Saturday, January 31, 2015

ku pesan pada awan.

Ku pesan pada awan,
Sampaikan salamku padamu,
Tapi hujan di tengah perjalanan

Ku pesan pada angin,
Sampaikan rindu ini padamu,
Rupanya ia angin ke selatan

Ku pesan pada purnama,
Sampaikan sayangku padamu,
Rupanya ia tiada di siang hari

Ku pesan pada matahari,
Sampaikan kasih ini padamu,
Rupanya ia panas menyengat.

Lalu aku pesan sahaja pada tuhan,
Jagakan dirimu sepanjang hari,
Rupanya rindu ini semakin bahagia.

Thursday, January 22, 2015

si adik sayang

"kalau bukan aku, siapa lagi"

alhamdulillah aku boleh memahami ayat yang telah disampaikan oleh seseorang kepada aku. sungguh, kalau bukan kita siapa lagi. kalau semua orang asyik mengharapkan orang lain nak melakukan kebaikan, maka siapa yang akan melakukan kebaikan? kalau semua orang mengharapkan orang lain menjaga kebersihan, maka siapa yang membersihkan? dan pelbagai lagi harapan-harapan palsu yang diletakkan. *HAHA*

cumanya, di sini aku ingin berkongsi sesuatu yang membuatkan aku lebih teruja *cey* , teruja dengan ayat tersebut. kisah nie mungkin nampak kecik bagi sebahagian orang, mungkin tak nampak langsung bagi orang lain, haha. tapi biarlah nak cerita jugak. *NakCeritaUntukAnakCucuJaSebenarnya. walaupun nie kisah tahun lepas.

okay kisahnya bermula dengan sikap adik lelaki yang sekarang belajar di sekolah menengah. biasa lah usia remaja, mcm2 nak dibuatnya. sehingga menimbulkan kerisauan kepada mak dgn abah dgn tingkah lakunya. di ajak makan ditolaknya, susahnya nak minta tolong, bahasa kasar2, ada unsur penipuan dalam bicaranya, *hahaha dan lain2. bila mak dengan abah hanya boleh mengadu tapi tak boleh nak buat apa. ye lah, sayang diorang dengan anak2 mcm2 cara. memikirkan hal ini, aku sebagai kakak rasa terpanggil. dah tak sanggup melihat mak dgn abah menahan kerisauan ini, aku mengambil langkah untuk menegur si adik. 

tapi bukan mudah. mcm2 cara rasanya dah difikirkan. akhirnya aku mengambil jalan orang dulu2. buat apa? *sila ketawa dahulu* HAHAHAHAHAHAHAHAHAH. okay stop ! yes, aku hantar surat kat dia. bapak lah, padahal duduk satu rumah ja pun nak hantar2 surat bagai, lagipun sekarang zaman dah moden boleh wassap2 lagi. haha. aku tak kira apa yang hampa fikir. cuma dengan cara ni sahaja aku boleh sampaikan apa yg aku nak sampaikan kepada si adik. maka aku hantarkan surat yang telah diselitkan, ehh bukan, di'stapler' kan pada baju t-shirt si adik. *sila gelak* HAHAHAHAHAHA. okay stop !. alasan sampai stapler2 bagai nie adalah supaya tak jatuh dan dijumpai oleh si mak atau abah atau adik yang kecik yang suka memunggah barang sana sini. hari tu hari terakhir cuti sem break, so, senyap2 je letak dengan harapan kertas tu sampai laa kepada si adik. 

dan bagaiman ia sampai ke tangan si adik tidak pula dibincangkan. *HAHAHAH. hanya yang aku dalam rasai adalah perubahan sikap si adik yang sentiasa bersikap dingin dalam rumah tu sebelum aku hantar surat dengan selepas adalah sangat memberangsangkan. *ceyy. dalam hati bersyukur tak terkira doa kami telah dimakbulkan hendaknya. mak dgn abah pula sudah kembali tenang dan aku dapat lihat riak wajah mereka semakin berseri2 tambah2 pula apabila semua anak beranak dapat makan bersama duduk bergelak ketawa. sungguh, aku mengharapkan kebahagian ini tidak akan ditarik oleh Allah selama-lamanya. biarlah kebahagian ini kekal hingga ke syurgaMu yang abadi. 

dan aku berdoa semoga keluarga ini akan kekal bahagia meskipun nanti ada ujian dariNya. izinkanlah kami untuk saling mengingati antara satu sama lain. dan semoga Allah memelihara kami semua. sungguh, dunia telah menjarakkan kami, tetapi jangan ya Allah, kau biarkan kami berjauhan juga di akhirat sana, jngan ya Allah. satukan lah kami di syurga Mu yang abadi. 

amin.

