jugak,betul tak?Allah tidak memberi kita mulut untuk bercakap dengan sesuka hati dan keluarkan perkataan yang buruk.

5. Tempias

Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti ini, Eh tak sangka ya..dia perangai cam tu. Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang mendengar berdiam diri dan juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.

so, macm mana??
masih nk mengumpat??
and ada cari lebih efektif lagi jika kita terjumpa ada org sedang 'makan dagimg' nie..
caranya adalah dengan bagitau dya yg mulut dia tgh brdarah...
hahaha..
alasannya sebb dia tgh mkan daging manusia mentah2.
eeii...yuckss...mesti amat2 menjijikkan
or tanya dya sama ada sudah keyang atau belum..
sbb dya dah byk dah kot mkan daging...
heheh..

macm nie lah kwan2 ana ambil pendekatan untuk mengelakkan diri drp mngumpat
sungguh
ana pun xsanggop nk makan daging saudara sendiri, tmbah2 yg telah mati sprt dalam ayat al-quran tu..
huhu...seram dibuatnya...

seingt ana..
waktu f2 or f3 kot...badar skolah ana ada tayang psal makan daging mentah2 uhh..
ana dah cari dlm utube..tapi belum jumpa..
kalau jumpa mesti best untuk ditonton..
dalam video tu ada tunjuk mcmmna seorng pemuda berjalan-jalan dari rumah kerumah
dan melihat sana-sini ramai perempuan2 yg sedang makan daging mentah2
uuu....geli kot...bygkan daging mentah2 warna merah darah uhh di ambil dan dikuyah tanpa disedari oleh pemakannya...
ya  Allah...xsanggop dan lepas uh nk mengumpat bila teringt video uhh..

hmm...rasanya sampai sini dulu..memandangkan petang dah nk pergi..malam pula bakal menjelma..
hehe..

so ingt yaa lepas nie...jgn mengumpat2 tau...xpasal2 pahala dpt kt org lain..sedangkan kita yg buat....dapt dosa
siap mkn daging xmasak lagi..
hahaha...

and for nada, shafa, aisyah, and geng MPP yg lain...insyaAllah lepas nie xkan ada dah daging mentah2 kt dapur kita....aq xsanggop nk tgk...heheh

ok2...selamat petang n malam..

=))

 

Saturday, May 26, 2012

cuti 2minggu - 1minggu

assalamualaikum w.b.t
jwb salam nie yaa..
hari nie hari sabtu...
hmm..alhamdulillah ana dah ada kt rumah
baru habes exam mid year,
the last exam in my school
eyh?? last??
hahaha...
lepas nie ada trial n spm teros jaa..
xda lagi soalan2 yg akan dibuat oleh cg2 skolah nie...
huhu...seramnyaa..
hmm...berkenaan post hritu...kawan ana dah pindah sekolah dah
sedih sgt2...
dya ketua bilik mpp, bilik ana
selalu gembira sama2
makan sama2
melawak sama2
sekarang dah xda
dya balik skolah lama
sebab sng nk dapt rawatan
huuu....dya seorang muslimah yg sgt tabah
setabah nmanya....m-a-r-y-a-m
hari kami exam kimia n alquran sunnah,
dia mai uruskan hal pindah dya
uuuu...
dya terlalu baiik dgn semua org...
baik sgt2
sgt99x
so xhairanlah kalau ramai yg menangis..
tapi bukan dya yg menangis
begitu juga aq
hehe
yelah..
''beruntunglah dua org pemuda yg bertemu dan berpisah kerana Allah..."
hmmm...
ana hanya mampu mendoakan dya semoga cepat sembuh dan kami masih boleh bertemu...
InsyaAllah..
dya ada bgi ana keychain nama n buku KALIMAH CINTA
sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
tapi ana kuat..
biarlah aq menangis dlm hati...
tabah namanya..
hehehe...
okalah..
harinie nk balik rumah tok wan...
lama xjumpa tokwan...
n esok balik sekolah balik!!! wuuuu
esok ada program DASS
Dapat A Semua Subjek...
huhu...dgr nma pon gerun
program nie bersambung dgn easy admath camp..
sampai hari jumaaattttt....
hahahaha...
seminggu la gamaknya cuti aq kat skolah sana
hahahaha...
oklah..
nk siap2..
lepas asar nnti nk brtolak dah
doakan ana selamat sihat sejahtera disana yaa...
semoga yg sedang mmbaca nie mendapat Rahmat dan Kasih syg dari NYA....
AMIN...

=)

Saturday, May 12, 2012

doakan dya

assalamualaikum
alhamdulillah ana dpt curi masa sedikit hari nie..
sbnarnya mmg dh tekad xnk tulis ap2 kt blog nie..
sbb nie minggu exam..
(esok admath kot)
tapi tadi ana bru dpt msg dri shbt ana..
dah lama dya xdtang skolah..
exam pun dya xambil
rupanya..dya xsihat
dr syak dya luekemia..
hmm...
ana harap semua yg terbaca post nie sudi mendoakan dya sembuh dan sihat spt sediakala
bilik ana sunyi tnpa dya,...
insyaAllah maryam...nti akan baik2 saja..
bersabarlah atas ujian Allah..
sesungguhnya Allah bersama org2 yg bersabar..

=)

Thursday, April 26, 2012

pesan pada hati

pesan pada hati,
bersedialah utk dilukai,
pesan pada hati,
bersedialah utk berdikari,
pesan pada hati,
bersedialah utk menangisi,
pesan pada hati,
bersedialah utk ditinggali,
pesan pada hati,
bersedialah utk dicintai,
pesan pada hati,
jgn bersedih bila dimungkiri,
pesan pada hati,
bukalah hatimu seluasnya utk dicintai,
pesan pada hati,
tabahlah bila dilukai,
pesan pada hati,
Allah bersama org2 yg bersabar,
pesan pada hati,
cukuplah cintaNya memenuhi sanubari,
pesan pada hati,
kemanisan cintaNya mengatasi segala cinta,
pesan pada hati,
aku mencintaiNYA....

=)
cukuplah mencintaina dlm diam, siksa dihati tak siapa tahu..









aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!