Saturday, December 31, 2011

99 post

assalamualaikum semua..
=)

mungkin inilah post ana yg terakhir wat taon nie...dan mungkin juga post yg terakhir dlm hidup ana..
wallahua'lam..Allah lebih mengetahui...xda siapa yg dpt menjamin ana dan antum semua akan bernafas sejam lagi...btolkan??

dan..sepatutnya skrg ana sudah bertolak ke skolah..
kenapa? haha..sbb ana ada tugas laa..
tapi atas kekangan yg xdpt dielakkan, so 'terpaksa' lah ditunda ke taon depan...
haha...esok laa mknanya..InsyaAllah..
and minx maaf wat rakan2 pengawas yg lain sbb xdpt hadirkan diri eyh..
sekali skala ana mengelat..
skli skala??
slalu kot! haha
n sory bgi sape2 yg ana blom bgtau..heheh~

dan untuk penutup tahon 2011 nie..
marilah kita flashback sikit apa yg berlaku spnjang taon nie..
mungkin ada yg masih melekat dihati kita..
mungkin ada kenangan yg msih utuh dijiwa..
mungkin ada insan yg pergi..
mungkin ada kesalan yg masih membelenggu diri
mungkin ada bahagia yg masih mengelilingi

bg ana...
mengenang masa lalu itu tiada salahnya
tapi ana ada trjumpa org sgt anti dlm soal mengingati sthg yg dh berlalu
tapi apa slahnya kan
bukan kah dgn masa lalu lah kita ada dimasa sekarang??
mcm cg sejarah ana selalu sebut...
'cg selalu jumpa org yg ckp, alah, semua tu dunia, tapi dia xsedar, dunialah jambatan ke akhirat'
hm...ada betulnya juga..




Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
(surah assaaffat : 61)
dan utk tahon 2012 yg bakal dtg beberapa jam sahaja lagi..
mungkin skrg sudah ramai yg berkira-kira ttg azam2 mereka utk tahon hadapan..
mungkin ada azam lama yg blom terlaksana..
hahaha...jgn risau, ambil masa dan laksanakan,...
dan jgnlah lupa setelah melaksanakannya utk kembali berserah kepada Allah...
kerana bukankah Allah adalah sebaik-baik perancang..=)







Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(anNahl, 128)


so, utk 2012 yg bakal datang, ana ucapkan selamat berjaya wat semua, 
''hidup tanpa cita-cita sia-sia, cita-cita tanpa usaha tak kemana''

okay, selamat semua, syg semua, take care all...

assalamualaikum...
:)



Thursday, December 29, 2011

math is easy~

assalamualaikum...
Buat kali pertama aku post benda2 berfaedah (=

eyh....betol ek??huhux

~Assalamualaikum anak-anak murid sume! Saya sebagai seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu Matematik, so, sebagai permulaan sy cuba post kat sini lah....nk wat kelas xda org nk dtg...haha

Tapi hari ini saya nak jugak mengajar subjek Matematik! Saya rasa bab ni penting sangat untuk anak-anak murid sume aplikasikan di masa hadapan. Tapi jangan risau, bab ni senang jer, dan menarik. Cikgu yang tak bertauliah cam saya pun boleh ajar.. :senyum:. Jadi sume pelajar sila baca surah al-Fatihah dan doa belajar dulu, sebelum kita bermula okeh?

Okeh, tajuk bab yang akan cikgu ajar hari ni adalah;  

Aplikasi Darab dalam Kehidupan!

Orait, subtopik yang pertama dalam bab ini adalah Perbezaan Nilai Solat Sendirian dan Berjemaah. Solat kat mana? Aaa, kat mana-mana je pun boleh. Rukun pun sama je, sama ada buat sendiri atau berjemaah. Tempoh dia pun lebih kurang sama. Cuma kalau buat berjemaah, lagi best kan?

Untuk subtopik ini, hanya formula di bawah ni jer yang akan kita gunakan;

Formula;
Solat sendirian = RM1,
Solat berjemaah = RM27

Haa, nampak tak beza 'gaji' dia? Tak banyak pun kan? RM26 jer pun.. Tapi itu baru satu waktu! Jadi, jom kita darabkan dengan 5 kali setiap hari;

Sehari;
5 kali X RM1 = RM5,
5 kali X RM27 = RM135 (beza 130)

Waaa, banyakkan beza?? Yang solat sendirian dapat RM5 jer sehari  

(kalau tak ponteng:)
Tapi kalau yang berjemaah, boleh dapat sehingga RM135 seorang! Boleh beli kasut futsal Adidas F50 kot. :senyum:. Okeh, sekarang kita darabkan dengan sebulan lak;

Sebulan;
30 hari X RM5 = RM150
30 hari X RM135 = RM4,050 (beza 3,900)

Whoooaaa!! Boleh dapat sampai RM4,050 tuu, kalah gaji bulanan Arkitek! Selamba je boleh angkat DSLR Canon 60D. Kalau tambah lagi seribu, dah boleh pergi umrah, kan? Mesti kita dah tak tengok yang RM150 tu je kan? Takat duit minyak kereta balik Kota Bharu - Johor Bahru boleh la. :senyum:. Siapa la yang nak gaji kecik?

Haaa, sekarang kita tengok berapa lak kita boleh kumpul dalam setahun;

Setahun;
12 bulan X RM150 = RM1,800
12 bulan X RM4,050 = RM48,600 (beza 46,800)

Perghhhhh!! Dekat RM50 ribu beb! Itupun belum termasuk solat-solat sunat lagi. Dah boleh angkat kereta Persona cash kot. Ke nak RM1800 je setahun? :senyum:..

Ok la, let's be realistic; mungkin tak semua waktu kita dapat berjemaah. Sebab tak sempat dsb. Mungkin average 3-4 kali je sehari. So, mungkin boleh dapat dekat RM30-40 ribu lebih je ke.. Tapi kita masih ada bonus dan overtime! Bonus tu adalah seperti solat-solat sunat Rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu). Dan overtime lak seperti solat malam. Jadi, kita masih mampu dapatkan sehingga RM50 ribu setahun!!

