Tuesday, October 20, 2015

aisyiah

tadi baru ja isi borang kemasukan ke ting. 4 untuk solihin. then tetiba, termenung lama kat bahagian ibu bapa dan penjaga. especially kat bahagian pekerjaan daan pendapatan. mmglah sebelum nie tau ja abah dah xreja, tapi bila dia suruh isi pendapatan, nak tulis apa? tak da pulak pilihan --ve . serta merta teringat jerih payah mak abah nak besarkan kami adik beradik. tadi pun petang tadi call mak abah, dgr suara mak sesak2 nafas sebab jerebu mungkin. Allah, hati ni dah menangis dulu, cuma tahan mata ja jgn bagi bertakung banyak2, nnti melimpah susah nak berenti.

bahu ni mmg tetiba rasa berat serta merta. nak cerita kat orang lain pun, setakat cerita je lah, diorang bukan boleh buat apa pun, so baik tulis ja kat sini. moga2 suatu masa nnti seorang aisyiah ini ingat bagaimana masa mudanya harus diguna sepenuhnya utk kebaikan diri sendiri dan orang lain. tapi mmg hati xboleh tipu, aisyah mmg sgt2 risau sekarang nie, mcm mna nak fly jepun tinggai mak abah berapa ribu km . setakat jauh kl-relau berapa ratus km pun dh xsenang duduk bila dgr mcm2 hal jadi. ini pulak nak duduk kat sana negara orang.

semakin nak fly ni semakin pulak perasaan tu bercampur baur, takut xboleh fly, takut kena tinggal family, takut itu dan ini, ya Allah mcm2 yang mmg serabut. appapun aisyiah tak boleh berenti separuh jalan ja. dan sebab jalan ni bukan aisyiah sendiri yang pilih, Allah sendiri yang dah tentukan untuk aisyiah, Aisyiah kena lah yakin bahawa Allah dah rancang yang terbaik buat aisyiah. kata orang tak guna kalau asyik memikirkan masa depan kalau xbuat apa2 masa sekarang. tadipun nak tulis gansho tetiba terstop sbb xdak semangat. entah, mmg mcm tu dah aisyiah dua tiga menjak nie. kalau rasa nak buat, buat, xnak tinggai mcm tu ja. apalah masalah aku. teringat pulak cerita kak sab yang kawan dia mengalami kemurungan akibat stress yang melampau. ohh jgn la jd mcm tu aisyiah pliss.

tapi aisyiah yakin, rezeki Allah tak pernah salah alamat, dakara koso, ima no jyoutai wo majime ni kangaenakutemo ii jyanai? dalam buku la tahzan sendiri cakap, apabila kesusahan telah sgt menghimpit, pasti akan muncul jalan keluar. cuma yang seorang aisyiah takutkan sekarang nie kalau2 aisyiah dah xkuat hadapi semua nie. kalau2 keyakinan ni terhakis satu per satu. satu ja sekarang nie yang aisyiah nak hanyalah aisyiah tetap kuat, jgn menyerah. aisyiah pasti boleh lalui semua nie. aisyiah pasti kuat.

***

maaflah post ni mcm memujuk diri sendiri tapi mmg pun tengah pujuk diri sendiri sekarang nie. dek kerana kerisauan yang tiba2 memuncak tadi. gansho pun dah xdak yaru ki nak tulis padahal dah kena hantar kat sensei esok. shikatanai. aisyah dah jadi mcm nie sejak dua menjak nie. aisyiah kalau ada msalah jgn pendam pliss. masalahnya aisyiah sendiri xtahu kat mna masalah tu. allah2. doakan semoga aisyah terus kuat, aisyah terus tabah, aisyiah terus yakin dengan janji Allah.

Thursday, October 15, 2015

rindu

Dalam tangis ini,
Ku bawa rindu,
Pada yg jauh,
Pada yg dekat,
Kepada yg bakal menjauh,
Kepada yg bakal mendekat,
Kepada yg telah pergi,
Kepada yg akan pergi.

Dalam rindu ini,
Aku pohon dari tulus hati,
Semoga kita boleh bersama lagi
Di taman syurga-Nya nan indah.
Kerana dunia
yg sentiasa memisahkan kita
Jauh bertebar mencari erti hidup.


Aku tak akan henti berdoa,
Agar syurga
menjadi rumah kita
Rumah mereka,
Rumahku
Dan rumahmu
Akhirat kelak.

Dalam rindu ini
aku tadahkan doa,
Semoga rahmat Allah
Sentiasa bersama kita,
Mereka, dan mereka.

Tabahlah saudaraku..
Ratapmu rindukan syahid,
Ratapku mahukan taqwa.
Walau aku jauh,
Walau seinci,
Aku mahu,
Aku mahu,
Aku mahu dekati syurga itu.


Teruskan jihadmu disana,
Aku disini dengan jihadku jua,
Begitu juga mereka dan mereka.

Hanya maaf mampu ku ungkap,
Kerna berdiam bisu melihatmu sengsara,
Sedang aku dalam rindu,
Yg entah dimana hujungnya...

Thursday, October 8, 2015

refreshing

hye there, i'm back !

wahh lamanya menyepi blog nie. Actually dah terlupa langsung pasal blog nie. tapi tetiba ada org tanya apa khabar blog nie. Hahah . khabarnya sihat dengan segala kesibukan yang menghimpit dari setiap sudut haha.

Alhamdulillah INTRA dah habes bulan lepas seminggu sebelum raya haji so dapatlah bercuti seminggu kat rumah meluangkan masa bersama keluarga terchenta. Tapi xcukup lagiiii. Nak cuti lagi. Haha. Elok je lepas raya, kelas pun bermula seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku . Hahah apa aku merepek nie.

皆と一緒に過ごしたハリラヤ


Tapi apapun syukur INTRA pun dah hbes dengan jayanya. Terima kasih sgt2 kepada warga MJII yang banyak membantu kami terutama supervisor2 yang berdedikasi yang sentiasa memberi kan tunjuk ajar dan tidak lokek dgn ilmu. Tapi ditengah2 habesnya INTRA , masih ada lagi reportnya yg masoh berbaki lagi 3-4 hari sebelum kena hantar dan sekarang dlm process nak siapakan derita tu . 😭😭

Next, gansho. gansho tu Application form yg perly dihantar kepada university yg nak minx kat nihon nnti. Btw, sy minx kyusyu institute of technology a.k.a kyutech and shibaura institute  of technology a.k.a hahahah xtau nama femes dia apa.  Apapun benda nie sgt mendokusai dgn dapatnya tantou sensei yang macam2 perangai. huhhh.



Apapun sem 2 a.k.a sem last dah start Dan its gonna be a cyou taihen sem . so aisyiah, kakugo aru no ka? Perghh ni rasa nak bagi ucapan kat diri sendiri nie. Apa lagi bagi ja la hahah. Good luck aisyiah, ni sem last, so jgn buang masa fikirkan benda2 lain2. Jgn risau pasal jodoh tu. Risau lah pasal jodoh mu dgn jepun. Ehehh. Apapun, berharap sem ni bakal berlalu dengan jayanya . Amin ya rabb. Ganbare jugak kawan2 seperjuangan . Kita boleh.



ガンバレーーーーー
 ☆ * .  ☆
  . ∧_∧ ∩ * ☆
* ☆ ( ・∀・)/ .
 . ⊂   ノ* ☆
☆ * (つ ノ .☆
   (ノ

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!