Friday, August 22, 2014

#RINDU



Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


-PABILA RINDU KEMBALI BERTAMU, HANYA GAMBAR MENJADI TATAPAN, HATI BERBICARA SEPI, SELAUTAN KASIH YANG MENGHARUM, MOGA ALLAH BERIKAN KAMI KETABAHAN, KEKUATAN DAN KESEMPATAN UNTUK MEMBALAS JASA DAN PENGORBANAN MAK N ABAH. SUNGGUH, KASIH SAYANG BONDA DAN AYAHANDA TIADA GANTI. YA ALLAH, AMPUNKAN DOSA2 MEREKA, KASIHANILAH MEREKA, BERIKAN MEREKA TEMPAT TERBAIK DI DALAM SYURGAMU YA RABB, KUMPULKAN KAMI DI SEMUA DISYURGAMU. :(

#RINDU

Monday, August 18, 2014

kembalikan daerah itu!

daerah berdarah itu dipencil dan di penjara sedang warga dunia berpesta menghirup udara peradaban dengan pembangunan pesat melangkah satu persatu teknologi sedang anak-anakmu Gaza mengutip sisa-sisa kelukaan menahan derita kelaparan menelan erti kebuluran dengan dengan lidah kelat dan kontang hanya kesabaran menjadi santapan jiwa-jiwa yang diragut tanpa ihsan. di pinggir Gaza pelabuhan menjadi sepi tiada kelasi mundar-mandir dermaga terbungkam sunyi menyaksikan lautan bertukar warna darah mengalir antara dentuman senapang tanpa semboyan amaran peluru dilucutkan menggila membidik sasaran kaku tubuh-tubuh syuhada rebah bergelimpangan disambut ratapan keluarga duka hiba merentap hati betapa mudah sang durjana itu mamadam nafas manusiawi merentap nadi tak berdosa dengan penuh kerakusan kekejaman kelicikan tipu helah penuh kejijikan ! "Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…" wahai islamku ! dengan qunut nazilah ini atau harapan si Imam mahdi keazaman bukan sekadar melafaz syahadah tetapi mengisi benteng keimanan dengan segala senjata mukminin mengisip amali sains kaca mata kecelikan teknologi mentafsir godaan dan dugaan zonis lantas teruslah mencatas kerakusan ini. kembalikan daerah itu !


p/s : nie lah sajak aku n nunul yg dah tersingkir awal2 lagi waktu festival islam haritu, sbnarnya izat ada bagi jugak cadangan sajak, tapi tak terguna pulak, n sajak kat atas tu sebenarnya hanyalah gubahan 70% daripada sajak seseorang. xkisah menang ke tak, yg penting pengalaman. thanks nunul sanggup buat keja gila ! hehe.

Sunday, August 17, 2014

tidur dalam kelas?

bismillah, tercari2 sendiri tajuk apa yang sesuai utk post kali nie. last2 nak sentuh soal tidur dalam kelas.

yes. aku benci perkara tidur dalam kelas. dari f4 lah xsilap aku, sbb waktu f3 punya memori dah hilang entah ke mna, dari f4 lagi, aku bukanlah orang yg akan tidur waktu cikgu mengajar. justeru itu juga, aku boleh dengan lantangnya menyatakan bahawa perkara yang aku benci ialah tidur dalam kelas. 'dalam kelas' bagi aku sekarang bukanlah di dalam kelas, tetapi bilamana seorang guru sedang mengajar. dan, tidaklah aku sengaja2 membenci perbuatan itu jika bukan disebabkan alasan2 yang kukuh.

pertama, apakah faedah tidur dalam kelas? puas? MENGANTUK??? sebenarnya, itu hanyalah alasan yang di reka2 oleh minda bawah sedar kita. bak kata orang kampung, 'mind set'. ini sememangnya terbukti bila aku sendiri dah lakukan beberapa eksperimen terhadap rakan2 sekelas yang suka tidur dalam kelas. mereka hanya perlu mengulang ayat 'saya mahu berjaya justeru saya tidak akan tidur sewaktu cikgu mengajar' sambil tersenyum. naah, kalau tak percaya sila lakukan sendiri atau buat kepada kawan2 anda yang suka tidur dalam kelas. ternyata tidur dalam kelas hanya pilihan nafsu sendiri atau mungkin juga bisikan dan godaan syaitan. meskipun kita tahu 70 ribu malaikat akan menaungi majlis2 ilmu, tetapi apakah puncanya sehingga syaitan bisa menusup ke kapilari2 darah kita? tidak lain tidak bukan mestilah ianya berpunca dari dalam, dari hati. hanya insan2 yang hilang semangat juang yang akan tewas di medan menuntut ilmu. jika sekadar melawan godaan nafsu dan syaitan di dalam kelas pun kita tak mampu, inikan pula mahu berlawan di medan perang mendaulat agama Allah? SUDAH-SUDAHLAH BERANGAN!!!