Dan bayangkan berapa juta ringgit kita boleh kumpul sepanjang hayat kita... Fuh, lumayan kan?

Eh, ganjaran solat ni dalam bentuk wang ringgit ke? Buat ape duit banyak-banyak kat akhirat nanti?

Dengan 'duit' bekal yang kita ada ini la akan menjadi sumber kekayaan dan kenikmatan hidup di akhirat nanti. Berapa banyak 'duit' yang kita kumpul akan menentukan tangga syurga yang akan kita diami. Dan harus kita ingat; jika 'duit' kita lebih banyak dari 'hutang' yang kita ada, barulah layak kita diterima ke syurga Allah! MasyaAllah..

Istilah 'duit' ini hanyalah manafestasi akan ganjaran yang Allah janji di akhirat kelak. Malah ia jauuuh lebih berharga dari duit - langsung tak terjangkau dek akal, akan bentuk ganjaran yang Allah nantikan buat kita.

Jadi, jom start kumpul 'duit' banyak-banyak!!


#tapi ikhlaslah beribadat kerana Allah..

sumber::halaqah

Wednesday, December 28, 2011

2011>>2012

assalamualaikum..
jwb eh..
ermm..hari nie dah hari rabu
n
faham2 jelah apabila hari sabtu makin mendekat..
yes~!
school!!
ouh...tasanggop..
school taon depan..
kelas 5 alkindy,
guru kelas cg. mahani..
wahaa...awesome!
cg. bio kot..
n
awal2 taon ada orientasi wif student form 1...
euuww..
apalah nk jadi...
 
camna nk hadapi bdk2 eh??haha...setakat solehah yg satu nie pun aq dah naik gila
eyh3..tapi nie bdk umo 13 taon daa..
bukannya 4 taon cam solehah
tapi cam sama ja...
hahaha
*gelak jahat
sory2..
wat kak2 n abg2 fc taon depan...
all da best ma..
kalau aq ngelat tu sory r nooh..
heheh
*dah ada bau nk ngelat nih
okay tak2..
selagi patner okay aq okay ja..
kuang3..
hiee...tamau. 


okaylah.. for this year..,
byk bnda yg berlaku..
datang dan pergi an..
heheh..
tapi alhamdulillah i'm still ckup kuat (kot) to face it all
haha
xpa2...insyaAllah kalau umur panjang taon depan
kita cuba lagi..
kan3?
 

 
tgk bdk nie..
huhu..aq kagum dgn kesungguhan dya nk dptkan bintang 5 bucu tuu
sampai panjat tangga segala
tapi nk dpt ke??
sapa tao an??
tapi itulah..aq pun boleh jugak laaa!!
heheh
perasan ja?
okay tapa..
tgk la nnti..
lagipun spm tu sng ja kan??
spe ckp senang??
haha
xkesah ah sapa..
tapi kalau sng nape tak ramai yg skor an??
tapi kalau susah kenapa jugak ada yg leh skor 11A++ an??
hehe..
mana satu pun tatau
ambil jln mudah je..
haha..
soal hati soal perasaan ap lak nie??
ntah2.
ana pun tatau apa yg dya tulis
just abaikan

owh..
for the next year..
aq dah ada azam nk blajar terbang
fly~
op op op
jgn pandang org sebelah mata okay!
Allah dah bagi 2 biji mata
so gunakan sebaik nya
haha
kalaulah ana leh fly~
huhu bestnyaaaaaaa
tapa2.
habes spm nnti leh fly
mana2 ja


okay ahh...utk semua slmt taon bru
insyaAllah
 kalau umor panjang
;( 
huhu ana balik skolah taon nie jgak!!
tasampai taon baru!
pengorbanan

n doakan ana yaa..
tadaa..

=)


Tuesday, December 27, 2011

by the end of year

~Dengan ini saya Shahikhwan Shahrizal bersetuju untuk mengambil Kak Aisyiah Ismail sebagai Kakak angkat saya!~



ahah dpt adik baru..
dya nie adik fc aq la...jgn fikir mcm2 sudah la weh...
dya nk pindah taon depan...pi sg layar..hmm..all the best la adk..
 >tuang3<
nie kot gmba dya,haha 
whatever~

Tuesday, December 20, 2011

beribu sesalan

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

assalamualaikum..
wahaaa..bestlah lagu nie.
selalu dgr kat suria fm..hmm
fevret.
 nak dgr cri kt utube lah.
wsalam

Thursday, December 15, 2011

zon perang

assalamualaikum..
apa khabar iman kita hari ini??
moga2 Allah masih izinkan kita untuk mengecap nikmat iman dan islam yg sagt berharga ini..
syukurlah kita masih diberi kesempatan utk terus berjalan dibumi milikNya ini

=)


gmba2 yg dbwah nie ana upload sbb......................................................................................
........................................................................................................................................hmm
sbb boring...lagi 2 minggu skolah da nk buka, result pmr lak ntah bila nak kluar, haha, wish u luck la hakimi oii,..kalau aq bley wat, napa ag ley an??haha

nah..sape ntah yg suruh ana upload sgt gmba2 nie, kat fb xbyk, lembab, oklah.. nk bca buku. salam~
 
 kt heli bomba-solehah2



angin kuat ooo
haha


my family-abah xpi..huhux


qis-solehah-fizah
hayoo..xlarat nak kawal



budak2 tunggu result pmr..
haha, tidur yg lena yaa








dah r. malas nk tulis apa.

