Wednesday, October 15, 2014

kiri ke kanan?

bismillah, kali ni nak kongsi sthg. yes, mungkin nampak kecil bagi orang lain, tapi disebabkan nie blog aku, suka hati I lah kann~ . actually perkara nie mmg sthg yg sgt besar bgi aku. 


sou! this ibu jari nie byk sgt brguna kepada aku. well, hampa pun kalau xdak ibu jari mesti susahkan nak tekan2 baca2 blog, n etc. tapi, kalau perasan, jari nie ada cacat sikit. haa, perasan? sou, ada bekas luka, luka kena hiris dengan pisau.  kisah nie berlaku about 15 tahum yg lalu. lebih kurang laa. waktu tu aku umur dalam 5 tahun, alaa comel2 lagi. *HAHA. 

tapi actually, luka nie telah sangat sangat sangat SANGAT membantu aku selama hayat ini. sbb luka nie tinggaikan bekas, kat belah tangan kiri. tahu apa? aku mmg susah sgt nak bezakan mana kiri mana kanan. betul, nie bukan main2. tapi, この指のおかげで、*ceyy, sbbkan luka nie lah, aku dapat bezakan mana belah kiri dan belah kanan aku. and disebabkan ia berada kat tangan lah, setiap kali memikir mana satu belah kanan atau  kiri, kedua2, atau salah satu ibu jari akan bgerak, tgk belah mana ada luka nie, kalau ada, sou, this is left side, xda, this is right side. betapa, Allah prepare kan pertolongan kepada aku  se'detail' ini. 

dapat bayangkan tak, KALAU Allah tak takdirkan jari nie luka, 
mungkin aku akan makan dengan tangan kiri,
mungkin aku akan salam orang lain dengan tangan kiri.
mungkin aku bagi salam pertama belah kiri, 
dan sebagainya, 

begitu juga dengan mata nie, selalu ja brkedip. kerap sgt. juga bermula waktu kecik2 dulu. dapat bayangkan dgn kerap2nya kerdip mata nie, dh berapa kali mata nie terselamat dari masuk habuk or serangga bagai. Allah ^^ . itu belum lagi sebut pasal power mata, dah la sayur xmakan, mata masih terang2 pulak tu, rugilah aku kalau tidak menjaga sebaiknya nikmat ini, rugilah aku jika pandangan ini tidak dijaga. 

sungguh, perancangan Allah itu maha detail. hinanya aku jika terlupa mensyukuri nikmatNya walau sesaat. jika perkara sekecil ini DIA mampu aturkan, kenapa pula kita masih ragu2 dengan janjiNya? 

dimana kita saaat Allah telah janjikan syurga kepada hamba2nya yang beriman, yang beramal soleh? 

begitulah, kadang2 kita yang terlalu lama berfikir hingga terlupa masa semakin berjalan. tindakan tidak pula diambil, terus merenung tanpa penyelesaian. 

sedangkan Allah dah bukak pelbagai peluang depan kita. kita yang malas nak merancang, takdir disalahkan. 

marilah, kita sama2 mencari hikmah atas setiap apa yang berlaku ke atas kita. ada orang, hanya terus dan menerus melakukan sesuatu kerja, tapi dia xsedar kerja apa yg dia sedang buat. sehingga nnti, sampai satu tahap, dia akan terpaksa mencari kembali hikmah, yg selama ini kita terlupa. semua yg berlaku itu sudah di atur serapi2nya. 

jadilah kita, ummah yang beragenda. 

=)

Allahamdulillah utk nikmat ini ya Allah. ^ ^

Sunday, October 12, 2014

markah dunia dan akhirat.

assalamualaikum..

baru2 nie ana ada membaca sebuah buku. Pelangi Dakwah. *terima kasih kpd yg bagi pinjam*.apa yg menarik nya dgn buku nie is, ia adalah himpunan 'suara2' tarbiyah dari serata pelusuk dunia dgn pelbagai cerita. senang cita, ia adalah coretan bagaimana mereka boleh 'terjebak' dengan gerabak dakwah dan tarbiah ini.

