Sunday, August 30, 2009

tomorrow

ahhh...
takdan nak puas cuti seminggu,
ya, tomorrow i'll balik asrama!!!
hhmmm...sungguh cepat masa berlalu!!!
apa yg ana buat dalam cuti nie pun entah x d'ketahui
whatever...i only want to wish happy raya day..
moga2 sempat.
yeah, 3 minggu lg di asrama

Friday, August 28, 2009

kerana dirimu begitu berharga...

dedikasi buat sesiapa yg sy panggil awak...

[i]Awak…

Awak…
Hari ni awak senyum pada saya
Tapi saya buat2 tak perasaan
Padahal nak elak dari pengsan

Awak...
Bila saya nampak awak
Bila awak tak nampak
Mata saya tak lekang tengok awak

Awak...
Bila kita terserempak
Saya selalu buat2 tak nampak
Awak kata janganlah mengelak
Tapi sebenarnya... saya cume rasa bumi
macam dah tak ada graviti

Awak...
Saya selalu puji awak
Tapi saya selalu puji dalam hati
Padahal kalau boleh saya nak jerit sekuat hati

Awak...
Hari-hari saya nak senyum pada awak
Tapi saya rasa malu
Jadi saya senyum pada awak bila awak dah berlalu

Awak...
Hari-hari saya nak tegur awak
Tapi saya tegur dalam hati
Jadi awak tak pernah dengar semua yang saya kata

Awak...
Kita duduk di sekolah yang sama
Tingkat yang sama
dan tak jauh mana kelas kita
Tapi saya rase jauh giler
Padahal tak sampai 100m

Awak...
Hari ni saya lihat awak dari jauh
Tapi awak tetap macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri
Saya yang salah atau awak yang tak endah
Awak...
Hari ni saya kata saya nak pergi
Awak cuma say sorry sebab busy
Tapi saya terasa hati

Awak…
Saya janji saya nak pergi
Tapi saya tetap tak boleh nak angkat kaki
Tak tau lah kenapa
Tapi saya rasa agak kecewa

Awak…
Hari ni mungkin hari terakhir saya nampak awak
Tapi awak masih tak endah
Mungkin awak dah tak ingat kat saya
Atau awak pura-pura tak pernah kenal siapa saya

Awak…
Hari-hari saya tatap gambar awak
Tapi gambar hanyalah gambar
Nak delete sayang nak simpan sedih

Awak...
Esok antara kita ada perpisahan
Esok…tiada awak untuk saya
Esok juga…tiada lagi cerita awak buat saya

Awak...
Sebelum saya tak dapat tengok awak lagi
Saya nak awak tahyang awak dah buat saya terharu
Sebab kenali awak adalah anugerah terindah
Yang pernah saya miliki
Terima kasih awak...comfort

Thursday, August 27, 2009

laskar pelangi



mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilangtanpa lelah
sampai engkaumeraihnya

laskar pelangi
terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

Tuesday, August 25, 2009

bukan permainan

bacernie
Smartluq Dashkim: > salam~...bcer nie. Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya.> kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalu sayang pada islam.> BAHAYANYA KARTUN POKEMONPOKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya. POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi. CHARMANDER

ambil tindakan k....

Sunday, August 23, 2009

>MUSLIMAH itu memang tak guna....

SAYA percaya mesti anda marahkan bila dengar tajuk nie...
calm down...baca dulu k...


1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. jadilah perempuan islam aka muslimah yg BERGUNA!!!

Saturday, August 15, 2009

kawan2 ku

special thanks to myfriend...
to ex-student skrelau-upsr(07)
to student smkab-1 umar(08)
to sudent smkab-2umar(09)

mengenali anda semua adalah yang terbaik dlm hidupku
ukhwah fillah abadan abada!!!

kehangatan mentari menyinari pagi
derusan hujan mendingini panas
saling mengiring saling melengkapi
begitulah kudrat Ilahi

kehadiranmu teman ibarat cahaya
menerangi taman hatiku yg sepi
menjalin kasih mesra kurnia Maha Esa
merestui kemesraan ini

andai bunga tiada mekar mewangi
hancurlah harapan unggas menyepi
andai dikau menghilang dan menyendiri
bak hujan di tengah panas menduri bumi
begitulah perasaan bila bayangmu tiada

keikhlasan hatimu menghangatkan jiwa
kelembutan suaramu menyejukkan bara
jernih airmatamu lambang ketulusan
menemaniku dikala kesepian

teruslah menyinar mentari pagi
teruslah menari hujan yg dingin
menghijau menyegar menyuburi bumi
saling menjalin hubungan infiniti

makanan kegemaranku!!!


coklat coklat coklat
nie lah makanan kegemaran ku
nikmatnya terasa bila gigiku nie disaluti rasa koko dari coklat
hmmm. sedap nyer!!!
and coklat nie jugak baik untuk kesihatan kiter...
dan bantu otak kiter dalam nak simpan maklumat
nie cuba bukak alanat bawah nie untuk merasai nikmat coklat...

Friday, August 14, 2009

NAS!HAT...

Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun :

>Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
>Gosok kedua-dua tapak tangan
>Gosok setiap jari dan celah jari
>Gosok kuku di tapak tangan
>Gosok belakang tangan dan celah jari
>Cuci tangan dengan air bersih
>Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu

4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)

>Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
>Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
>Letak bahan pencuci ke tapak tangan
>Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit
>Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari

Amalkan Mencuci Tangan:
>Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
>Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
>Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
>Bila-bila masa tangan anda kotor

buat kacau


sblom 2, nak tanya macam mana meja anda belajar??? dan macam mana pulak meja guru yg mengajar??? dalam keadaan baik ke teruk ah???

++++++++++++++++++++++++++++++

tapi nilah citernya....
saya masuklah satu klas tu
tengok buku atas meja gurunya best
so, saya pun pegi lah ambil...
tapi buku 2 semakin lari dari saya
rupa2 nya buku tu lari dgn meja tu sekali....
ha, so natijahnya jaga lah meja guru kiter baik-baik!!!
guru tu kan salah satu sumber ilmu
takkan tak nak jaga ilmu kot???

ambil tindakan k!!!




Friday, August 7, 2009

-Horlick 1 Nescafe 1-

hai
hmmmmm...
sekarang nie mesti ramai yg cuti sebab h1n1 kan???
so, skrg kena lah jaga2 jangan nanti jadi mangsanya...
jaga kebersihan,peka persekitaran!!!
jangan pergi kat tempat yg ramai org...
dan klau nak shopping pown kenalah pandai2 pilih tempat k???
>kerap cuci tangan
>batuk guna tisu
>bersin pown guna tisu
>selalu berwuduk!!!(penting)

aisyiah!!

amaran!!!

aisyiah, jaga hatimu, jangan sakitkannya!

aisyiah, awasi hatimu, jangan biarkan ia terleka!

aisyiah, jaga matamu, jangan meliar!

aisyiah, Allah tuhanmu!

aisyiah, muhammad nabimu!

aisyiah, Islam agamamu!