Wednesday, December 7, 2011

acik sayang ibu dan ayah

assalamualaikum.. =)

***

kehadapan ibu dan ayahku yg sedang sibuk berpolitik,
acik minta maaf dari ibu dan ayah andai surat ini mengganggu kesibukan ibu dan ayah, sesungguhnya acik ingin menyatakan akan kekecewaan acik terhadap sikap berpolitik ibu dan ayah. acik tak marah kalau ibu dan ayah nak berpolitik siang malam, takpa, acik faham, tapi acik tak suka bila ibu dan ayah berpoitik dengan benda-benda yang salah, maaf kan acik ibu dan ayah, acik tak berniat nak berkurang ajar dengan ibu dan ayah. tapi acik hanya nak menyatakan sesuatu yang sudah lama acik perhati.

wahai ibu dan ayahku tersayang,

acik ingin bertanya kepada ibu dan ayah, atas niat apakah ibu dan ayah berpolitik?
adakah kerana mengejar dunia dan nama ibu dan ayah??..
atau mengejar pangkat dunia ibu dan ayah??..
atau, ingin mencari keredhaan Allah??..

wahai ibu dan ayahku tersayang,
acik sedar acik masih mentah dengan perkara-perkara politik ini,
acik sedar betapa ibu dan ayah lebih banyak makan garam dari acik,
tapi acik tidak suka kalau ibu dan ayah berpolitik secara tidak sihat,
acik anak muda ibu dan ayah,
acik hanya mengikut apa yang dilakukan oleh orang2 terdahulu dari acik..
begitulah pepatah ada menyebut, bapa borek anak rintik.

wahai ibu dan ayahku tersayang,
acik amat tidak gemar apabila melihat berita-berita dari dada-dada akhbar mahupun dari kaca tv,
setiap hari acik melihat, pasti ada sahaja fitnah disana sini,
kenapa ibu dan ayah buat begitu?
acik takut ibu dan ayah, acik taknak melihat ibu dan ayah disiksa di akhirat nanti, kerana ustaz acik ada menyebut, memfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh, acik taknak ibu dan ayah dihukum dengan siksaan yang dahsyat itu wahai ibu dan ayah tersayang...

ibu dan ayah, izinkan acik meminta sesuatu dari ibu dan ayah, sebenarnya, acik nak melihat ibu dan ayah saling bekerjasama dalam berpolitik, acik nak melihat ibu dan ayah berbuat baik kepada semua orang tak kira dia parti apapun, bukankah semua orang Islam itu bersaudara? dalam negara kita pula sekarang, ada pelbagai bangsa dan agama, bukankah lebih harmoni jika kita saling bersama membina negara yang berjaya??..

wahai ibu dan ayahku tersayang,
suatu saat nanti, kita akan pergi meninggalkan dunia ini,
saat itu kita tinggalkan negara untuk anak-anak muda kita pula.
boleh tak ibu dan ayah bayangkan bagaimana negara ini akan ditabdir nanti oleh anak-anak muda sekarang? bagi mereka, mereka akan mengikut contoh yang telah ditinggalkan oleh ibu ayah dan juga kawan-kawan ibu ayah, apa contoh itu? ya, memfitnah sana sini. tuduh menuduh, saman menyaman, ugut mengugut, bunuh membunuh, ya Allah, acik harap sangat kawan-kawan acik tidak jadi seprti itu nanti, acik tak sanggup ibu dan ayah..

justeru, boleh tak ibu dan ayah berubah? demi kami anak muda, kami tidak suka melihat orang-orang tua bergaduh, kami rasa tertekan ibu dan ayah,
ibu..ayah..acik minta maaf kalau surat ini menyinggung perasaan ibu dan ayah, tapi acik betul-betul harap selepas ibu ayah baca surat ni, ibu ayah tak bergaduh dengan kawan-kawan ibu ayah lagi, acik nak sangat melihat prdamaian dalam politik ibu dan ayah, acik nak sangat..sangat-sangat...

acik nak tengok ibu dan ayah..janji ya..acik tak sokong mana-mana parti politik pun ibu dana ayah,
kerana bagi acik dan kawan-kawan acik, semua orang politik sama saja, acik harap, ibu dan ayah dan marah acik dan kawan-kawan acik yaa..acik sayang ibu dana ayah, tolonglah pelihara masa depan acik, kakak, abang, adik, dan kawan-kawan acik yang lain,

acik sebagai anak yang masih mentah nak minta maaf dari ibu dan ayah, harap ibu dan ayah maafkan salah dan silap acik..

acik sayang ibu dan ayah...
=)

ikhlas dari,
acik
****

copy paste je..

assalamualaikum...
:)

Sunday, December 4, 2011

Saturday, December 3, 2011

PETANG

assalamualaikum =)

ptg ni nk ckp psal apa ek??ahh..jap3..nk cari something yg aq tulis kt skolah hritu..jap nk cri...

*****

sekali sekala kita hipokrit, melakukan something yg kita sendiri tahu ia salah ataupun sememangnya kita membenci hal itu. hipokrit dasarnya terbahagi kepada dua, ada yg baik dan ada juga yg buruk..dari kenyataan itu, walaupun sememangnya kita tahu bahawa hipokrit itu something yg negatif.

cuba kita lihat seorang ibu yg berbohong terhadap anaknya, dia mengajar si anak agar jgn berbohong, padahal dia sering berbohong bila sering menyembunyikan kelaparan dan kekecewaan, begitulah hipokritnya seorang ibu...hahaha..lawakk

byk lagi sebenarnya hipokrit yg kita dapat lihat di alam ini, bagaimana hipokritnya sang pelangi, eyh, salahkan pelangi?? y not? pelangi..kononnya hadir mengubat lara sang perindu mentari, tapi sebenarnya ia cuma bayangan, xsiapa dpt menyentuhnya, sudahlah itu, hadirnya sekejap sahaja..jarang2 pula uhh..jelaskan? betapa hipokritnya sang pelangi...mengwar-war indahnya keseantero dunia , hakikatnya, sekejap cuma bayangan itu hadir!