lagi, tidur dalam kelas menunjukkan kita pelajar yang kurang beradap. apa perasaan kita jika kita bercakap dengan orang yang sedang nyenyak tidur? terasa mcm org gila kan? begitu juga rasanya bagi seorang guru. aku sendiri akui, apabila melihat rakan2 yang lain tumbang satu per satu di dalam kelas, tertanya2 aku sendiri, apa rasanya kalaulah mereka yang tidur itu nanti seorang guru juga? Allah. tahanlah rasa mengantuk itu! aku tahu, mereka ni study hard stay up burn midnight oil tapii..apa gunanya jika pokok pembelajaran iaitu di dalam kelas mereka tidak fokus?!! bukankah sia2?

lagi, aku, sekarang, belajar dengan orang jepun, bukan lagi guru2 melayu yang faham 'nafsu melayu' tetapi orang jepun yang sangat disiplin dalam gerak kerjanya, dan apabila guru2 ini bertemu dengan pelajar yang mengantuk tidur dalam kelasnya, bukankah itu menjatuhkan sendiri airmuka kita sebagai orang melayu malah lebih besar dari itu, ISLAM! itu belum lagi masuk kira waktu bulan ramadhan dengan datang lambatnya , dah datang lambat tido pulak tu dalam kelas, wahai islam ku!!!!! sadis* aku pernah terfikir bagaimana sensei2 jepun tu akan fikir nanti, mungkin "orang2 islam nie memang kuat tido" , mungkin "memanglah dah puasa, mestila tak larat" , mungkin "teruk betul agama islam nie" dan segala kemungkinan lagi. jelas disitu, bagaimana mahu berdakwah kononnya, festival islami supper rohani forum perdana di adakan katanya untuk menyampaikan agenda dakwah, jika kita jugalah yang menjatuhkan imej itu sendiri?? bukanlah aku persoalkan keberkesanan program2 seumpama itu tetapi, jgnlah disebabkan keletihan dan kepenatan berprogram itu menjadi alasan utk kita 'berehat' sewaktu guru sedang mengajar.


terus, jika ditanyakan kepada aku, bagaimana tips2 utk berjaya, hanya satu sahaja jawapan yang mampu aku berikan, 'fokus salam kelas' , ya! ingatlah, menjadi pelajar beradab lebih dituntut daripada menjadi pelajar berilmu. adabmu, akhlakmu, ilmumu, belum tentu peribadimu.

wa'allahu'alam.

Wednesday, August 13, 2014

momentum yang hilang

momentum yang hilang.
 ya. momentum short sem nie entah ditelan ke mana. haha, walaupun baru dua minggu, sbb namanya short sem, dia short se'shortnya. fuhh, then, khamis nie exam utk intro electric electronic. ya Allah, apa ja yg aku dah beljar selama dua minggu ni pun jenuh nak kampoi, tetiba exam... huuuu rasanya nak terbang keluar galaksi bima sakti nie. kedo, yaru shika nai kaa..yosh, ganbarou ! then, start sem nie lah tpisah dgn nunul so xleh dah study sama2, dia kos kikai bebbb, so ganbate dgn bdk2 denden je lah, xpe, ilmu di mana2. apapun, gudluck aisyiah exam nanti. *terpaksawishkatdirisendiri*

Thursday, August 7, 2014

だから、いつまでも、笑顔を見せてください。

cerita nie sgt menarik sehinggakan teringat quote yg ada kat dorm apa ntah yg aku duduk masa F4 dulu *lol*. quote dia, 'to be happy, make others happy' . yes indeed, kebahagian tu tak dtg dgn diri hg sendiri sendiri, tapi dtg dari kebahagian dan kebahagian org sekeliling. だから、いつまでも、笑顔を見せてください!!


BELON Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim. Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah. Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka. Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon. Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing. Ustaz Rahim tersenyum lagi. Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan. Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi. Gembirakah org sekeliling kita bersama diri kita? Musahabah diri.. .....SEKADAR RENUNGAN TUK UPGRADEKAN DIRI KITA N FAMILY SENDIRI....

Saturday, August 2, 2014

sahara

tatkala usia lewati saujana sahara,

aku terbang dengan sebelah sayap duka,

sayap bahagia di kanan ku telah lama patah,

terbangku sumbang di puput angin.


adakala taufan menghempas,

meragut sayap kiriku yg sarat lara.


sahara dan kekontangan terlalu mesra,

pasir dan kerikil tajamnya bak kaca,

menyiat kaki darahnya,

menitis di dada.

engkau terlalu baik untuk turut berduka,

di tengah sahara bersama sang derita,

bersayap duka,

terbang tak tinggi,

selalu jatuh,

dan ceriteranya duka..


***pergh nak masuk sajak festival islam tapi tak sampai hati la pulak nak kalahkan kak syafikah. last2, deklamasi kat blog saja laa..

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!