mengenangkan buku ini, ana sendiri tertanya, diri sendiri mcm mna? sejak bila kenal dakwah dan tarbiyah ni aisyah? well, ana xda specific tarikh dan peristiwa utk dijadikan kayu ukur. jujurnya, ini semua bermula dari rumah ana sendiri. bagaimana mahabbah yang mekar dalam rumah itu sendiri telah menjadi titik tolak siapa ana skrg. dilahirkan dalam keluarga yg sederhana mmg adalah rahmat terbesar dari Allah. tidaklah semua kemahuan selalu dipenuhi, tidak juga selalu dihampai. cukup2 saja. tapi dari situ bermula tarbiah kecil buat diri. masih ingt lagi mak selalu cakap, 'nanti along belajar pandai2, bawak mak abah p mekah' , yaa, ayat tu tak pernah kalah utk menjadi motivasi ana saat malas menerpa diri. abah pula sebagai ajk surau dan masjid sedikit sebanyak memesan kepada diri sendiri, jagalah maruah keluarga. meskipun faham benar kadang2 ada sahaja masalah yg menjelma, itu sama sekali tidak pernah membuatkan abah lupa akan tanggungjawabnya, mak juga begitu. sungguh, senyuman mereka keteguhanku !

kemudian tarbiah kecil ini disambung lagi setelah masuk sekolah agama. di sinilah ana mula belajar hukum hakam dalam islam. belajar adab sopan dan sebagainya. biah solehah yang wujud di sini sungguh mendamaikan bagi yang menghargainya. dengan setiap pagi dan malam dikumandangkan alunan2 zikr dan selawat, dan tazkirah2 yang menyuburkan taman2 syurga, siapa yg tidak bahagia di sini? cukuplah ana katakan, seratus tahun pun ana sanggup belajar di sini.

kini, setelah melangkah keluar dari alam persekolahan, tersadai pula di negeri orang, jauh dari keluarga, ya, disinilah tarbiah memain peranan. bagaimana kadang2 ana tertewas dengan mujahadah sendiri. jika waktu sekolah dulu ana mampu bangun sebelum subuh menikmati kesejukan air, berjalan dalam kesejukan angin fajar yang dingin, tapi kini, jarang sekali ana mampu menghirup udara segar pukul 4-5 pagi di sini, waktu2 ini masih enak mengulit mimpi, tiada siapa yg akan kejutkan, tiada warden yg berkejar kesana sini. kawan2 pula dari perlbagai latar belakang, ada yang baik, ada juga... benarlah, disini realitinya. mujurlah, ada tangan2 yg sudi menghulur saat ana terkapai2 di sini .



teringat lagi waktu awal2 masuk sini, ana dapat markah bahasa jepun paling rendah dalam batch, waktu tu hati sapa yg mampu tersenyum? kena pulak masuk kelas pemulihan, sudahlah mcm tu, senpai2 pulak asyik cerita pasal dismiss resit apa bagai, perasaan? jgn tanya mcm mna remuknya, sampai siap update status ' aku dah musnahkan harapan mak abah n org2 yg aku syg ' . ya, sebegitu . malam2 itu, pagi2 buta mata mesti basah, kepala mesti di sejadah. betapa, menangis kerana markah ! yes, begitu juga menangis sebab tak dapat A subjek PAQ dulu. mau basah2 tudung ustazah dgn air mata ana. betapa aku pentingkan markah.

mujur kini aku mengerti, markah dari Allah itu bagaimana pula. saat diri menyemak kembali mutabaah amal sehari2, sikitnya amalan utk Allah, berapa markah Allah nak bagi nie, lepas ke nak ke syurga? aduhh, saat ini kepala semakin pening, kerana jujurnya, mmg tidak cukup. langsung tidak cukup !. lalu menyedari akan hakikat markah yg tinggi itu perlukan usaha, struggle lah sama2 mengutip markah exam dan lebih besar dari itu, markah dari Allah ! ya, itu semua bermula dari sekarang. rabbi yasssir.

Wednesday, October 8, 2014

kadang2 tuu

Tertanya2 jgk lah kdg2, buat apa penat2 pegi ceramah-supper rohani-daurah- usrah apa bagai kalau dlm majlis ilmu tu buat kerja sendiri. Hafal kanji-'tadabbur' henset-liqa express-etc .

Bersyukur jgk lah kdg2, sbb ustz syam n cg2 lain dulu selalu hayun rotan sana sini. Ajar pelajar2 dia beradab dlm majlis ilmu. Mungkin mereka ini kurg brnasib baik mcm kita. Yelah, sivik pun sekali ja seminggu. Tu pun cg selalu p kursus la, meeting laa.

Tp rajin lah pulak dtg buat hal sendiri kat majlis org.

Yelah, lepas nie ada makanan free !

😏

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!