*hipokrit*(aq bagaikan menyanyi-nyanyi lagunya)

huh! salahkan juga pabila kita hipokrit sebagaimana hipokrot si ibu terhadap anaknya? atau hipokrit sang pelangi yg hadir selepas hujan?

mana ada manusia yg tidak melakukan dosa..xsalah rasana hipokrit untuk satu dua benda, namun seringkali hipokrit itu berkait dgn ego, ego! itu milik lelaki, (bukan salahkan lelaki ok) tapi kdg2, perempuan juga ada, malah lebih hebat rasanya, kdg2 dgn adanya ego itulah juga, hipokrit dalam diri makin menebal. hebat rupanya bila hipokrit dan ego bersatu! yelah! mcm cerita novel kan?

dimana silap kita sebenarnya?

 owh..faham2..kita sombongkan? ego? sebenarnya, tidaklah ia dipanggil hipokrit jika kita menganggap itu something yg perlu...begitulah di awal tulisanku tadi, ibu itu tidaklah hipokrit sebenarnya..begitu juga pelangi itu..hahahaaha

*apa yg aq wat nii??*

apa harus kita wat??

senang sahaja sebenarnya, hanya perlu muhasabah diri dahulu, dimana baik dan buruknya perkara itu...

jadi?? jadinya, yg merasa terseksa atas apa yg pernah terlafaz dahulu, runtuhkanlah egomu wahai anak muda, (aq pun xmampu)* tiada rugi apapun bagimu...hanya perlu insaf atas dosa lalu, lalu ka bertaubat dgn sesungguhnya dan ayuhlah bina semula azammu..ingt..sesungguhnya sepuluh kesulitan itu tidak akan dapat mengalahkan sebuah kemudahan =) *tersenyumlah kembali

fikirlah, kenapa disalahkan pelangi itu? sanggup dia dtg, walau sekejap, tapi indahnya cukup untuk menenangkan sesiapa sahaja yg memandangnya..

tidak perlulah terlalu hipokrit wahai anak muda..ingatlah sekeras-keras batu, pecah dek titisan air.. lembutkan hatimu dgn zikrullah..=)

usahalah agar hipokritmu kerana Allah (boleh?) dan optimislah terhadap hidupmu =)



bila aq sedih, aq cari kerja yg buat aq lupakan sedih itu =)

p/s : maaf kalau ad salah silap.

Waaallahualam..



Monday, November 28, 2011

bestiee

assalamualaikum...alhamdulillah akhirnya ana dpt tgk jugak dashboard nie..huhu...hampir seminggu lebih dah cuti sekolah bermula..cmna??best??? huhu

baru seminggu..tapi ana xbukak apa2 buku lagi niy...ya Allah aisyiah ! taun depan SPM..boleh main2 lagi..haha..well..u know me...ermm....rasanya belum terlambat ana ucapkan salam maal hijrah wat semua..sama2 lah kita hijrahkan diri kita kepada yang lebih baik kan.

sebenarnya xda apapun nak tulis malam nie..cuma..malam nie sedih sikit...tok wan kat kg. xberapa sihat...Ya Allah...sembuhkanlah tok wan ya Allah...=)

malam nie..rasa mcm..mcm nk cite something psl kawan2 ana lah..ye r..rindu tao x..facebook ana kan dah deactivated...so xtau la nk sembang2 dgn spa dah..huhu...nk msg..xtau nk cari spa..haha...so...nie lah kwn2 ana yg selalu kongsi suka duka bersama...walaupun ramai sebnarnya...tapi yg nie dululah wat kali nie k...hehe...

meh cek pekenai satu2...

yg malu2 nie nama dia qatrunnada~ :)
kami ada rahsia besar punya,xda spa tau
kalau bab2 buat gila2 serah la kat dia..
idea dya Newton xdpt fikir sehebat tuu...
tapi yg paling best kat dia..
kalau ana ajak wat something yg nekad2 pnya...
xpenah dia toolakkk
terbaekkk
heheh...
apapun, yg pasti ana rindu kamoo nada!!
:D

yang manis nie lakk...nama dya noranida
org panggil dya nida jaa..
akal dia sama ja dgn nada
jenis gila2 semua..
tapi...haa....
kalau dya bercerita psal buah hati dia...
wat mcm dia sorang ja becinta uhh...
tapi apapun...ana doakan awk bahagia dgn MN awk yg satu uhh...

haa....yg comel dua org ni pulak, belah kiri nma dia atikah
org lain panggil dia iteng,
xtau laa mai mna nama tuhh...
tapi dlam rmai2 org yg panggil dia iteng...
jeng3
hanya ana sorg ja maseh panggil dia tikah..
haha..sedap ape nama tikah tuu
kan3??apapun..
she is something special in my life
wahh!!

haa..
yg sbelah kanan tu pulak nma dia ummi
comei kan??
dya nie..jenis study gilao2 punya
sanggop xmkan sebab akaun
sanggop xtidur sebab addmath
ish3..
hebad2..sebenarnya..dya dok katil bawah ana..
selalu la jugak menyanyii
tapi lagu2 dya semua jiwang2
haha..<3
taraaa...yg sebelah kiri tu dah kenal kan??
yg belah kanan tu spe lak??
haa...nama dia hanani
kitorang panggil dia nani jaa...
wuuhh
dia nie caring betol dgn semua org
letak jelahh dia kat mna pun..
pulau??hutan??gunung??
semua dia masokk
ingt lagi ada satu hri tuu..
hehe..
ana demam, muntah2, so ana balik la awal dgn nada..
memang ana xmkn ubt apa2laah..
tapi..bila dya balik dorm jaa...
nahas laa ana...
dia paksa ana mkan ubt!! grrr
geram gilao2...
tapi ana tau...
dya memang baekkkkk
huhu...<3 uu


jeng3....
yg nie pulak nama dia ct aishah!!
nama famous dia...
chah nasir
wahahha...
dya nie dok seblah ana kt kelas
selalu r ada cite lawak dri diaa...
tapi satu ja yg memang xleyh ubah
suka sgt tiru org
ana pun dh lali dgn perangai dia tuu
habes ja wat keja
pasti ana akan sua terus r kat diaaa
sama la dgn cik aida kat sebelah dia tuuu
tapi xpa..
yg penting dia skor
hehenie haaa cik aida tuu..
comei x dia??paras siku ana je dya niee
btol x??kih3

yess, we are =)

sekian, nilah antara manusia yg hadir dlm hidup ana...
(walaupun ramai lagi)
betuah ana dpt kenal ampaa
huhu...
cuti baik2 naa
salamm~






Wednesday, November 23, 2011

result final exam (-_-!!)

assalamualaikum..
apakhabarkah Iman kita hri ini??bertambahkah??berkurangkah??atau masih sama sperti smlm??
tepuk dada tnyalah iman..

okeyy, back to title kt ats tu,
hmm, Alhamdulillah, final exam kali ni ana dpt no.1 lagi dlm kelas, ok, dlm kelas jelaa..

dlm form??huu~ malu..turun skit dr hritu..xpelah..syukur ja kan..

ouhh...GTG...wassalam...