Sunday, January 11, 2015

nafs

"jom p ceramah mlm nie, ada makanan”
“forum selepas isyak. Makanan disediakan”
“jom usrah kat luar, akak belanja”

Ayat2 nie dah cukup sebagai contoh untuk kita fikir kembali.  Join semua majlis2 ilmu nie, sbb nak isi dada dgn ilmu ke nak isi rohani dgn iman ke nak isi perut dgn makanan ke nak maintain duit ringgit dlm dompet ke ke ke kekeke and so on lahhh.

Pernah tak terfikir benda nie? Ke aku sorg je yg kesah sgt pasal benda nie. Kalau ajak p majlis ilmu dengan sogokan ada makanan itu makanan ini, ‘nikmat’ itu ‘nikmat’ ini, sorry la, tu bukan cara aku.

Penah dulu, aku terlibat dalam satu ajk untuk satu program nie laa, so program nie pun ada la sediakan makanan . makanan apa haa tau? Nasi tomato masak merah ayam ikan bakar ayam panggang air orange kek moist coklat pudding sate kajang. *LOL kaya nya program nie haha* tak aah saja menambah2, nak bagi kau terliur sikit, baru semangat nak datang program nie kann ! HAHA. *kalau ada emoji sinis dlm ws tu dah 100 kali aku letak*. 

Nak di jadikan cerita, aku dgn rumet aku sorg lagi je ajk untuk batch aku waktu tu. So, kami dua dah berpakat la, tak payah bagitau laa makanan apa yang ada, cukuplah kat banner tu tulis, ‘makanan disediakan’ HAHA, so that boleh lah jugak aku nak tgk sinar, cewah, walaupun aku nie bukanlah sapa, tapi boleh la aku tau sapa yg betul2 nak dtg program ilmu nie. Kalau org kg cakap, IKHLAS.

Tapi, dijadikan cerita lagi, rancangan kami akhirnya..hmm. ada org dalam jugak yg dah sogokkan makanan sedap2 yg aku cakap tadi tuu. Maka harapan aku nak tgk muka2 yg bersinar tu mungkin akan bercampur dgn was2. Aahh. Seriously. Aku tak suka .



Penah tak tgk cerita Jemaah Kolestrol? Haa kalau yg tak penah tgk tu, cari la ehh kat mana, dunia kan dah dihujung jari sekarang. So itu yg aku risaukan, bayangkan nnti, bila nak susun sesuatu program, masalah utama kita hanya berputar balik2 soal makanan, baik niat buat kenduri ja la kalau mcm tu. 

so, bila masa pulak nak fikir soal isi2 program tuu? takut nnti, makanan hebat taraf hotel 5 bintang, pengisian entah ke mana. 

tapi apapun, aku bukanlah nak kondem mna2 pihak soal nie, cumanya, nak sedarkan balik, niat kita mestilah diluruskan. tak salah nak ajak pergi majlis2 ilmu nie dgn sogokan makanan2 bagai nie, cumanya jgn letakkan soal makanan tu ditempat pertama, kita ada priority yg lebih tinggi lagi dari soal makanan tu. 


dan ustaz pun ada cakap, ajak2 lah kawan2 yg tak dtg majlis2 tu, cakap ada makanan free ke, 'mana tau dengan makanan tu dia dapat hidayah' . kan hidayah dan ujian Allah tu dtg dalam pelbagai bentuk. 

apa yg penting, jgn sampai niat asal kita lari . bila niat lari, mcm yg kita boleh lihat skrg lah, waktu ustaz2 tgh sampaikan ilmu, yg kat belakang bersembang2, sibuk dgn shukudai (baca:homework) , wassap sana sini, *meludah ke langit* , dan mcm2 lagi, sbb mokuteki (baca: matlamatt) nak menuntut ilmu dan lari kepada matlamat nak makanan free lepas nie. alahaiii nafsu. 

apapun, kita bukan tuhan, soal niat, itu semua urusan Allah, manusia hanya boleh berusaha menetapkan niat yg betul, dan berpesan2 utk membetulkan niat . :)

Wallahualam 

Friday, January 2, 2015

どうやってあの人を忘れるの?
もう我慢できないほど、忘れたい。

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!