Tuesday, November 22, 2011

susun silang kata - aizat

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

~wahh, bestlah lagu nie~ :)

Monday, November 21, 2011

Aq bukan ustazah

assalamualaikum....(=
bersyukur lah kita semua krn msih dhidupkn hriniy..btapa rmai yg sudah menghadap Ilahi hri ni...mungkin slah seorg drp jutaan itu org2 yg terdekat dgn kita..mungkin shbt handai kta, mungkin ahli kluarga kita...sma2 lah kita doakan agar mrka dtmptkan bersama org2 yg beriman...saat itu psti tiba..

okeyy..back to topik..yes, ana bukan ustazah...tau nape??b'coz...PAQ n PSI aq sgt2 rendah d'comparekan dgn yg lain..xtaulah knpa...tapi mmg PAQ aq xpenah lpas dr 70 . y? ntahlaa...nk kta aq xtumpu msa ustazah/ustaz mengajar, aq rsa aq laa yg xtido waktu org2 lain tersengguk2 tdo dlm klas...hmm...mungkin xd kbrkatan..kan...bgi aq...mmg aq sedih dan kcewa sgt2...tpi apalah dayaku..sudah itu ja kmampuanku..aq trima..InsyaAllah aq akan trus brusaha utk tambh mrkh nie...doa2kanlah...

so, bersesuaian dgn apa yg aq ckp tdi..sudah semetinya sgt2lah tidak lyk utk aq dipanggil ustazah kan???hahahahahha...yelaaa...aq bukan terer sgt bab2 nie..so..minx maaf la tuk spa2 yg panggil aq ustazah or yg sma waktu dgnnya, mayb antum suma xtau psal nie..tapi skrg dh tau kan??so please..fhm laa mslah aq..malu tau x bila dpt markah rendah!~huu~

sekian,

>>aqbkansapa2<<
>>srius aq sdih<<

Sunday, November 20, 2011

alasan tak berdakwah

Berdakwah merupakan tanggungjawab golongan yang berpegang pada dua kalimah syahadah, pendek kata umat Islam. Berdakwah dipertanggungjawabkan sama ada ke atas individu, jemaah/parti politik, dan negara.Cara ketiga-tiga kategori ini sahaja yang berbeza. Namun, kewajipannya tetap sama. Kali ini, mari kita teliti arus kehidupan masyarakat yang tidak ingin berdakwah. Pendek cerita lagi, meninggalkan kewajipan. Mungkinkah kita tergolong seperti di bawah ini? Menulis sekadar untuk peringatan kepada diri sendiri dan umat Islam. Mari kita tinjau...

1."Aku masih jahil. Sebab tu aku masih belum nak berdakwah"
nak berdakwah tak semestinya perlukan ilmu yang tinggi melangit. Tak mungkin
kita jahil sejahil-jahilnya sehingga nak sampaikan satu ayat tentang Islam pun kita tak tahu. Orang kafir sendiri pun tahu serba sedikit tentang Islam, tak mungkin kita sedungu itu untuk kita tidak menyampaikan?

2."Aku ni banyak buat benda tak betul. Jadi, tak layak untuk aku berdakwah"
Sampai bila kita nak tunggu sampai ja
di betul dulu? Sampai kiamat pun manusia ni melakukan kesilapan. Kalau kita dah rasa kita ni betul kemudian kita berdakwah, pada masa itulah kita orang yang paling teruk sebab dah rasa diri tu betul. Apa yang penting, mari kita baiki diri kita untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa.

3."Dulu-dulu aku banyak buat maksiat
. Rasa tak layak pulak nak berdakwah"
Saidina Umar r.a. dulu pernah jadi penyagak dan pembunuh. Beliau siap bunuh anak perempuannya yang masih kecil. Apabila dia memilih hidayah, beliaulah orang yang banyak berkorban dan berdakwah untuk Islam, sehingga beliau menjadi khalifah yang sangat agung. Jadi, apa alasan kita? Bukankah Allah sentiasa menerima taubat hamba-hamba-Nya?

4."Aku takde masa untuk berdakwah"
Alasan sebegini memungkinkan kita untuk rasa geram dan rasa nak tempeleng orang macam ni. Punya banyak masa Allah bagi, takkan nak ber
cakap 10 minit pun takde masa? Main bola, main game, main facebook ada masa pulak?

5."Belum tiba masa untuk aku berdakwah"
al-Quran dah turun 1400 tahun lepas dan Allah dan Rasul-Nya menyeru untuk kita berdakwah sebelum kita lahir lagi! Jadi, adakah alasan 'bel
um tiba masa' sah untuk digunapakai?

6."Aku tak pandai bercakap"
Perjalanan 1000 langkah bermula dengan satu langkah. Kalau tak mula bercakap, sampai bila-bila pun tak pandai bercakap. Benda ni
makan masa. Kita bukan orang hebat-hebat untuk sampaikan dakwah dengan ayat-ayat bombastik. Apa yang penting, Allah menilai amal baik dan buruk kita walau sebesar zarah. Jadi, susah payah usaha kita untuk pandai bercakap tidak akan disia-siakan oleh Allah walaupun sebesar zarah.

7."Aku takut kena belasah apabila berda
kwah"
Kita wajib pelajari ilmu pertahankan diri. Perkara ini merupakan
perintah Allah dalam surah al-Anfaal:60 yang bermaksud: "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh
Allah dan musuhmu dan orang orang selain
mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)". Apabila mempelajari ilmu mempertahankan diri, insya Allah keberanian itu akan hadir dan kita tidak lagi takut akan makhluk.

*****

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"

[TMQ Aali 'Imran:104]


.::dakwah dlm pelbagai medium dik oii::.

sumber::ceq lupa..sory~

Friday, November 18, 2011

jalinan

rsanya..kalau xsilaplaa..niylah lirik lagu orientasi f1 taon dpan.. nk join xnak join je niy...sbb partner mcm xmau join jaa...

Indahnya suasana
Kita di hari ini
Ceria bersama bermesra

Erat silaturrahim
Saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia

Yang tua di hormati
Yang muda sayangi
Cetuskan suasana harmoni

Oh? mari bersama
Kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan

Di hari ini
Kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira
Di dunia ini?.

Lagi indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
Di akhirat sana?.

:)

hari jumaat

assalamualaikum...salam hari jumaat...penghulu segala hri.. :)

alhamdulillah...hari bermulalah cuti penggal kedua tahun 2011...huhux...sebulan setengah je cuti...tapi brg2 aq yg dok kt asrama tu xsampai rumah lagi...so...xleyh la bukak buku2 apa lagi...*bajet* becoz suma buku2 aq tinggal kt asrama tros..so...yg ada kt aq juz my diary n doa bismillah yg ust. zurin bgi kemarin...hmm...insya Allah hri ahad niy lah kmi nk pi amek suma brg2 uhh...hro2 selamat lah brg2 tu suma kt sna...kan3?? spa yg nk amek???lagipun aq dh hbq dah kt ust syam yg aq ada tinggal brg...so..xda mslah rasnya...


huhu...next agenda~cuti nie nk wat ape??hahah...aq ada2 la jugak susun jadual 4 my spm taun dpn...b'coz...if u fail to plan, u plan to fail, right kan? at least, aq dah plan something utk spm aq taun depan! taun depan? yaahh! taon depan!! owhoo....taun depan aq nk amek spm daaa...subhanaAllah..dah 17 taun aq hidup kt dunia niy...rasa mcm bru semalam aq lahir ke dunia...(tkah)...xpalah...aq sudah rancang serapi-rapinya..utk minggu cuti yg first niy...aq nk download byk2 suma soalan n jwpan yg berkaitan dgn spm..huhuuuuu....biar full IDM aq ..wahahaha...

nrxt agenda~secara 'fizikal'nya...cuti sekolah berakhir 2 january 2012...tapi not for me! aq kna pi solh awal 2 hri.,..mens?? yaahh...31 disember aq kna pi asrama dh.. inillah pengorbanan..kan??it's okay.. He know the Best..kan? insya Allah..aq akan penuhkan cuti niy dgn bnda2 yg bez and usefull ckit~~

wassalam... :)

Sunday, November 6, 2011

al-hajj


assalamualaikum...pertama dan selamanya marilah kita bersyukur dgn nikmat Allah yg masih memanjangkan umur kita hingga detik dan waktu ini...sesungguhnya siapalah kita untuk menerima bikmat yg xterhingga ini dibanding dgn para malaikatNya yg taat dgn setiap suruhannnya..

di kesempatan ini...masih belum terlambat rsanya untuk sya mengucapkan salam aidil adha buat semua..moga kehadirannya dpt mengingatkan kita tentang travelog pengorbanan nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail..ketaatan Nabi Ismail demi perintah Allah menjadi kekaguman sy hingga skrg..apalah yg mmpu aq lakukan untuk islam yg aq cintai ini..xlain...hanya yerus berharap agar islam ini terus pegangan umat manusia skrg dan selamanya...

rasanya stkat tu dlu..sesingkat bicara kan??xda apalah nk merepek mlm nie...dsebablan kepenatan yg mlanda ekoran knduri siang tdi..aq lebih memilih untuk dok diam sja la...hehe...akhirulkalam...salamullahialaikum...(=

Friday, November 4, 2011

rehat

*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•۞
۞*•Ø¨ِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •*۞
۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞
share::.
http://langitilahi.com/5337/cerpen-cinta/

best~

Saturday, October 29, 2011

terus menanti




Kiranya tempias membasahi jendelamu,


Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,


Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,


Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,






Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,


Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,


danAndainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,


Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...






huhu...harini aq masih xtau lagi nk balik asrama dgn spa...hmm...masih tunggu tuah dr langit ke??haha..ntahlah.. aq sendiri xpasti akan turun ke x..tapi ada pepatah menyebut



yg pipih xdtg melayang, yg bulat xdtg bergolek..so..apa yg kna wat skrg??hahah



biarlah..Allah dh tentukan..ada lah tu penyelesaiannya nnti..kan3??



ermm...





" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "



" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "




Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.



" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "



" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "



" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "



" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "





tepuk dada tanyalah iman masing2...



huhu..terlalu optimis rupanya terhadap kehidupan..





" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "






Friday, October 28, 2011

assalamualaikum...
aq dtg lagi hari nie buat kali nie...
..hmm...aq spatutnya ada kat depan buku skrg!!..
tapi aq tingglkan dia...ohh tidak!! sabarlah buku...aq pasti datg...just tunggu ja aq...haha..hmm..mmg la..skrg nie musim exam utk student smkab..so..xbyk sgt la msa yg ada utk dluangkan..aq sdg mngalami gangguan dri result yg lepas..owh sblum tu...aq dpt no. 4 dlm form utk teat haritu..yes?? why?? xcaya r uhh...btol..hah!! sbb tu la skrg aq mcm org gilaaa....takot xleh nk kekalkan apa yg aq dpt haritu...ooohh....tlglah ya Allah...

for all yg bca post nie...tlonglah doakan aq..aq hrp sgt2 dpt kkalkan apa yg aq dpt haritu...oooooo....trlalu besar impian tu kan...hmm...xpalah... xdpt pun xpa..bukan rezeki..tapi i'll try ny best laa...kan3?? hihix..ok lah...hopefully everything will be okey~~ =)
doakan sya~~

>>yg tgh study<<

Thursday, September 15, 2011

home sweet home



assalamualaikum...........huhuhu...yeay3!! dh sampai rumah pun...hmm...bila sampai rumah...apa lagi...hehhe..adalaa...na leyh habaq..haa...aq nak kongsi something kt sni...harap2 xramai yg baca...hahah...walaupun ramai ke...xramai ke...aq nk hbq jugk yg aq tgh berdukacita dgn result test ogos aq harituuu....wuuu....walaupun kali nie agak bagoss...tapi xbagos sgt!!hmm...ntahlaa...aq pun xtau....kenapa AQS aq dpt C?? KENAPA??? tlg jawab!!! arghhh....geram3!!! sepatotnya aq bleyh dpt A++++ !!! ahahhaa...hmm...xpalaah...aq redha...tgk la nnti...xkan lepaskan pnya..haa...ada lagi..hari jumaat n sabtu haritu..aq ngan ada laaa spa2 lagi pi kem..kem kat bendang man...huhu!! best!! TAPI... penat!! sgt3!!! hahaha...bygkn kami jungle traking (tapi dah mcm mountain bike daa) dari pagi...then...berakit pulaaakkk....berakit tu bukannya guna kayu apa2 nk dayung...tapi guna tgn...siap buat lawan2 lagiii....huuuuuuuuuu.....yg paling aq xfhmnyaa...group aq lwn dgn group laki PBSM...tapi..group PBSM tu bleyh menang!!!padahal...jarak uhh xdala jauh sgt...hahahahaha...biarlaahh...tapi tgk la sapa ahli depa....Asyraff z uhh...hahahax...hmm...oklah...aq nk solat then nk buat admath yg tertangguh tuu...bygkn tadi...aq pi bilik math...mula2 cari tcer linie xda...tanya la cg zuraidah>>tajuk differentation<

Wednesday, August 31, 2011

huhu!!!!!!teristimewaaaaaaaaaaaaaaaaa..............hahahaha

" Sepanjang hidup"

Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan

Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir membasuh segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku kau anugerah sang maha rahim
Semoga allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku

Berdoa kau dan aku di jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh inilah janjiku kepadamu

Yakini hatiku bersamamu ku sadari inilah cinta
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi...........maher zain lah....

~~thank u Allah~~ =)

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And thats when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that youve done
Youve done for me through all my years Ive been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.............

Tuesday, August 30, 2011

bila aq sedeyhhhhhhhhhhh

first of all....assalamualaikum....salam 1 syawal.......gmbr di atas bukannya air mata pun...just a fallen of the dew....huhux...ttg tajuk kat atas tu....sebenarnya xdak apa2 pun......sja ja tulis...emm....betul...sja tulis jaa....xlama ayat tu bermakna bagi aq.........huhuuuuuuuuuuuuuuuuu..............sdeeeeyyyyyyyyhhhhhhhhh....... eyhh....xlah......xsdeyh!!!!!!!!!!!!tlong la fhm....xsdeyh pun...ape pulak bersedih sedih mlm raya nie...kan3??..*jawab laa*

minx maaf...
bukan sengaja..
tapi mmg sengaja...
tak tak!!
xsengaja...
betul....
xsengaja...
sungguhhh...
tlglah faham....
=)
no body perfect!!
it's okay..

xmarah pun.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hmmm....
untk spe2 yg bce post nie...
mmg la ampa xfhmm...
sbb aq pun xfhm apa yg sdg berlaku skrg...
hhuhuhu...
tlglah fhm...
yaa...
fhmlah bahawa xda apa yg berlaku pun...
ok??
assalamualaikum...........
=)
-
-
-
-
-
-
ntahlaa...
mlm nie aq selongkar apa2 yg berkaitan dgn'nya'...
haiyak......
aq sudah gila apa...
mujurlah ada Allah yg selalu ada denganku..:)
I <3 ALLAH~~

Sunday, August 28, 2011

salam aidilfitri

assalamualaikum...ermm...jwb la dlu...malam nie dah mlm 29 ramadhan...ya Allah...mlm terakhir aq solat terawih rupanya...huhu...sdeyh ya amaaattt~!!!! apakah aq yg akan meningglkan ramadhan???atau ramadhan ya akan meninggalkan aq dahulu??? ermm...




Maha suci Allah...disini...ana...sbgai hamba Allah yg lemah lagi hina nak mintak maaf drp semua yg bca atau tidak(hahaha) post nie...kalau ada salah dan silap kat mna2...minx maaf baaaaaaanyaaakkk yeeeeee.....heheh....



and...selamat hari raya aidilfitri buat ;
> mak n abah...ampun dosa anaknda yg nakal nie,..

> adik2 aq yg tersayang...
> mak saudara-pak saudara-sepupu2...
> kwan2 yg paling best kat dunia nie...huhu
> spa2 lagilah yg kenal ana...
>
>
>
>
>
>
>
>
>utk dia juga....=D

Friday, August 26, 2011

salam 27 ramadhan

emm....assalamualaikumm....jwb la~~hmm....sbnarnya xda apa2 idea pun nk tulis apa mlm nie...tapi dek kebosanan dan kelapangan yg ada nie...ana pun jengah la jap kt akaun blogger nieyh...xsangka pulak tertekan new post kt sini..hmm...so...taip sja lah apa yg xtau ditaip niee....haa...mlm nie dah 27 ramdhan..masya-Allah....ramadhan dah nk pegi tinggalkn kitaa...hmm....ataukah kita yg akan pergi meniggalkn ramadhan dahulu???ya Allah...gelisah..sesaat saja tiada khabarmu ku curiga~~hmm..tekluar lagu aishiteru dah...huhu...xpelah,..skurng-kurangnya ana dah puas boleyh say something kat sni...even sekadar memberi salam...xkesah kalau xda org nk bce pun...ana xhrp apa2...huhu...okeyh laah...nk cari ilmu2 lain pulak...izinkan ana mengundur diri....salammullah.... :)

Thursday, August 18, 2011

test ogos....

hm...assalamualaikum....apa khabarkh iman antum skrg??..skrg ana ada kt umah nada...huhu...ana dtg sama nidaa...haa...ikut tajuk ah naa...sbnarnya minggu depan ada test ogos...hmm..ntahlaa...xbca buku apa2 lagi pun nieyh..rsa2 apalah yg sdg memnyekubungi segenap atma ana ntah laa..hehe...bersmpena dgn ramadhan nie...ana nk minx la spe2 yg ada bca post ana kali nie agar berdoalah utk ana...ana rsa takut sgt2 to face the imtihan that just around da coner...<<>...okeyh laahh..ana nk buat preparation utk imtihan soghir mnggu dpan hopefuly ana bisa success lebih lgi..ermm..kt sni ana puji ckit la cg2 skolh ana sbb pndai aturkn imtihan sblum raya...skurg2nya xdelah nk mengadap sgt buku tu waktu raya..kan3??...okeyh...sampai sni dlu bicara ana...akhirulkalam...assaamulaikum,...

Thursday, August 11, 2011

misteri WARNA melalui waktu SOLAT

Setiap perubahan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan diserap melalui perubahan warna alam secara semulajadi...haaa!! eyh telupa plak nk bagi salam...ermm...assalamualaikum...=)...bagaimana iman antum semua saaat ini??masih constant??atau bertambah sedikit atau banyak??atau juga??berkurang??..tepuk dada, tanya lah iman...=)
based on tajuk yg ana tulis kt atas tu..apa yg antum semua faham..??haa????xdengar laaa.....!!!ok2..jom bca dulu apa yg ana dpt dri sebuah majalah ..hope usefulll 2 all..

WARNA BIRU MUDA
sebagai contohnya, pd waktu subuh alam berada pada spektrum warna biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. So, warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dgn penawr/ rezeki dan komunikasi. org yg kerap trtinggl waktu subuh ataupun terlwat secara berulang-ulng kali, lama kelamaan akn menghadapi mslah komunikasi dn rezeki...sebab..tenaga alam iaitu biru muda tidak dpt diserap oleh tiroid yg mesti brlaku dalm keadaan roh dn jasad brcntum ataupun tak tisurlaa...kt pun kita dpt juga 1 rhsia knapa disuruh solat diawal waktu...haaa....sbb ape??..hm..sbb brmulanya saja azan subuh, tenaga alam berada pd tahap optimum!!tenaga inilah yg akn diserap tubuh melalui konsep resonan pd waktu rukuk atau sujud...haaa..so..utk org yg lewt subuh pulak...tenaga yg dpt tu dh tal optimum lagilaa....kan3??!!

ok...next. !!

WARNA HIJAU
warna alam seterusnya berubah ke warna hijau(isyraq & dhuha) dn kemudian WARNA KUNING menndakn masoknya waktu ZOHOR...spektrum warna pd waktu ni bersamaan dgn perut dan hati yg berkaitan dgn siistem penghadaman!!!! warna kuning ini mempunyai rahsia yg brkaitan dgn keceriaan ....jdi...mereka yg selalu ketinggalan atau terlewat ZUHURnya berulang-ulnag kali dlm hidupnya akn mnghadapi msalah di perut dn sifat cerianya...huhu...mcm mna plak yg terlenih ceria nie??!!

seterusnyaaa....

WARNA OREN
kemudian warna alam akn berubah kpd warna oren iaitu msoknya waktu ASAR di mna spektrum warna pd waktu ini bersamaan dgn frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sisitem reproduktif ...rahsia wrna oren ialah kreativiti!!! org yg kerap tertinggl ASAR akan hilang daya kreativitinya dn lebih MALANG lagi kalau di waktu asar nie jasad n roh someone uhh terpisah (tidor la maknanye!!) dan jgn lupa,...tenaga pd waktu asar nie amat diperlukn oleh organ2 reproduktif kita...

so..next !!

WARNA MERAH
menjelang waktu maghrib...alam berubh kewarna merah dn waktu ni org tua2 slalu ckp jgn dok kt luar rumah...ini krna...spektrum warna pd waktu ini mghampiri frekuensi jin dn iblis(infra-red) dn ini brmkna jin dn iblis pd waktu ini amt brtenaga kerana mreka dlm resonan dgn alam...utk org yg dlm perjalanan juga seelok-eloknya berhenti laah dulu....yelaa...solat maghrib laa..sbb byk interferens (pembelauan) berlaku pd waktu ini yg boleh mengelirukn mata kita...rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pd frekuensi otot, saraf dn tulang....


WARNA INDIGO
bila masok ja waktu isyak...alam berubh kewarna indigo dn seterusnya memasuki fasa keGELAPan...waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dgn sistem kawalan otak. mereka yg kerap ketingglan isyaknya akan selalu resah gelisah....alam sekrg brada dlm kegelapan yg sebetulnya..inilh waktu tidur delta dimana seluruh sistem tubuh berada dlm kerehatan...slps stengh mlm..alam mula bersinar kembali dgn warna putih, merah jambu dn setrusnya ungu..(sory xlrt nk tukaq warna)...di mana ianya bersamaan dgn frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. tubuh sepatutnya bangkit kmbali pd waktu ni dan dlm islam pula waktu nie dipanggil QIAMULLAIL.......


begitulh perkaitan waktu solat dgn warna alam...so...apa yg rasa elok kita amalkanllaahh...yg x elok uhh...jauh2kan...betul x??hmm...ok lah...sampai sini dlu.....wallahualam....

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!